Monday, December 30, 2013

Kisah Cuti Cinta PJJ & Nasi Lemak Wak Kentut


Assalamualaikum. 

hari ini dah 30 Disember kan. penghujung 2013. huhuhu. jap kan masa berlalu. 
apa citer? harapnyer semuanya baik2 & happy2 ajer. 
aku alhamdulillah sihat. haaaa nak citer pasal last weekend. minggu lepas aku amik cuti Jumaat so Khamis tu dah gerak lik Kulai. lama seh tak balik Kulai. hampir 2 bulan gak. last aku balik masa besday aku aritu awal November. bukan taknak balik Kulai. kisahnyer lepas family day ke Tg Leman & besday aku 1-5 November, week lepas tu 9 Nov kami ada seminar kat Shah Alam, lepas tu Ipin kena kerja sabtu ahad kat Muar sempena Birthday Sultan Johor 22-24 Nov, bersambung kat plak kena bertugas di Melaka sempena SDSI kat MITC Ayer Keroh 29 Nov - 1 Dec. Pastu Family Day opis Ipin pun buat kat D'Village Ayer Keroh 6-8 Dec. minggu 14 & 15 Dec kami lepak KL. minggu 20-22 Dec kebetulan kawan Ipin mintak tolong sebab ada meeting d Sime Darby so lepak KL lagi tu yang dapat g tgk Maharaja Lawak Mega Live. 

so weekend yang 27-29 Dec aku amik keputusan balik Kulai. lama tak jumpa Mak Mertua, adik2 ipar & anak buah. rinduuuu orang Kulai. ahaks.. hehehe. Khamis tu aku balik naik bus jer sebab malas nak drive sorang2, jauh lagik. dari opis amik LRT ke KL Sentral, tukar ERL ke TBS. tapi aritu salah amik pilih bus. amik SuperNice tapi masya-Allah ada persinggahan. g Seremban la. masuk Yong Peng. naik kematu aku duduk dalam bus. hehehee. alhamdulillah sampai jugak kat Larkin JB kol 9:30pm. huhuhu.. lapa la plak kan. sampai2 rupanya Ipin dah sampai dulu. rindu. hehehe. sebelum g makan singgah Holiday Plaza, kabel Iphone aku problem lak kan. terus sambar 2 kabel then g makan Chicken Chop kat JB. alaaa lupa nama kedai tu. murah Chicken Chop die RM5. Grill Chicken Chop RM8.9. setel makan terus balik umah. hampir kol 11pm jugak sampai umah, sampai mak dah tidor. esok jer la jumpa. bagus kan menantu ni. hehhee. 

Jumaat tu di kala Hubby + Mak keje aku lepak la dok umah tengok tv sambil basuh baju, seronok wehhh. hahahaha. setel sidai baju zasss Ipin sampai umah bawak g breakfast. tak breakfast lagi sebab nak breakfast sesama. oohh touching i. alaaa g makan roti canai jer pun. haaaa dah relax kat umah tu kan, bosan lak nanti, sebab aritu Ipin ada request suh aku buat Crunchy Almond Caramel & Coklat Moist plak Ipin, adik ipar request. so mintak die bawak g kedai kek la... huwaaaaaaaaaaaaaa... teruja sangat masuk kedai jual bahan kek. 

petang baru buat projek memasak, heaven sebab takde orang. hehehe. macam lipas kudung wat keje. so siap 2 menu : kek coklat moist & crunchy almond caremelo. tu nanti aku story next entry yer. hehehe. 

siap masak + kemas dalam 5:15pm, baru melabuhkan punggung kat sofa empuk, Ipin kol suh solat siap2, die balik keje sampai umah terus nak ajak kuar. huwaaa... baru nak rehat. oh tidak mengapa. mari bangun mandi la dah masyam, hehhee. sempat la angkat kain & lipat menanti kepulangan suami tercinta. ahakss.. sila lempang laju2. hehehehe. 

nasib baik dapat isteri tak make up tebal nau. i'm simple. natural beauty. puii. sila angguk kepala. hahahaha. sebab sekarang pakai produk jeragat so memang no bedak & make up cepat la kan. hehehehe. 

siap jer jom yang. nak g mana? katanyer nak g pasar malam. okeh, pastu lalu jer pasar malam tu. ehhh rupanya nak bawak g makan nasi lemak wak kentut. lepas kawen lagi Ipin sebut nak bawak g makan, kedai tutup, tak sempat singgah. haluuu korang jangan gelak. memang nama die camtu la. 

Nasi Lemak Wak Kentut memang simple sahaja. Nasi Lemak, Ayam Goreng. Itu sahaja. Terletak di Bandar Kulaijaya, berderetan dengan Public Bank, ianya dibuka lewat petang hingga ke malam. Kalau exit dari JPO tu, traffic light Indahpura susur ke kiri dan teruskan perjalanan hingga ke bandar, nampak Public Bank, ambil ke kiri dan masuk di traffic light, kedainya di kiri anda. Parking agak mudah. Cari sahaja mana-mana parking yang available.

nak tahu apa rasa kena lah cuba. bila makan ayam die macam KFC, pastu Ipin tanya, u leh buat tak camni. In Shaa Allah yang nanti i try buat. huhuhu. 

Nama Gerai : Nasi Lemak Wak Kentut
Lokasi : Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor 

Wajib Order : Nasi Lemak dan Ayam Goreng
Waktu Perniagaan : 5.00PM till late (Ahad tutup)






okeylah sekian. babai..

thanks for reading

_RZ25_

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed