Friday, September 5, 2014

Baby Apa? Boy ker Gurl?

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku dah masuk 35minggu. Fuhh... Dah nak hampir 9 bulan. Kejap jer masa berlalu. Tinggal beberapa minggu saja lagi. Memang sekarang baby gerak aktif sampai senget-senget perut aku. Apa lah yang dia buat dalam tu kan. Hehehe. Pastu sekarang kadang-kadang mengeras. Sekarang ni aku kena alert setiap yang berlaku. Maksudnyer kalau mengeras tu bape lama? Jarak masa. Maklum la anak 1st kan. 

Haaa masa cukup-cukup 7 bulan yang lalu memang ada appointment dengan Doktor. Dah scan & alhamdulillah rezeki nak tahu jantina baby pun dah tahu. Nak kata excited sangat tu la sangat. Bukan kata tak excited. Bagi aku yang penting baby sihat, sempurna fizikal, sempurna kejadian, selamat & yang baik-baik ajer harapnyer. Aku & hubby takde la specific nak baby boy or gurl. Dua-dua kami terima dengan hati terbuka. Redha. Sebab taknak mengharap sebab taknak frust. Betol tak? Anugerah & kuasa Allah. Rezeki Allah nak bagi. Kami redha dengan segala yang telah ditetapkan & diberikan. 

Haaa perut aku memang besar la sebab jenis perut tebal. Ikut mak aku. Mak aku memang jenis perut tebal. Tak kisah la dah memang begitu kan. Rezeki masing-masing kan. 

Lagi satu kan kebiasaannyer orang cakap kalau perut lebar & penuh tepi tu anak gurl. Kalau perut lonjong ke depan anak boy. Kebiasaannyer berdasarkan pengalaman. Kawan-kawan yang tengok perut aku semua cakap baby gurl ni. Aku senyum jer. Aku tak kisah sebab terima jer samaada boy or girl. 

Ada pulak yang tanya, dah tahu ker baby apa? Mula-mula cam malas nak cakap-cakap. Tapi die dok tanya so jawab jer la. In shaa Allah, tengok aritu boy doktor cakap. Lepas tu die cakap lak, yaker. Tengok perut macam baby gurl jer. Aku cakap balik, kuasa Allah kan. Apa pun yang penting baby selamat & sihat, tak kisah its boy or girl. Betol tak? Kita tak kisah pun. 

Apapun aku & Hubby prepare 2-2 nama untuk baby boy & baby girl. Dari segi baju aku banyak beli warna putih so tak ke arah girl or boy. So nanti if boy or girl takde masalah nak pakai. Amik warna selamat.

Tak sabar nak cium bau baby. Nak pegang baby sendiri. Allahuakbar. 


Okeylah saja jer story sementara tunggu Hubby datang jemput. 
Doakan yang terbaik buat saya & baby yer. 

1 comment:

Cik Puan Eka said...

seronoknye hehehe. Tak sabar tunggu baby awak keluar termasuklah baby kite hehehehe.

Jen dah duduk dengan suami ke

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed