Friday, December 13, 2013

Kisah Suka Duka Study USM PJJ - Part 1

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah akhirnya aku tamat juga pengajian di USM. Lepas dapat surat konvo, alhamdulillah lega sket. Date 21 September aku konvo untuk mendapatkan segulung ijazah. 4 tahun tu pun berakhir. Banyak cabaran & dugaan selama 4 tahun dalam pada mendapatkan segulung ijazah. Aritu baru tulis part 1 tapi dah missing entry. aku plan nak buat sampai Part 4. sebab 4 tahun di USM kan. so Part 1 kira 1 tahun or 1 sem nyer kisah. plan nk tulis this year. kenangan aku jek. hehehehe. 

aku buat keputusan untuk sambung belajar di peringkat ijazah pada tahun 2008. apa sebabnyer? sebenarnya masa aku habis blaja Diploma di Poli Penang, memang ada niat nak sambung tapi masa tu mak aku kurang sihat. aku pun tak keje lagi, so aku tangguhkan dulu niat. aku ngat lagi masa 2006 kira2 lepas aku habis Diploma, kazen aku mintak temankan die register untuk sambung di USM. walaupun masa tu aku ada jugak niat nak sambung tapi tak berkobar2 la. kenangkan mak. so takpe one day aku akan sambung blajar jugak.

2008 aku buat keputusan untuk sambung belajar. pertama sebab memang ada niat dah nak sambung, memang ini lah masanya. kedua sebab rasa tercabar dengan seseorang, yang mengatakan kemahiran aku limited. eeee geramnyer aku. seyes aku bengang. yer die memang bos tapi die kena ngat die perlukan staff lain jugak untuk selesaikan kerja. betol tak???? hahahaha. emosi jap. hehehhe. tu ex-bf dulu. heheheh. opssss. ketiga sebab company aku keje. sebab aku riki2 akak tu keje more than 10 years tapi gaji naik ciput jer. die pesan kalau peluang lebih baik, pergi jer. tu lagi semangat aku nak sambung belajar. masa aku buat keputusan apply sambung belajar aku still keje kat Melaka. apply interview keje lain sana sini jugak. 

alhamdulillah 2008 tu permohonan aku sambung belajar di USM secara Jarak Jauh berjaya. so in May 2008 seminggu ke USM untuk Program Suaikenal. 2008 jugak permohonan kerja aku di TM berjaya. so kena lapor diri pada 3 November 2008. tahun 2008 di mana tahun aku berhijrah kerjaya setelah 3 tahun di company lama. Company Kontraktor yang attach dengan TM sebenarnya. hehehe. 

Masa umur aku genap 25 tahun aku berhijrah kembali ke KL. KL yang aku tinggalkan lebih 10 tahun lalu. dulu aku & family memang stay kat KL. bila aku datang balik kawasan aku tinggal dulu dah takde, dah berubah 200%. korang tahu jadi apa? Highway NPE. aku & family berhijrah ke Melaka pada 1995, selepas aku habis UPSR. masa tu kami menyewa di kawasan Kg. Pasir Baru. yang tinggal padang bola tempat aku & adik2 main. kalau ikutkan lepas kena pindah abah aku ada beli rumah kat Bandar Sunway, betol2 depan Sunway Pyramid tu. akan tetapi persekitaran yang super busy mana nak hantar sekolah bagai nanti so abah buat keputusan hantar kami semua balik kg. So start 1996 aku bersekolah di Melaka. kampung abah, hanya abah sorang jer stay KL sebab kerja. dulu abah pun keje kat TM. hehehe. so aku kembali ke KL after 13 tahun lebih kurang la. rezeki kat KL kan. berhijrah kepada yang lebih baik. 

perghhh gila panjang mukadimah aku. heheheh. tu dia bila ada idea, amik ko panjang lak kisahnyer. abes suma nak cakap. hahahhaha. 

TAHUN 1 - Sidang 2009/2010 - USM PJJ 

masa ni yalah junior. ada la kawan2 kelas tapi tak bersua muka. sebabnyer kaedah pembelajaran di USM secara banyak menggunakan penggunaan internet. Lecturer pun bagi assignment pun melalui website. untuk semua USM PJJ Student kami memang kena login masuk satu Portal khas yang diberi nama elearning http://elearning.usm.my/pppjj/.
kat portal tu memang details mengenai subjek apa yang kita amik, mengenai assigment, nak cetak kulit tugasan, sidang video, nota & semua yang berkaitan study. so as USM PJJ memang wajib la untuk buka Portal tu. jadual kelas & apa2 maklumat semunya ada kat situ. 

masa tahun 1 pergi USM naik bus jer. so memang pack la bawak barang untuk berkampung 3 minggu. haaaa kalau sambung kat USM PJJ memang wajib datang USM. kiranya dalam pertengan semestar. USM sidang akademik hampir setahun. masa tahun kursus intensif akan dibuat pada ujung November hingga pertengahan December. kira masa tu student USM full time cuti sem. yalah budak PJJ datang time diorang cuti la sebab nak stay kat hostel. demam kalau stay hotel 3 minggu, memang kena buat bantahan. hahahah. 

kenapa perlu kursus intensif? korang bayangkan USM PJJ Student 1 Malaysia termasuk Sabah Sarawak. so masa intensif ni lah nak jumpa live kawan2, belajar dalam kelas, kuliah, exam, jumpa lecturer. time ni lah. so hargai. rasa lah dok hostel. 

so rasalah kehidupan as mahasiswa & mahasiswi. ahaks... layan jer la pic yang ada. pic takde lah banyak sangat sebab masa tu hp takde la canggih mana. medial social pun tak la laju macam sekarang. masa tu aku baru berjinak2 dengan FB. tapi tak semua ada FB lagi kan. hehehehe. zasssss. 

masa ni takde ramai sangat kawan. masih lagi tempoh kenal-mengenal. tahun 1 aku stay Desasiswa Bakti Permai, so g kelas banyak jalan kaki or sesekali naik bus. bukan apa, memang ada kemudahan bus tapi timing tu, nak tunggu memang terlepas la kelas. kelas takpe lagi. kalau ada exam. time intensif ada PB stand for peperiksaan berterusan, ala macam mid term exam la. kadang-kadang time nak kena hantar assignment & pulun buat assignment. nak lepaking study kat library. hahahaha. study group. maklum la semua datang dari latar belakang berbeza, masing-masing dah punya kerjaya so to build the relationship among us. amboii.. tetiba speaking. 

haaa Bulan Disember ada pesta Penang, masa tahun ni aku macam tak pergi kot? transport limited. time ni aku demam teruk gak. dengan nak PB lagi. alhamdulillah ada kawan boy yang ada kereta prihatin sudi tumpangkan aku & roomate aku.  

ada la cuti yang takde kelas & PB sempat la aku g naik Bukit Bendera, naik public transport jer masa ni. pengalaman sangat. dengan budak2 kelas main tegur2 jer soalan pertama, "awak dah siap assigment". hahahahha. lepas tu mula lah tukar2 jawapan so dari situlah kenal & jadi kawan. bukan apa salah satunyer kalaua da assignment group ada lah geng. hahahah. nampak tak? hehehee. kalau tak sorang2 la ko. kikikiki. 

maklum la time ni kan junior so ada la kenal2 dengan abang akak senior. dari alam maya ke alam reality. wah gitu. concern more untuk tanya pasal study tapi biasalah kadang2 ada yang tersasar. hahahaha. bila belajar PJJ ni student2 ramai lah yang berstatus. maksud aku majoriti dah kawen la. kira bujang 3 minggu. macam aku suka tengok perangai orang. so kat situ boleh amik sebagai contoh juga iktibar. macam2 kisah jugak. yang baik kita ikut, yang kurang elok, buang jauh2 kan. hahahaha. 

lagi satu time ni lah tengok & jumpa lecturer livee. huhuhu. on the spot quiz. mengelabah memasing. hahahhaa. 




























okeylah dah habis idea nak tulis, so bersambung lagi di Part 2 lak. 

thanks for reading

_RZ25_


1 comment:

Liyana said...

seronotnye... sy baru baca hihi

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...