Wednesday, September 9, 2015

Day 2 @ Trip Sis Jah Ke Langkawi

Assalamualaikum...

Sambungan dari Day 1.... 

Cable Car & 6D Motion
Aku, hubby & Zaheen naik cable car jer. Lepas turun dari Cable Car, kawan2 yang lain sambung naik 6D Motion.
Tak jadi nak masuk 3D Art Museum.

Laksa Ikan Sekoq
Lepas dari cable car singgah jap solat kat Petronas yang ada tempat kapal-kapal tu.
Then gerak kat belakang Airport untuk makan Laksa Ikan Sekoq, tapi aku tak makan laksa.
Aku makan cucur udang ja.

Pantai Chenang
Setel makan sambil amik angin sepoi-sepoi bahasa, kitaorang terus g lepak pantai. Kat sini ada aktiviti parasailing tapi kitaorang mampu tengok & lari bila diorang nak mendarat. Bagi Zaheen main pasir. Hehehe.

Day 2

Subuh tu hujan, sedap la tido. Lepas subuh sambung lagi tido.
Pagi tu Jaja masak bekpes cucur & bihun goreng. Then masing-masing mandi & bersiap untuk destinasi seterusnyer.

Telaga Air Hangat
Bila dah siap semua, kitaorang terus ke Telaga Air Hangat dulu. Memang hangat air dari telaga tu. Dapat la rendam kaki memasing.















Beras Terbakar
Lepas tu, kitaorang terus menuju ke Beras Terbakar. One of tempat sejarah di Langkawi. Anim & Ain nak sangat g sini. Hihihi.
Ada banyak kedai sepanjang perjalanan ke Beras Terbakar. Kawasan umah orang.





Laman Padi
Dah selesai berjalan 2 tempat tu, perut pun dah lapar. So terus kena Laman Padi. Kawasan Chenang jugak Laman Padi tu. Semalam decide nak lunch kat Laman Padi.
Masa ni Zaheen tido. Masa sebelum masuk nampak penuh pondok tu. Sedang elok sampai ada kosong 1 pondok. Dapat la makan sambil menikmati keindahan serta kehijauan di Laman Padi tu.









Coco Valley & The Zone
Dah makan kenyang so sambung ke Coco Valley, tengok barang yang ada kat The Zone jugak. Kat sini barang-barang like perfume, luggage bag, coklat, handbag murah berbanding tempat lain. Coco Valley dekat dengan Underwaterworld tapi kitaorang tak masuk. Hihihi. Lepas tu g masjid solat, handbeg aku putus tali plak. Handbeg masa hantaran kawen aritu. Tapi kira oklah kan, lepas 2 tahun pakai.



Pantai Chenang
Petang hari lepak lagi kat Pantai Chenang tapi bukan tempat semalam. Yang ni dekat belakang Sandy Beach Resort. Parking jauh sket & jalan kaki sket. Sampai kawasan pantai Zaheen lena dah. Lepak sampai la Zaheen bangun, sempat la bagi die main pasir kejap & amik gambar untuk kenangan.










Pasar Malam Pekan Kuah

Lepas magrib kitaorang singgah ke pasar malam yang terletak dekat Pekan Kuah. So malam tu dinner beli dari pasar malam jer. Ada ayam goreng RM1, apam balik mini & macam-macam lagi. Setel masing-masing membeli so kitaorang balik kat homestay. 

Sambung untuk Day 3.


Thanks for reading. 

1 comment:

Khatey K said...

cantik gambar kelaurga kat tepi pantai tuh hihihihihi :)

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed