Thursday, September 11, 2014

Kisah PJJ Kami & Anak

Assalamualaikum....

Diam tak diam setahun sudah aku as a wife kepada Incik Suami. Ahaksss.
Tapi aku masih lagi berjauhan dengan Incik Suami. Aku di KL. Dia di JB.
Lum rezeki kami stay bersama. Permohonan pertukaran masih belum menunjukkan
tanda-tanda positive.

Haaa Alhamdulillah tak lama lagi kami bakal menimang cahaya mata. Minggu ni genap aku 9 bulan,
Baru masuk 9 bulan. Haaaaa aku rasa kan, banyak nak up entry kat blog, sudahnyer aku blogwalking jer.
Macam kurang idea & tak tahu apa nak karang. Macam nak story kronologi pregnant pun tak jugak. Hahahaha.
Baca blog kawan-kawan & blogger lain best jerk. Hihihi.

Aritu ada status adik ipar aku belah Hubby, orang dok tanya die lum rezeki nak dapat baby. Aku & Hubby Alhamdulillah
Nak dapat baby. Sebab date kami nikah tak jauh kan, orang macam nak banding-banding. Kadang-kadang pelik manusia ni,
Rezeki anak ni semua dari Allah. Kuasa & izin Allah yang bagikan. Tapi soal orang macam orang tu taknak anak. Biras aku memang ada story luahan
Tapi yalah benda macam ni di luar bidang kuasa kita. Sapa yang taknak anak kan. Macam adik aku no 3 pun lum ada rezeki lagi.

Teringat kisah aku & Hubby masa baru lepas kawen. Jumpa aku terus tanya dah ada? Bila aku jawab lum rezeki lagi. Oh yalah awak kan jauh dari suami,
So susah sket la. Terkedu aku jap. Allahuakbar. Diorang assume aku kena bunting pelamin ker? bagi kami kalau dapat rezeki awal, Alhamdulillah.
Kalau belum pun takpe, Alhamdulillah, Lum rezeki. Allah akan bagi bila sampai masanyer, betol tak?

Aku & Hubby tak mengharap sangat or merancang ker apa. Just usaha yang terbaik. Ya memang kami berjauhan, so nak kukuhkan hubungan
& saling mengenali dengan lebih akrab lagi. Maklum la aku bukan nyer bercinta lama sebelum nikah. Sebelum tu kami hanya kawan biasa di USM.
Tegur gitu jer kat Group USM PJJ FB. Banyak ask & minta pendapat pasal study jer. Aku pun layan semua sama rata.
But masa final year, kawan kami yang kenalkan Ipin pada aku. Which is lebih specific yang Ipin nak kenal dengan aku. Hahahhaa

Pada mulanya aku anggap biasa jer ala kawan-kawan. Pastu tanpa disedari eh macam suka lak. Hahahhaa. Teringat lak kenangan lama. Hikhik.
Haaa baru ngat nak story pasal perkenalan dengan Ipin. Tapi macam tak buat-buat lagi. Hahahaha. Bukan apa as for my memory jek. Ohh itu nanti la aku
citer kat entry lain.

Masa mula-mula aku dapat tahu aku pregnant, aku macam blur + terkejut + macam tak percaya. Takde lah super excited. Sebab awal tahun 2014 aku
Memang nak jumpa doctor untuk follow up balik pasal cyst aku tu. Nak minta advice doctor if nak pregnant camner nak usaha. Yalah aku budget if dalam
6 bulan hingga 1 tahun if tak pregnant memang nk jumpa doctor. Yalah apa pun kena usaha. Aku pun dah masuk 30an.... hehhehee.

Appointment date yang aku dapat kat Klinik Menara TM pada 4 February. So sebab lambat relax la dulu.
Sebulan lebih lagi nak tunggu jumpa doctor. By the time tunggu appointment doctor aku dah pregnant.
Alhamdulillah, syukur sangat rezeki Allah bagi buat aku & Ipin.

Tengok aku dah ke mana nih. Hahhahaa. Start pregnant Ipin banyak ke KL dari aku ke JB. Dengan mabuk pening muntah camner nak drive jauh.
If nak balik kg Melaka or Kulai pun, dia akan ke KL amik aku, then bawak la balik ke Melaka or Kulai, pastu nanti balik KL baru die lik ke JB.
Cian gak tengok tapi terharu sangat. Takpe sayang, pengorbanan u tak sia-sia.

Yalah kalau sebelum ni rotate, sama ada aku ke JB or die ke KL. Aku leh drive or naik bus or ketepi or flight. Start pregnant ni la memang takde dah.
Lagi satu setelah difikirkan, kena move the next plan. Salah sorang kena mengalah. Nak satukan family. Nak stay sama-sama.
Bukan apa, every week travel. Transit sana sini. Pengalaman kami. Tak dapat nak masak untuk Ipin. Kalau balik Melaka or Kulai, tapi masak simple la.
Aku kadang pening masuk dapur. Alhamdulillah Ipin memahami.

Rasanya sampai sini dulu....  taip sket, sambung keje. Pastu baru sambung taip. Mood pun lari-lari. Hehehehe


Okey babaiiiiii

1 comment:

Cik Puan Eka said...

Jen, kite blum cita lagi kronologi pregnant. Maybe lpas beranak nanti kot hihi.

Kita pun lebih kurang je Jen. Masa belum preggy, ramai yg mcm mendownkan mood. Siap ckp ape tau, org duk jauh ni lambat preggyla, lambat lekat la. Sedihnya rasa hati. Padahal masa tu baru 4,5 bulan kawen. Mood masih honeymoon lagi.

tak sangka lak 6 bulan kawen, eh tup2 mengandung. Allah swt tahu time bila masa sesuai untuk dia beri rezeki.

Allah swt bagi rezeki semasa kita masih jauh2 dgn suami, untuk menguji kekuatan kita.

Dulu, eka travel je naik bas ke KL. Sejak preggy, memang hubby akan ambil,hantar eka balik sini. Kadang menangis tengok pengorbanan dia.

Sampai kl dah lewat malam, kerja, kelas. Bila dai usap perut nak balik, ya allah lajunya air mata mengalir.

Sedih sangat rasa. Apa2 pun kita kuat. Kita berdua laki bini kena kuat.

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed