Thursday, January 29, 2015

Imam Muda Zaheen

Assalamualaikum...

Aritu kawan aku msg suh amik ukur kepala & kaki Zaheen. Pelik gak untuk apakah? Rupanya nak orderkan kopiah & kasut sneakers kait untuk Zaheen. Pastu tanya nak warna apa. Fikir punya fikir sudahnyer aku tanya Hubby gak, die cakap kaler merah biru, JDT color. 

Dalam 2-3 minggu gak, maka sampai parcel kat umah. Bila buka tadaaaaa. Comel. Pakaikan kat Zaheen die pun suka jer. Adik cakap cam Ustaz. In shaa Allah. 

Zaheen ni pandai lak die posing kalau guna kamera depan @ selfie kamera. Babab kang.






tengok zaheen beriya berikan pose



Kalau minat nak order boleh jer jenguk-jenguk.
FB : Kopiah Kait Linanuar Online Butik

Okeylah... babaiii

Tuesday, January 27, 2015

Kisah Zaheen & Breastfeed

Assalamualaikum....

Hi uolss.... 3 minggu dah PJJ dengan anak. Rasa rindu, sayu, sedih tak dapat disangkal akan tetapi aku harus kena kuatkan jugak. Harungi hari-hari mendatang supaya tak rasa sunyi & kosong. Zaheen pun alhamdulillah behave bawak diri kat kampung dengan atok nenek & pakcik makcik semua. Anak mama tu.

Haa.. untuk susu Zaheen aku dah campur dengan FM. FM aku belikan Dutch Baby 0-12 bulan itu. Actually untuk FM aku memang tak tahu nak belikan susu apa. Tanya kawan-kawan diorang bagi Frisolac, S26, Dugro, Enflalac, NAN & Anmum. Tanya cousin die bagi Dutch Baby. Setelah aku survey & baca review so aku decide nak bagi FM DUTCH BABY. Maklum la kos susu baby makin meningkat. Harga dutch baby still mampu milik. Bukan apa kalau serasi apa salahnyer kan. Aku pun monitor jugak kalau tak okey kena tukar susu lain. Better belikan susu murah sket dulu, tak sesuai baru tukar. Harga bukan ukuran yang penting serasi or tak dengan anak kita kan. 




Sebab aku campur FM susu aku tak bape meriah sangat. Aku still pump cuma hasil yang dapat tak mencukupi keperluan Zaheen. Lagi-lagi bila PJJ ni still direct feed 3 malam 2 hari jer. So hari lain kena campur FM. Dari biarkan Zaheen nangis lapar, tak sanggup kot. Sebolehnyer dah lah atok nenek yang tolong jaga, taknak menambahkan beban mereka. Zaheen behave, susu cukup, tido lena maka dapatlah atok nenek dia nak menjalankan aktiviti seharian kan. Risau jugak. Tapi doa terus berdoa. Pastu kalau balik tu cakap & story kat Zaheen akan sebab kenapa kita kena PJJ dulu. Anak mama tu memahami. 

Selagi ada susu aku usaha untuk bagi kat Zaheen. Zaheen minum susu 24-28oz sehari. Aku pump bole dapat 16oz paling banyak. So memang tak cukup tampung keperluan, so aku memang spare & standby FM tu. Zaheen plak susu Mama die lagi tapi tak cukup minum jer FM tu. Cuma aku notis kalau FM die memang kena sendawa & mesti muntah jugak. Tapi kalau minum EBM tak muntah if tak sendawa. Sekarang alhamdulillah senang nak sendawa. Masa below 3 month, lama betol nak sendawakan die.  


Mama try the best for you Zaheen. Mama dah order sumthing untuk banyakkan susu. Mama usaha yer. In shaa Allah. 

Tak sabar nak peluk cium dia tu. Best moment bila Zaheen mengempeng. Alahaiii... 

Okey babaiii... 




Thursday, January 22, 2015

Karangan Huruf P

Kreatif yang buat karangan ni.... hahhahahhaha


Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit. 
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang. 
Pakngah Pulang Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! 
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong. 
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ..... 
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam! 
Penamat...Perghhhhh Penattt........

Wednesday, January 21, 2015

Aku tanya APA KHABAR SEMUA

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Tuesday, January 20, 2015

Masa Berlalu Pantas... Oh Anak

Assalamualaikum... 

Kadang-kadang rasa macam baru bersalin jerk. Tapi Zaheen dah 3bulan 2minggu. Macam tak sangka dah harungi saat getir bersalin, berpantang semua. Alhamdulillah. Haaa masih terbau-bau lagi bau baby masa lahir. Sedap sangat bau die. Sekarang pun masyam susu pun nak cium jer. Hahahaha. Aku ker ibu-ibu lain pun sama. Rasa tak puas nak cium dia.

Naik 2 kg dari masa dia lahir. Alhamdulillah. Rindu Zaheen. 







Monday, January 19, 2015

Congo Bars Trial

Assalamualaikum. 

Haaaaa Congo Bars ni. Aku cam suka lak Congo Bars ni. Hahahaha. 1st time makan masa aku tengah pregnant aritu. Cik Boss kawan aku bawak datang ofis. Aku makan 3 ketui kot. 

Ni lah rupanyer. Sedap sebab tak manis sangat. Hehehe. 

Masa pun berlalu. Pastu kat FB kawan-kawan aku sibuk order Congo Bars dari kawan sekolah kami. Dilla, nama kawan aku tu. Dia memang baking dari umah. Dia pun ada buat jugak Congo Bars. Kebetulan aku pun dah habis pantang & nak buat majlis Aqiqah untuk Zaheen so aku pun order la sekotak. Makan sendiri jer uolss. Sedap. Memang sedap. Hahahhaa

Tu dia, menarik tak? Seyes sedap okehhh. Adik-adik aku pun suka. 

So masa bulan December aku rasa teringin beno nak makan Congo Bars. Kawan aku lak close order sebab cuti sekolah kan. Nak spend time dengan anak-anak dia. So aku pun gigih la google resipi. Memang banyak resipi tapi kan mana satu yang sedap. Hahahaha. So akhirnyer aku buat keputusan nak follow resipi di blog yang satu ni. 



Dah setel beli bahan-bahan, so mari mulakan operasi. Zaheen pun tido. Maka terhasillah Congo Bars dari hasil tangan aku. Kikikiki. Nervous nak tengok hasilnyer. Siap jer masak terus potong bagi Mak & Adik-adik rasa. Komen, sedappp. Yeayyyyy. Walaupun tak chewy mengikut spek Congo Bars sebenar. Tapi diterima. Yeahhh. Licin okeh. 




Tadaaaa my Congo Bars


Aku lagi semangat masak bila makanan tu diterima oleh insan tersayang. Ahakss. Bagi aku simple jer resipi Congo Bars ni cuma teknik nak buat tu penting. Kalau tak memang tak bape jadi sangat. Lagi satu kos bahan tu agak mahal. 

Okeylah... Babaiiiii. 




Masak Pizza Uolss

Assalamualaikum. 

APA KHABAR SEMUA? hehehe. Malam tadi AJL 29 kat TV3, tapi aku tak tengok sangat. Layan Zaheen, malam tadi die macam tadi dok bersin-bersin. Selsema sudahnyer. Cian die. Tak selesa la tu. Bukan orang-orang sekeliling dah demam. Musim kan. Aku pun dah mula bersin-bersin gak. 

Aku baru sampai pagi tadi. Terlewat sket gerak. Bangun sejam sekali, cian tengok Zaheen. dah kol 4 pagi baru die lena. Aku lak ting tong. So taknak paksa diri so aku tidur la kejap & decide gerak lepas Subuh. Last week aku gerak sebelum Subuh. 

PJJ dengan anak ni kena lah berkorban. Korban masa, tenaga, wang & macam-macam lagi. Boleh jer aku nak balik petang Ahad tapi masa dengan Zaheen tu singkat la. Lagipun kalau aku balik apa aku nak belek kan. hehehehe. Baik belek si kecik tu. Dah makin tegap berdiri. Mandi berdiri dah. 

Haaa cuti weekend baru ni aku buat Pizza. Dinner & Breakfast. Mat Salleh sangat kan. Hahhaaha. Aritu adik ipar aku buat & bawak balik kg. Sedap. So apa lagi mintak recipe. Dah mintak recipe kan, so haruslah cuba buat plak kan... Hehehe. 

Rupanya tak la susah sangat buat Pizza ni. Yang penting doh tu kena sedap. Nak gebu or nipis macam Dominos. Takde hal. Kita buat kan. Hahahaha. 

Tadaaa mempersembahkan... Pizza in the house. Buat simple jer, letak sosej, isi ayam. 







Nah resipi dari blog green strawberry. 
Aku olah sket jer. Adik aku yang uli doh. 

Bahan2 :
Untuk DOH
1. 250 gm tepung gandum
2. 1/2 paket yis / mauripan
3. 3/4 cawan air suam
4. 1 sudu teh garam
5. 1 sudu teh gula

Inti pizza :
1. sos spegetthi (Kimball) / sos cili untuk pedas (taknak letak pun takpe) / sos pasta Adabi
2. lada benggala hijau / merah / kuning
3. Cendawan butang (optional)
4. sosej ayam / daging
5. isi ayam (perap & masak sekejap)
6. bawang besar Holland
7. parutan keju mozzarella / kepingan cheesedale

Cara2
1. Panaskan oven 200 - 220 darjah celcius
2. Buat adunan doh pizza - yis di campurkan dengan air suam dan tuangkan ke dalam tepung serta masukkan garam dan gula.
3. uli tepung tersebut sehingga sebati , lembut dan tidak melekit
4. biarkan adunan naik jadi 2x ganda
5.Apabila doh sudah kembang, tepek doh tadi ke dalam pan pizza(  aku guna dulang pembakar oven tu yang empatsegi pizza. hehehehe Jika nak kulit tebal, lebih kan doh semasa tepek.jika nak nipis, pizza akan jad rangup seperti Domino pizza... 
6. sapukan sos pasta & lapiskan dengan sos cili
7. susun lada benggala, cendawan, sosej, isi ayam dan bawang besar (ikut suka nak susun macam mana pun)
8. taburkan parutan mozarella (koyak kepingan cheesedale)  diatas lapisan terakhir. Ikut suka klu nak letak lebih
9. Bakar dalam over dalam 20 minit
10. Sedia dihidang. Boleh makannnn. hehehhe. 


si kecik ni khusyuk tengok orang buat Pizza

Okeylah itu jer nak citer. hehehee. Byeee

Wednesday, January 14, 2015

Br1m

Assalamualaikum..
Haaa korang ada apply Br1m tak? Aku rasa dari Isnin lepas sibuk pasal duit Br1m dah masuk? Ada kat FB update kata br1m dah dapat. Kat WeChat pun sama. Ada yang kata sapa account Cimb da masuk. Account bank lain lum lagi. Kat online news kata akan masuk esok kepada 18 bank yang terpilih. Huhuhu. Apapun kalau rezeki dapat br1m alhamdulillah. Jangan lupa menabung. 2015 ni kena berhati-hati berbelanja tau. Maklum la ekonomi tak bape stabil. Hehehe. Peringatan untuk diri sendiri gak.
P/s : try update blog guna henfon. Hehehe. Apa pun guna pc @ desktop lg best. Hihi

Target to Weight Ideal

Assalamualaikum

Haaa cerita pasal berat after bersalin ini. Yalah last berat aku masa pregnant aritu 75kg. Tu dia betapa berat aku. Masa tu dengan kaki bengkak gila-gila. Lepas deliver turun terus 62kg. Memang ringan badan. Yalah masa preggy berat berdua kan. Aku target nak dapat berat 55kg. Tapi lum berjaya lagi. Cuma aku usahakan sekurang-kurang berat aku leh pakai baju-baju sebelum pregnant dulu. Bukan apa baju semua elok-elok & cantik-cantik lagi kan. Sayang nanti. Lagi pun kalau nak beli semua baju baru pitam gak. Yalah kos bajetnyer... Hehehe. Mana leh jimat, kita jimat. Ye dakk... 

Sekarang berat aku 59kg-60kg camtu. Bukan la nak kurus now. Janji sihat kan. Tahu aku pun bukan jenis leh nak kurus now. KPI aku leh pakai semula baju sebelum pregnant. Nak dapat berat yang ideal.  Hehehe. Mula-mula pregnat berat aku 61kg. Berat aku naik turun gak masa pregnant. Lepas operate buang cyst tu la turun gila-gila. 55kg kot. Memang rasa ringan melayang plus loya. 

Kebetulan pakai baju kurung moden ni. Tak sempat nak test semua baju. So tawakal jer masa gosok baju malam tadi. Alhamdulillah still leh sarung walau ada part yang tak loose sangat. hehehe. Pastu teringat pic kat FB masa pakai baju yang sama. Masa 2013 tu masih single & as tunangan orang. Berat masa dalam 56-57kg kot. Hehehe. 



Okeylah nak sambung keje dulu. babaiiii 


Tuesday, January 13, 2015

Pesanan Buat Aku & Semua

Pesan seorang Murabbi:
Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa.
Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud).
Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran.
Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya.
Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar.
Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah).
Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'.
Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah..
Moga allah ampuni kita semua n anugerahi dengan limpahan rahmatnya utk kita semua.... aameen.

Monday, January 12, 2015

2014 dengan 1001 kenangan terindah

Assalamualaikum...

Dah masuk minggu kedua di tahun 2015. Aku pun baru sampai dari Melaka pagi tadi. Gerak kol 5:30am dari Melaka sampai KL dalam 7:15am tapi sebab jem sket lepas tol Sg. Besi & Highway NPE so sampai parking ofis dalam 7:45am. Alhamdulillah leh masuk parking lagi. Zaheen tadi masa aku bangun die pun sedar jap. Tapi dah bisik kat dia, Mama g work. Ayah dah g work dulu. Jumaat Mama & Ayah balik. Tadi kol 8 lebih Abah msg Zaheen bangun senyum, Alhamdulillah. Malam tadi awal gak lepak bilik, Zaheen ajak golek2, borak2. Kol 12 baru Zaheen tido lena. Baru aku sempat kemas barang & tido. Thanks cyg Mama ni memahami.

2014 dah berlalu dengan 1001 kenangan. Yalah time tu aku pregnant dengan mabuk pening, selera makan hilang. Allah tarik nikmat makan sementara. Pastu bersalin & berpantang. Bila dah berlalu masa-masa tu, Allahuakbar. Aku berjaya harungi saat getir bersalin. Kalau dulu aku rasa takut sangat. Macam tak boleh jer sebab dengar kawan-kawan citer pengalaman. Kuasa Allah & Allah beri aku kekuatan aku berjaya mengharungi, merasainyer.

2014 kisah pregnant & bersalin. 9 bulan pregnant, 3 bulan berpantang. Fuhhh cukup setahun kan.

2014 1st year beraya as suami isteri. Masa pregnant dah 7 bulan lebih. Baby dah kick kick. Baju raya beli jer sepasang sedondon dengan Hubby. Selalu aku memang tempah. Size tukar sementara macam takde mood & takde masa sebab pening mabuk tak hilang. Apa orang kata bahagian masing-masing kan. Aku redha, terima & redah jer. Hehehe.

Lepas bersalin aku dapat rasai menghargai lebih lagi kebesaran & kekuasaan Allah. Betapa cantik aturan & ciptaan Allah. Betapa hebatnyer ciptaan Allah. Satu nyawa yang hidup dalam rahim seorang wanita. Betapa hebat seorang wanita yang dapat menanggung sakit bersalin tak kiralah secara normal atau pembedahan. Dua-dua sakit & pengorbanan seorang insan bergelar Ibu, Mama, Mak, Mummy, Ummi. Betol tak?Anak tu anugerah & rezeki yang Allah buat kita. Begitulah pengorbanan Mak kite kan. Sayang Mak. 

2014 juga menguji kasih sayang antara aku & Hubby. Yalah masa awal-awal preggy dengan muntah loya teruk. Pastu aku OT untuk remove cyst di HKL. Sebab pening loya muntah yang panjang, Hubby aku korban masa & wang untuk datang jumpa aku, bawak aku balik kg. Menemani saat aku melahirkan walaupun dia mabuk darah. Sama-sama membantu jaga anak dalam pantang. Jaga aku. Terima kasih sayang. Semuanya lebih membuatkan kita saling mengenali, mendalami perasaan antara satu sama lain. 

Oh ya aku perasan lepas ada anak ni aku cepat sensitif & touching. Hehehe. Normal kan. 

Okeylah kita sambung cerita lagi. Babaiii.

Thanks for reading

Wednesday, January 7, 2015

Salam Siaran... Eh dah 2015

Assalamualaikum.... 

Harap semua kengkawan sihat. Lama giler tinggalkan blog ni. Last entry 11 September 2014. Perghhh sangat lama okey. Hampir 4 bulan woooo... 

New story pasal aku, now aku dah jadi seorang ibu kepada seorang budak lelaki yang comel. Allahuakbar. Alhamdulillah. Hahaha. Tak tahu nak mula cerita balik macam mana. Kikiki. Kununnn masa dalam pantang nak menaip macam blogger lain tapi tiadalah kesempatan. Kikiki. Boleh terima tak alasan tu. 

Okeylah. Nak gtau ni, aku dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel seberat 3.3kg pada 6 October 2014 bersamaan 11 Zulhijjah 1435H (Raya Kedua Raya Haji) di Hospital Besar Melaka pada jam 4:14 pm. Seminggu baru decide nama Ahmad Zaheen akhirnya menjadi pilihan untuk diberikan. Pilih nama tu Ahmad sempena nama Nabi Muhammad S.A.W bermaksud yang terpuji. Zaheen pula bermaksud seorang yang cerdik. Hubby la minat dengan nama Zahin semasa cerita Kerna Terpaksa Ku Relakan tu. Tajul Zahin. Ejaan jer lain sket tapi maksud sama. 

Alhamdulillah. 9 bulan bawak perut akhirnyer selamat melahirkan secara normal. Sehari selepas birthday Hubby. Now dah 3 bulan dah. 
Masa 1 bulan 4.1kg.
Masa 2 bulan 4.8kg. 
Masa 3 bulan 5.3kg. 

Gambar Zaheen sejurus selepas dilahirkan & pic sekarang 3 bulan. Dah pandai menegur & borak2. Kalau snap pic selfie camera die pandai pandang, siap gelak lagi. 

5hb January 2015 aku dah start keje so untuk sementara waktu ni Zaheen duduk dulu dengan Atok Nenek die kat Melaka. Sedeyyyyy sangat pisah dengan dia. 3 bulan 24jam dengan dia. G mana pun bawak jer dia. 

Okeylah setakat ini dulu. Nak amik mood menaip balik ni. Hehehe. 




Thanks for reading... :) 




Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed