Tuesday, September 29, 2015

Kisah Cuti Raya Haji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah umat Islam baru jer menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis lalu. 
Aku raya mana tahun ni? Raya Haji kali ni balik Kulai. Tahun lepas Raya Haji di Melaka, plus masa tu aku tengah tunggu hari nak bersalinkan Zaheen. Ingat lagi last year kebetulan besday Hubby jatuh pada hari raya haji pertama @ 5 Oct, petang tu aku kena tahan wad & esoknyer aku bersalinkan Zaheen. Kalu ikut kalender Islam, 11 Zulhijjah @ 25 September, anak aku Zaheen dah setahun. Alhamdulillah. Perkembangan die baru mula tumbuh gigi taring atas 2 batang. Baru mula nak menapak. Merangkak dah macam the flash. Hehehe. 

Ohh itu kisah tahun lepas. Tahun ni pulak. Aku takde amik cuti awal disebabkan cuti aku tak banyak dah. Yalah kami suami isteri masih PJJ. Pastu pulak cuti weekend tak sama. So banyak la guna cuti yang adooo kan. 

Rabu tu husband datang naik flight ke KL. Hari Rabu tu big boss bagi balik awal sket. Kol 4 lebih aku gerak g Subang Airport. Husband sampai dalam kol 5pm. Sampai terus zassss gerak balik Melaka tapi otw nak kuar Subang tu jem gila. So stuck hampir sejam lebih kat situ. Potong masuk federal, NPE singgah TBS solat magrib siap-siap kuar exit UPM masuk highway. Malam tu kereta pun dah mula banyak. 1st time dengar takbir raya dalam perjalanan. Hehehe. 

Sampai Melaka dalam 10:15pm camtu, terus kemas barang-barang Zaheen. Pack barang-barang semua. Masa sampai Zaheen tido dah. Sebelum tu adik aku cakap die tunggu jugak sampai dah mengamuk. Sian anak mama tu. So dah siap masuk barang dalam kereta, mak tapaukan lauk sambal goreng, rendang ayam & kuah kacang. 

Masa nak angkat Zaheen masuk kereta, die tersedar. Pastu pelik die "eh malam-malam ni nak g mana". hehehehe. Terus pandang kiri kanan dengan muka pelik. Dah masuk highway baru die lelap lepas pujuk suh tido. Kitaorang sampai Kulai dalam kol 2am. Lagi sekali masa nak angkat Zaheen tu alahai die boleh sedar pulak. Aduh. Angkat die masuk bilik sekali die nak main-main dulu. Layan kejap pastu eh dah setengah jam tak tido lagi. Explore habis bilik tu. Dah gelapkan semua. Dia macam eh lama tak balik sini. Last 8/8 aritu kan. Dah 1 jam, Husband pun ngantok penat, tido dulu. Aku pun pujuk lama-lama tido jugak. Sebab cakap kat Zaheen, dah malam jom la tido, nanti bangun pagi-pagi main yer. 

Okey esok lepas Subuh die pun dah bangun, plus sepupu Iris & Cira datang bilik panggil. Excited la pagi-pagi raya. Oh ya, mak mertua start masak lepas Subuh. Masak lauk faveret anak-anak. Sambal goreng, ayam kari aka rendang, masak lodeh, kuah kacang, ketupat memang mak anyam sendiri. So far aku leh terima masakan mak. Sedap. Hahhahaha. Jarang kan rasa masakan mak mertua. 






So itulah kisah raya haji nanti aku sambung lagi. Jom solat Asar dulu. 

Buat Kek Coklat Mircowave

Assalamualaikum...

Hari Malaysia yang lalu aku tak balik kampung. So lepak umah kawan aku kat Putrajaya. Petang hari sebelum aku balik KL semula, kawan ajar buat kek coklat guna mircowave. Masak selama 3 minit jer. 

Bahan-bahan pun senang jer. Guna sudu makan jer. 
4 sudu tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu serbuk koko
4 sudu susu pekat
4 sudu gula castor 
4 sudu susu fresh milk
1 biji telur
4 sudu minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla


Kacau rata semua bahan, pastu masuk dalam microwave selama 3 minit. Siapp. Okey boleh makan. 














Okeylah, tu jer kita nak citer

Monday, September 21, 2015

Wedding Adik No 5

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah majlis nikah + kahwin adik boy aku no 5 pada 13 September 2015 yang lalu. Adik aku nikah pada Jumaat, so Jumaat tu aku amik la cuti. Hubby aku memang cuti Jumaat. Jumaat tu just persiapan barang hantaran & lepas Jumaat kitaorang g umah perempuan. Oh ya adik aku dapat orang dekat jer. Orang umbai. Jarak dengan umah aku dalam 10 minit. Jodoh orang dekat kan. 




Masa sebelum akad nikah, FIL adik aku yang nebes. Huhuhu. Maklum ni Farah ni anak bongsu die. Tapi semuanyer selesai sebelum Asar. 

Jumaat malam tu ada majlis berinai tapi aku tak dapat g, sebabnyer aku sakit kepala & Zaheen pun nak tido. 

Esoknyer rewang sket kat umah aku. Lepas zohor gerak bertandang kat belah perempuan. 






Ahad tu majlis kat belah aku plak. Tapi takde gambar yang sempat disnap. Hehehee. 
Belah aku menu nasi ayam. sambal daun kayu. daging kicap. 



Huhuhu.. takde idea dah ayat yang nak ditaip. 
Okey baiii...




Friday, September 18, 2015

Buat Jamu Homemade

Assalamualaikum...

Aku #copypaste dari facebook buat rujukan untuk masa mendatang kaedahnyer. Hihihi. Maklum la kadang aku ni cepat lupa. 

#resipi 1 : Minuman Wedang Jahe 

Resipi ini saya perolehi daripada seorang rakan di Indonesia. 
Khasiat minuman wedang jahe ini adalah untuk mencegah perut buncit, buang angin dalam badan, resdung, darah tinggi, masalah berat badan, buang kotoran dalam badan dan mencegah penggumpalan darah. Selain daripada itu, badan juga akan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan.



Bahan2 untuk membuat minuman wedang jahe. 10 batang serai di ketuk, gula melaka dan garam secukup rasa, dan halia di bakar terlebih dahulu. 




Halia yang dibakar tadi, dibersihkan.


Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan kira2 4 gelas air hingga masak.


Minuman wedang jahe yang hangat enak diminum sambil ber facebook smile emoticon like emoticon



#resipi 2 : This is my special homemade jamu yg diamalkan.

Petua untuk kempiskan berut buncit yg berangin.
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut2
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.

Semua bahan2 diatas.
Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. Tumbuk sampai hancur. Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil spt maajun. Boleh disimpan dlm petisejuk letak satu bekas. Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi.dan 2 biji malam. Berterusan diamalkan..perut akan kempis.
* tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini..sy standby kan roti atau apa2 kuih utk alas perut. Minum dgn air suam.
*badan akan ringan dan angin akan keluar mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.





#resipi 3 : Untuk keintiman wanita

Hari ini sy kongsikan lagi satu rahsia utk penjagaan dalaman wanita. Harus mau wangi2 ya. Wangi peluh dan juga dalaman "keintiman "wanita. Sesekali..sila lah amalkan resepi ini :
1. Sebatang serai
2. Sedikit halia muda
3. 3cm kunyit tidak perlu byk2.
4. Daun pandan wangi sehelai.
5. Gula batu.
Ambik 3 gelas air rebus sampai jd segelas rebusan. 

Setelah sejuk minumlah. Amalkan selepas datang haid.
Ini adalah utk mewangikan segalanya. Segarkan badan dan sihat juga suburkan rahim seorg wanita. Resepi ini Kena buat sebagai amalan . Dan bagus untuk hilangkan lemak2 .
* paling disyorkan selepas haid.



Thursday, September 17, 2015

Check Up

Assalamualaikum... 

Last week check up. HB drop giler. Dari 11.3 turun jadi 9.8. Terkedu jap. Tapi relax. Amik lagi sekali, result still sama. Berat naik hampir 3 kg. So memang naik banyak dari sepatutnyer. So nurse cakap patut naik 1 kg sebulan. Sebab naik banyak sangat, takut kena sawan. Allah, mintak dijauhkan. So kena la amik tekanan darah 2 kali seminggu. Aku pinjam la mak punya mesin tu sementara nak check up balik pada 28hb nanti. Huhuhu. 

Aku notice bila aku pregnant selera makan takde la beriya sangat. Cuma aku cepat lapar. Yang mengidam tu takde la sangat. Masa Zaheen aritu pun. Sebabnyer muntah & loya yang berpanjangan. Biasanyer aku memang jenis tak kisah & tak cerewet makan. Tapi once bila pregnant Allah tarik sekejap nikmat makan tu. Even menu sedap macam mana pun, pada aku biasa jer. Bagi aku kalau aku dapat makan & tak muntah itu lebih bersyukur. 

Yalah ujian masa pregnant tak sama setiap orang. Tu aku redha & aku terima. Lagi satu orang cakap even pregnant anak lelaki or perempuan pun tak sama. Untuk kali ni aku tak tahu lagi gender apa. Tapi aritu ada la buat test sendiri. Hahahhaa. Maksu aku la ni suh try guna urine + soda bikarbonat. Aku pun try la buat. Kalau ikut keputusan tu, gurl. Kalau gurl Alhamdulillah. Kalau boy pun alhamdulillah. As long as baby sihat sempurna, cukup sifat fizikal. 

Untuk kali ni jugak, aku agak strong berbanding Zaheen dulu. Takde la pening sentiasa. Perut pun tak nampak besar sangat. Tapi aku yang rasa aku membesar & mengembang. Hihihi. Baby kat dalam sihat & kuat yer. 

Zaheen dah pun 11 bulan. Manja. Tapi pandai la main-main. Berdikari lagi dari kecik. Ooohh... citer pasal Zaheen berkaca mata dah. 

Rindu sentiasa.

Okeylah.... sampai sini dulu. Sebelum banjir. 




Baiki Solat Kita....

Assalamualaikum.... 

Aku copy paste dari blog seseorang untuk aku jadikan rujukan & panduan aku jer. 

Memang umur dah makin meningkat tapi kadang dengan keadaan buat kita lalai, leka, lupa, ambil mudah sangat. Patutnyer makin meningkat usia makin bertambah ibadah kita kan. 

Allahuakbar. Kadang-kadang bila sesuatu perkara berlaku baru kita tersentak, tersedar ada perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau amik sambil lewa. 


Allah selalu bagi kita ingatan. Cuma kita la kadang-kadang tak perasan. 

Banyak silap yang kita tak perasan kita dah buat. 

Ingatan buat diri aku. 


Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Baiki cara solat khas untuk perempuan.

Ingatlah, pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan-kawan perempuan dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab-adab solat.Apabila pergi solat di tempat awam, terdapat bermacam gaya orang mendirikan solat, baru kini timbul kesedaran untuk kongsi cara-cara yang betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.


Adakah solat yang tidak berkualiti mahu diterima Allah?. Umur telahm pun lanjut tetapi solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Maha Esa.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat adalah:

Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali siapa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tidak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Allah yangEsa begitu menyayangi hamba-hambaNya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Cara-cara solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab semasa menghadap Allah.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitanyang berupa kambing hitam gemar bergayut dicelah-celah lengan(bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, jadi dengan kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud daripada segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit daripada ibu jari, yang mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki 
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.


8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.


9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat - seelok-eloknya duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang tidak mahu membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja.
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) jika dibimbangi, terdedah aurat kita ketika itu dengan itu tidak sah solat tersebut. Sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal ataupun jika tiada dipakaikan 2 lapis.


3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar di celah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. 
Mudah- mudahan hasil daripadanya dapat jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH 

Artikel ini telah diubah sedikit sebanyak daripada editor asal. Sumber daripada editor asal tidak dapat dikenal pasti. Apa pun sesuatu yang baik dan berfaedah lebih baik dikongsi sesuai dengan seruan Rasulullah saw 'Sampaikan walaupun sepatah ayat'.


Terima kasih pada yang share info ini. 

Thursday, September 10, 2015

Last Day @ Trip Kak Jah Ke Langkawi

Assalamualaikum....

Masih lagi kisah Langkawi. Hari ke 3 @ last day aku kat Langkawi. Aku bertolak g sana kan Jumaat pagi so balik KL Ahad malam. 4-6 Sept 2015. 

Last day, pagi-pagi Jaja buat cempedak goreng, roti telur & lempeng. Cempedak Kak Ida beli dari pasar malam. So masak apa bahan-bahan yang tinggal. 

Lepas bersiap semua, so kitaorang terus kuar. Last day plan nak g beli gamat & shopping. Tapi sebelum shopping kitaorang pergi Dataran Lang, tempat ni terletak dengan Jeti Kuah. Bagi yang naik Feri memang akan drop kat Jeti & nampak Dataran Lang dulu. Kat sini kitaorang bergambar jer. Lagipun panas dah masa tu. Tak leh nak buka mata. 






Setel bergambar kitaorang pergi kat Nusantara. Tempat tu famous untuk beli gamat. Pastu ada satu krim Ain cari takde kat sini. So kitaorang pergi lah kat Sireh Lagenda, tak jauh sangat la dari Nusantara. Sekali, harga die murah lagi. Perghh... Oya la paling berbulu. Huhuhu. Sebab tempat Sireh Lagenda tu ke dalam sket. 

Aku beli Gamat & Bam buah pala. Takde la beli banyak sangat. Kalau tengok memang macam-macam produk gamat. Tapi tengok budget la. Hihihi. 

Lepas dah shopping Gamat kitaorang g Rams. Kat situ jual pinggan mangkuk, beg & coklat jugak. Aku beli coklat sket. Yang lain ada beli kuali, set pisau & mangkuk. 



Setel g Rams, terus g lunch kat Kedai Mak Timah. Hujan renyai masa ni. Relax jap. Sebab lepas lunch nak g HIG @ pasaraya Haji Ismail Group. Salah satu tempat wajib shopping bila datang Langkawi. Tapi kitaorang pergi kat bangunan baru HIG yang attach dengan hotel die sekali. 



6 Sept Zaheen genap 11 bulan. Lagi sebulan nak setahun dah anak Mama tu. Alhamdulillah. 

Kat HIG aku beli lagi coklat sket. Pinggan mangkuk tak beli sebab fikir bawak Zaheen & aku pregnant lagi. Tak larat plak nak angkut. Kawan2 aku ada la beli sket pinggan mangkuk. Memang murah. Memang geram. Hihihi. 





Tu jer coklat yang aku beli. Untuk makan sendiri, family aku, family mertua, kawan opis sket. Hihihi. Kalau ikut nafsu rasa nak borong semua. Hahahhaha. Bak kan ongkos tak banyak. 

Setel shopping dah pukul 4pm, flight kitaorang kol 9pm. So singgah beli goreng pisang then terus balik homestay untuk berkemas, berehat sebelum pulang. Haaa kalau g Langkawi better amik homestay sebab waktu check in & check out agak fleksibel. 

Balik masing-masing berkemas barang, kemas la homestay tu sket. Boleh la baring, tido kejap. Sempat la aku lelap kejap dengan Zaheen. Hihihi. Mandi siap2 semua dah kol 6pm. So kemas barang-barang masuk dalam Avanza. Bila nak balik tu biasalah barang dah bertambah kan. 




Lain kali kalau g ramai-ramai kena sewa van 12 seat. Bukan kira orang jer, kena kira barang. hahahhaa. Balik tu memang bersempit la sket tapi happy la. Sampai jer airport terus transfer barang kat troli, pulangkan kete sewa, check in luggage. Pastu relax sementara time boarding. 

 

Sementara tunggu bagi Zaheen makan biskut. Pakaikan sweater sebab die pakai singlet masa tu. Siap2 tukar pampers semua. 

Masa naik kapal jer Zaheen main2 sampai la die ngantok. Then lena sampai la landing. So lambat sket kuar sebab Zaheen masih lena. Bila angkat die, biasalah memang die sedar. Hubby ajak bergambar kat muncung kapal jap. 





Setel semua amik bagasi & stroller dalam kol 11, pastu lapar la pulak. Tapi jangan risau kat dalam KLIA 2 ni banyak tempat makan. KFC masa tu buka lagi so kitaorang decide makan kat situ dulu. Amik tiket ERL then amik kereta kat Putrajaya Sentral. Park 3 hari kos parking RM12. Oklah kan. 

Malam tu tumpang lagi tido umah kawan sebab dah lewat malam plak nak balik Melaka. Lagipun Isnin aku & Hubby cuti. 

Pagi tu g bekpes dulu dengan diorang. Oya jer yang takde sebab die masuk keje kol 7:30am. Makan kat Darulsalam, aku makan Puri. 


Lepas bekpes semua, diorang masuk keje. Tapi aku singgah ofis aku jap sebab kawan-kawan nak jumpa Zaheen. Aku rasa masa ni sesuai la sebab kebetulan memang ada sekali dengan aku kan. Kalau tak macam susah jugak. Dah alang-alang aku cuti. Dapatlah bawak walau sekejap. 




Hubby sempat la tapau lunch kat Kg Attap sementara tunggu aku. Lepas tu kitaorang balik Melaka. Sepanjang perjalanan Zaheen memang lena. Penat sangat die. Otw tu memang jerebu. Sakit mata kot. Sampai Melaka dalam kol 2pm. Petang kol 6pm hantar hubby ke Melaka Sentral. Die nak balik JB. 

Sekian kisah ke Langkawi. 

Thanks for reading. 




Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed