Thursday, September 17, 2015

Check Up

Assalamualaikum... 

Last week check up. HB drop giler. Dari 11.3 turun jadi 9.8. Terkedu jap. Tapi relax. Amik lagi sekali, result still sama. Berat naik hampir 3 kg. So memang naik banyak dari sepatutnyer. So nurse cakap patut naik 1 kg sebulan. Sebab naik banyak sangat, takut kena sawan. Allah, mintak dijauhkan. So kena la amik tekanan darah 2 kali seminggu. Aku pinjam la mak punya mesin tu sementara nak check up balik pada 28hb nanti. Huhuhu. 

Aku notice bila aku pregnant selera makan takde la beriya sangat. Cuma aku cepat lapar. Yang mengidam tu takde la sangat. Masa Zaheen aritu pun. Sebabnyer muntah & loya yang berpanjangan. Biasanyer aku memang jenis tak kisah & tak cerewet makan. Tapi once bila pregnant Allah tarik sekejap nikmat makan tu. Even menu sedap macam mana pun, pada aku biasa jer. Bagi aku kalau aku dapat makan & tak muntah itu lebih bersyukur. 

Yalah ujian masa pregnant tak sama setiap orang. Tu aku redha & aku terima. Lagi satu orang cakap even pregnant anak lelaki or perempuan pun tak sama. Untuk kali ni aku tak tahu lagi gender apa. Tapi aritu ada la buat test sendiri. Hahahhaa. Maksu aku la ni suh try guna urine + soda bikarbonat. Aku pun try la buat. Kalau ikut keputusan tu, gurl. Kalau gurl Alhamdulillah. Kalau boy pun alhamdulillah. As long as baby sihat sempurna, cukup sifat fizikal. 

Untuk kali ni jugak, aku agak strong berbanding Zaheen dulu. Takde la pening sentiasa. Perut pun tak nampak besar sangat. Tapi aku yang rasa aku membesar & mengembang. Hihihi. Baby kat dalam sihat & kuat yer. 

Zaheen dah pun 11 bulan. Manja. Tapi pandai la main-main. Berdikari lagi dari kecik. Ooohh... citer pasal Zaheen berkaca mata dah. 

Rindu sentiasa.

Okeylah.... sampai sini dulu. Sebelum banjir. 




No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...