Wednesday, January 29, 2014

ANUGERAH MELETOP ERA (AME) - Jom Vote

Assalamualaikum. 

Haaa minggu depan jer bakal berlangsung satu lagi anugerah, apakah? Anugerah Meletop Era. Aku kan follow la jugak kisah2 artis2 ni kan.. tak la semua. yang aku suka.. heheheheh. Korang pun mesti follow ramai artis kat Instagram kan kan kan... so tahu la jugak pasal ni sket2. heheheh. 



haaa Anugerah MeleTOP ERA bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 nie? Sure ramai yang tahu kan.  Anugerah MeleTOP Era ni dianjurkan dengan kolaberasi program program hiburan mingguan Astro iaitu MeleTOP dan Radio ERA fm.  Astro dan radio Era fm memberikan kuasa sepenuhnya untuk penonton mengundi selebriti-selebriti bagi setiap 14 kategori yang dipertandingkan..

Bagi pemilihan Fasa Pertama dah pun selesai pada 10 Januari 2014 hari tu.. 
Sekarang dah dishort listed kan kepada 5 calon akhir bagi setiap kategori.. 

Mari kita lihat senarai penuh calon 5 terbaik untuk 14 buah kategori yang dipertandingkan:

Lagu MeleTOP

  1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz
  2. Galau - Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Infiniti Cinta - Zizan feat Kaka
  4. Kita - Forteen
  5. Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Penyanyi MeleTOP

  1. Akim
  2. Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Stacy

Grup/Duo MeleTOP

  1. Dato’ AC Mizal & Mawi
  2. Forteen
  3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
  5. Zizan feat Kaka

Program Radio MeleTOP

  1. Carta ERA 40
  2. Carta Fulamak SINAR
  3. Carta MeleTOP 40 ERA
  4. JoHaRa Pagi ERA
  5. SINAR Pagi
Penyampai Baru Radio MeleTOP

  1. Aril - ERA fm
  2. Feeya Iskandar - SINAR fm
  3. Nabil - ERA fm
  4. Shasha Al Khred - ERA fm
  5. Zahid - ERA fm

Filem MeleTOP

  1. Highland Tower
  2. KL Gangster 2
  3. KL Zombie
  4. Lawak Ke Der?
  5. Sepah The Movie

Bintang Filem MeleTOP

  1. Aaron Aziz - KL Gangster 2
  2. Jep Sepahtu - Sepah The Movie
  3. Siti Saleha - KL Zombie
  4. Yana Samsudin - Minyak Dagu
  5. Zizan Razak - KL Zombie

Program TV MeleTOP

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  2. Love You Mr Arrogant
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013
  5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

  1. Azlee Khairi - Love You Mr Arrogant
  2. Jep Sepahtu - Super Spontan 2013
  3. Johan - Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Zara Zya - Love You Mr Arrogant
  5. Zizan Razak - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Bintang Siber MeleTOP

1.         Aaron Aziz
2.         Dato Siti Nurhaliza
3.         Emma Maembong
4.         Najwa Latif
5.         Zizan Razak

Couple MeleTOP

  1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
  2. Diana Amir & Habib
  3. Fizo Omar & Mawar
  4. Izzue Islam & Awin Nurin
  5. Nabil Ahmad & Nazirah
Artis Baru MeleTOP

  1. Azhael AF 2013
  2. Faizul AF 2013
  3. Risteena Munim
  4. Syafiq Kyle
  5. Zara Zya
Fesyen MeleTOP

  1. Elfira Loy
  2. Nora Danish
  3. Nur Fazura
  4. Shila Amzah
  5. Zizan Razak

Artis Serantau MeleTOP

  1. Afgan
  2. Randy Pangalila
  3. Sleeq
  4. SM*SH
  5. Tegar
Ada 2 lagi kategori paling Hot dipertandingkan iaitu:

Top Top MeleTOP (Lelaki) - dipilih berdasarkan selebriti lelaki yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Top Top MeleTOP (Wanita) - dipilih berdasarkan selebriti wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Total ada 16 kategori dipertandingkan.  Eh tapi ada lagi satu kategori baru iaitu Anugerah WeChat MeleTOP.  Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi menerusi Aplikasi WeChat yang diterima oleh selebriti yang tercalon.

Tema AME pada malam gilang gemilang tu nanti ialah "Yang Hit, Yang MeleTOP".. Eh terbayang pulak Nabil ngan Neelofa sebut MeleTOPPPPP!! hehehehe.... 

Nak tau siapa artis yang akan mengadakan persembahan di Anugerah MeleTOP Era tu nanti? kita ada Hafiz, Stacy, Mark Adam, Najwa Latif, Azhael dan ramai lagi.. Artis jemputan dari Indonesia iaitu Cakra Khan pon ada ye.. 

Kat suratkhabar pon dah keluar ni hah.... Pengacara Anugerah Meletop Era, tak lain dan tak bukan, Dato' AC Mizal, Nabil dan Neelofa!! Juga turut dijayakan oleh Khairil Azam Pilus (Aril) danHanis Zalikha selaku hos Karpet MeleTOP. mesti best & MeleTOPP sebab ada MC ada Dato AC... heheheh

Jangan lupa undi selebriti-selebriti yang korang rasa paling layak untuk kategori masing-masing... Nanti kalau selebriti bukan pilihan yang menang, korang jugak yang sibuk tak puas hati lah.. sok sek sok sek lahhh.. lepas geram kat fb lah.. kat blog lah... Tak moh camtu yekkk... Ni orang dah bagi peluang, apa lagi? pegi lah vote.. 

Cara-cara untuk menghantar undian

Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi
1.      www.meletop.com.mywww.facebook.com/mymeletopwww.era.fm atau fb.era.fm
2.    Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
3.      Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
4.      Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS
1. Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
2.  SMS AME Hantar ke 32777. Contoh: AMEA1 dan hantar ke 32777
3. Untuk undian pukal: Taip AME<3> Hantar ke 32777. Contoh:
    AME20A1 dan hantar ke 32777
4.  Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian
5.  Tidak ada had yang ditetapkan untuk undian secara SMS


Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat
1.      Orang ramai hendaklah memuat turun aplikasi WeChat
2.      Selepas muat turun, klik “Social” dan klik “Add by ID”
3.      Cari “AstroGempak” dan “Follow” akaun rasmi Astro Gempak untuk mengundi
4.      Setiap pengguna WeChat dibernarkan untuk mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Contoh undian secara SMS:



*Undian dibuka bermula 16 Januari hingga 8 Februari 2014, jam 6.00 petang. 

Sebelum terlupa, sila block date anda.. Anugerah MeleTOP Era akan diadakan pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705 serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

"HAPPY VOTING"

Jom undi artis kegemaran memasing.. heheheheh. 

Tuesday, January 28, 2014

Note to My Self

Panduan Kuruskan Badan.... aku tengok dari blog seorang doktor. 

1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidor satu jam dari biasa. Kurang tidor bolih menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia bolih mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepong gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, bolih kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan konyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.


In Shaa Allah mari sama2 usahakan ke arah hidup lebih sihat. 

Monday, January 6, 2014

Permulaan Tahun Baru, Status Bertukar Kepada

Assalamualaikum... 

Hari ini hari ke 6 dalam tahun 2014. Kalau ikut tahun Islam pulak dah masuk R'Awal kan. pantas sungguh masa berlalu. tahun ni agak berbeza eeeh memang sangat beza kerana tahun ni aku sebagai isteri. oh yaker. dah ada suami. opsss. tapi mungkin bila jauh ni tak rasa sangat sebab yalah kami masih berjauhan lagi, so tak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sepenuhnya pada keluarga kecik. ahaksss. bila jauh ni bujang la.. hehehe. tapi takde la leh sesuka hati macam bujang2 dulu. 

yalah beza la sket kan, if nak g mana2 pun mintak izin dulu. mengajar kite untuk lebih menghormati. ya memang jauh. boleh jer nak buat apa2 pun. tapi akan menjurus ke arah gejala kurang elok, sket2 nanti jadi buruk & bahaya. 

contoh situasi , katalah ada kawan lelaki ajak kuar berdua jer. alasan saja jer. pastu pandai lak cakap kuar ngan kawan gurl. sebab nanti hubby tahu confirm kena marah, jeles pastu macam2 lagi la yang kurang elok. kalau buat camtu kan dah mengundang masalah. so better berterus terang. walau apa pun as wifey dah tahu kan batas-batas pergaulan. so kalau seorang suami @ isteri yang baik, sayang antara sama lain, pasti takkan buat camtu. confirm kalau kuar tanpa izin jadi tak tentu arah kot. 

aku rasa tu lah bezanya. kena jaga hati. haaaaaa dengar Ustaz Kazem cakap & mungkin ustaz2 lain tapi benda ni pun memang dah tertulis pun dalam Al Quran. seorang isteri ni senang jer nak masuk Syurga tapi dengan syarat jaga solat, puasa Ramadhan, jaga maruah, taat pada suami & beberapa perkara lagi. tapi yang susah no 4 taat pada suami. kenapa??? 
salah satu la yang aku nampak & ini terjadi pada kawan aku la. die luahkan pada aku. apa salah die, die tanya komen aku. kisahnyer die seorang kira pangkat pengawai bank yang glamer kat Malaysia ni. kawan2 die perli sebab pakaian die. tak update to la sebab salah satu tak pakai SELUAR JEANS. tapi die diamkan jer. aku pun tanya jugak kenapa? kawan aku cakap, suami die bagi die pakai apa sahaja yang menutup aurat kecuali pakai SELUAR JEANS, so salah ker dia ikut cakap suami die. see, bagi aku tahniah + kagum sebab akak tu taat cakap suami dia walaupun kawan2 die dok perli die tak update. die jaga hati suami, jaga aurat die + taat pada suami die. masya-Allah. 

bayangkan jika die nak ikut fesyen, nak jaga hati kawan2, apa jadi. sah2 la bergaduh kan. sebab suami die dah mention so bagusnyer die taat. that the simple situation. maaf la aku pun bukan arif sangat, baru lagi menempuh fasa baru dalam rumahtangga, aku pun masih belajar. jaga nama suami, keluarga, jaga diri sendiri. apa pun kisah tu sangat2 terkesan & bagi aku pengajaran. 

sebenarnya tak kisah pun tapi yang pasti jangan kita hanyut dengan arus kemodenan. lagi satu sebagai orang luar yang tak tahu apa2 jangan cepat tuduh, perli kerna setiap dari kita tak sama perjalanan hidup, tak sama prinsipnya. kalau kita nakkan hidup yang urban, jangan la ingat semua orang inginkan hidup begitu. tu contoh kan. lagi2 kita sebagai umat Islam yang telah ada acuannyer sendiri, jangan sampai terlalu agung-agung barat sampai lupa buadaya adab Islam kite. ingatan buat aku juga. kadang-kadang jangan peduli sangat kata2 orang. sebab hanya kita yang lalui & harung jer faham. sebaiknyer jika insan tu sahabat & kawan yang baik, die tak patut takde hak pun nak mempersoalkan. sebaiknyer mendoakan yang sebaiknyer. tapi jika terang-terangan memang salah @ menyimpang kita ada hak untuk menegur, tapi menegur pun dengan cara yang berhemah. 

haaa azam aku selepas aku bergelar seorang isteri, yang pertama nak jadi hamba ALLAH yang solehah, jadi isteri yang solehah, anak yang baik, bakal ibu yang mithali, pekerja yang dedikasi. banyak kepada dalaman & mendalami Islam. banyak lagi yang aku jahil, Masya-Allah. banyak sangat yang perlu dibaiki. lagi satu impian nak berniaga dengan cemerlang.

aku rasa korang semua pun macam tu kan. semua pasti ada azam tersendiri. azam yang baik2 kan. in shaa Allah ada rezeki dapat zuriat mesti lagi challenge kan. sampai masa aku akan merasainyer jugak pengalaman seperti mak & cousin & kawan2 aku yang lain. sekarang more focus untuk diri + suami dulu. 

in shaa Allah dipermudahkan untuk pindah keje di TM JB & stay bersama dengan suami. sekarang masing2 jaga diri sendiri & jaga dari jauh & tawakal pada Allah. sesungguhnyer Allah yang maha mengetahui & memahami yang mana lebih baik untuk hambanya. 

apa pun azam nak dapat berat ideal masih lagi diteruskan. maklum la tak bape nak tinggi kan. lagi satu kena jaga untuk maintain nanti sayang baju2 tak leh nak pakai. so dapat berjimat. hehehe. nak sihat. nak cergas untuk mudah melakukan ibadah. dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. 

apa pun mari sama2 buat yang terbaik, bagi yang terbaik, untuk dapat hasil yang terbaik. jangan lupa utamakan yang penting. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul, baru lah cinta pada suami, mak abah & lain2. 

okeylah, sampai sini sahaja karangan aku. hehehe

thanks for reading

_RZ25_

Friday, January 3, 2014

5 Kebaikan latihan kardio dan 6 contoh latihan kardio.

Assalamualaikum.

Azam 2014 - nak lebih sihat & cergas. mari sama2 kita jaga kesihatan. 
Disini, saya cerita sikit tentang kebaikan melakukan latihan Kardio dan juga beberapa contoh latihan kardio yang boleh anda lakukan.

5 Kebaikan latihan kardio
1. Meningkatkan Kesihatan Jantung
  • Jantung juga sejenis otot seperti otot-otot yang lain dalam tubuh badan kita. Jadi, jantung kita wajib KUAT untuk melakukan kerjanya untuk mengepam darah ke seluruh badan.Senang cakap, tanpa jantung kita tak boleh hidup. Sebab itu kita kena ada jantung yang kuat agar kesihatan kita lebih terjamin. Ini salah satukebaikan latihan kardio yang ramai orang selalu lupa.
2. Meningkatkan Metabolisme
  • Maksudnya kita perlu meningkatkan kadar degupan jantung. Latihan kardio juga akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan kita. Semakin cepat metabolisme tubuh, semakin senang anda untuk menjaga berat badan. Tak kiralah nak kuruskan berat badan atau nak kasi lebih berat badan. Haha..
3. Merangsang hormon dalam badan.
  • Latihan kardio ini dapat merangsang hormone yang menimbulkan “perasaan senang” yang tentunya dapat mengurangkan masalah seperi tertekan dan juga kepenatan.Selain itu, latihan ini dapat pula merangsang hormon untuk menurunkan nafsu makan jika dilakukan dengan betul dan terkawal.
4. Mempercepatkan “Recovery”
  • Latihan kardio dapat membatu menurunkan waktu recovery dan membantu mengepam lebih banyak darah yang sanat KAYA dengan oksigen ke otot untuk mempercepat proses pembaikan dan pembentukan otot-otot baru.
5. Menangani masalah Diebetes.
  • Latihan fizikal seperti latihan kardio pada pesakit diabetes akan meningkatkan kemampuan otot untuk menggunakan glukosa sehingga membantu mengawal kadar gula darah dalam badan. Jadi, bagi pesakit diebetes, selalu-selalulah buat senaman Kardio nih. Kalau ditanya mana-mana doktor, semuanya akan berpesan kepada pesakit mereka untuk sentiasa melakukan senaman untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

6 contoh latihan kardio
  1. Berlari. Salah satu latihan kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang CUBA untuk menguruskan badan. Kesannya kita akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.
  2. Berjogging. Buat dalam tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur.
  3. Berbasikal. Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
  4. Berenang. Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Dan percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas.  Tak percaya? Search pada google tentang kebaikan berenang.
  5. Bersukan. Pilih sukan-sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya bermain badminton, bermain bola jaring, bermain bola lisut, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
  6. Naik turun bangku. Ini juga cara paling simple untuk melakukan latihan kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak?
Nasihat saya, lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam latihan kardio. Bila dah bosan, memang anda akan LEBIH malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Selamat mencuba.
p/s: Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Takde maknanya anda hilang 3-10 kilo dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi debab balik dan malas bersenam.

Tips untuk diri sendiri. 

thanks for reading 
_RZ25_


Thursday, January 2, 2014

Memory Sepanjang Tahun 2013 : November - December 2013

Assalamualaikum

Last entry untuk kenangan 2013. 

November family day belah side Ipin. Mak cakap nak g bercuti + family day anak beranak ke Tg Leman, Mersing. Kitaorang stay kat Felda Residence. malam tu buat barbeku. erat hubungan sekeluarga. 2 Nov besday aku. surprise cake from adik ipar + biras, present from Hubby. thanks semua.

kami berdua banyak spend time dengan g event bersama-sama. so banyak moment bersama yang kami lalui & harung, lihat & sharing sama2. mungkin itu style kami. Alhamdulillah 4 bulan as husband wife. kami masih lagi PJJ. kos, pengorbanan & segalanya. in shaa Allah harap segalanya akan lebih baik lepas ni. Hubby ku minat sangat kereta + bola so kalau jer event berkaitan 2 benda tu memang dia akan joint la, jika ada masa free la. perkara yang baru, sebab nak tahu kan. get more knowledge jugak kat situ. 

6-8 Dec lak family day ofis Ipin buat kat D'Village Ayer Keroh. so dapatlah berkenalan dengan semua kawan2 ofis Ipin. alhamdulillah. 

1st time tengok live Maharaja Lawak Mega bersama hubby. best jugak yer. hehehe. 

alhamdulillah dapat 4 bulan yang berlalu dapat lah memenuhi hasrat untuk memasak khas buat hubby walaupun bukan selalu, so gunalah masa + peluang yg ada tu sebaik mungkin. rasa sayu + happy bila dapat berjemaah bersama. amik peluang jika dapat bersama + try buat untuk 5 waktu. bila sama2 berdoa memohon pada Allah. cinta Allah, Rasul, suami & family. indah sungguh perasaan itu. 

terima kasih Ya-Allah temukan aku dengan suamiku. cinta halal buatku, buat kami buat selama-lamanya, biar sampai ke syurga. berazam ingin melakukan yang terbaik buat suami juga family. in shaa Allah. 

sekian, terima kasih. ahaks... macam surat rasmi lak.

thanks for reading

_RZ25_


Memory Sepanjang Tahun 2013 : September - October 2013

Assalamualaikum

Start lepas kahwin kami banyak g seminar menambah ilmu pengetahuan. berkenalan dengan orang-orang yang berjaya, Jutawan dalam senyap. terbaik la diorang. 

Alhamdulillah dapat sponsor honeymoon di PD selama 3 hari 2 malam. dapat stay kat apartment. round PD la masa tu 6-8 Sept. 

Hari Malaysia giliran majlis menyalang belah suami di Kulai. baju masa tu simple jer. baju sendiri. kami cari warna sedondon jer & lepas tu leh pakai g ofis. baju aku cari kat 1st Lady jer. tu pun setelah lebih 10 kedai g cari. baju Ipin baju masa Raya beli kat Jakel. huhuhu. aku make up sendiri masa majlis aritu. hubby request suh make up sendiri. 

Majlis menyalang di pihak Ipin pun 2 pasang pengantin sekali ngan adik lelaki Ipin, diorang dapat orang dekat jer, kawan 1 sekolah. 


selesai majlis di Kulai kami pergi g honeymoon. hehehe. balik Melaka jap sebelum g honeymoon lagi kat Gold Coast Sepang 18-19 Sept sebelum sambung honeymoon ke Penang. lepas kenduri lagi satu majlis sejarah iaitu majlis konvokesyen aku 21 Sept. dah alang2 ke Penang honeymoon lagi la. hehehehe.

awal October adik gurl aku Ifah tunang. Ifah dapat orang dekat jer, orang Melaka gak, kampung sebelah. haaaaaadate Ifah tunang sama hari dengan besday Ipin. Raya Haji tahun 1st sambut dengan family mertua, agak kekok jugak tapi layan jer. 

1st time fly 15 Oct naik Malindo Air dari JB-KL alone. hehehe. nervous mula2 aku. cuak. 

akhirnya kami geng BFF menawan Broga pada 19 Oct. masa ni aku tak dating ngan Ipin sebab dia g Phuket ngan bos & kawan2 dia. 


tu jer kisahnyer.

thanks for reading

_RZ25_

Memory Sepanjang Tahun 2013 : July - August 2013

Assalamualaikum. 

Sambung lagi ke bulan seterusnya. mula2 aku ngat nak buat 1 entry jer, by month kang panjang sangat lak. hehehehe. suka hati aku jer kan. mood mengarang arini. hambiikkkkk. 

July & August memang aku & Ipin sangat busy dengan persiapan untuk pernikahan, perkahwinan & kenduri. kad dah tempah bulan June yang lalu. so baju nikah pun dah hantar tempah. so beli barang2 hantaran yang telah dilistkan. so apa keperluan yang perlu kena siapkan, kena setelkan. 

10 July kite semua dah puasa, terawih. makna masa tu makin dekat. hihihi. 
8 August pulak dah Aidilfitri perghh lagi rasa dekat sangat dah. apa pun segalanya berjalan lancar. aku nervous, takut, risau, semua ada. harapnyer majlis nikah berjalan lancar. macam mimpi aku rasa masa hari kejadian. macam tak percaya aku pengantin hari tu. majlis aku simple jer. buat yang penting jer. mungkin ada yang terlepas pandang aku tak sempat jemput, kad jemputan tak sampai pun ada. 

akhirnya sampai jugak date 24 August. alhamdulillah, bermula title sebagai seorang isteri kepada suami. bermulanya episode baru dalam hidup aku. 


to be continue

Thanks for reading

_RZ25_





Memory Sepanjang Tahun 2013 : May - June 2013

Assalamualaikum

Cakkk mari sambung story lagi. hahahaha. dalam 2 bulan ni banyak surprise yang aku terima. hikhikhik. 

Bulan May, cuti Hari Pekerja 1st time sampai ke GM Klang dengan BFF, tawaf 1 GM Klang. Rambang mata woooo. hahahah. 

lagi satu bulan May ni masing2 busy yalah sebab nak PRU13. Ipin pun sangat busy sebab kena bertugas. ehhh tetiba. lepas selesai PRU13 dengan izin mak abah aku jumpa Mak Ipin pertama kali. nervous sangat. nasib baik jumpa jap jer. 1st gurl yang diperkenalkan dengan Mak die. Lepas dari tu, Ipin cakap nak cari cincin. boleh lak aku tanya soalan bodoh. cincin untuk siapa? heheheh. kerja siang malam untuk kumpul duit beli cincin. ouchh terharu jap. hihihi. yalah tanya sebab taknak perasan. dah tanya confirm barulah rasa cam lega, syukur alhamdulillah. 

Pastu lak adik aku, Ifah konvo Master die UiTM Shah Alam. Tahniah dik. alhamdulillah bawak mak abah meraikan ifah. aku ngan edan stay kat luar jer. 

bulan ni jugak kena summit projek pengurusan aku, kacau bilau hidup jap. busy weh. apa pun alhamdulillah selamat hantar. 

tetiba Ipin minta aku survey kursus kawen di KL untuk 18 & 19 May. huhuhu. macam tanda2 nak kawen ni. doa selalu yang baik2 ajer. so kami pergilah kursus pra perkahwinan di Setiawangsa. hihihi. aku kol untuk booking on the spot. dan bermulanya persiapan sedikit demi sedikit. 21 May aku buat HIV test. Ipin pun dah siap2 buat. 

seminggu lepas kursus kawen sekali lagi aku terkejut. bila mana Ipin amik keputusan untuk bertunang. "kita bertunang 1 June la" hambikkk berpeluh2 aku. hehehee. dengan lajunyer kol gtau mak abah. gigil2 macam mimpi. hehehe. mula lah kalut buat persiapan. decide bape dulang, then gubah sendiri, mintak tolong adik. kek tunang aku buat sendiri. simple jer. baju pun tempah kurung moden. thanks semua family. thanks geng BFF sudi datang. preparation buat sehabis baik, yang penting & perlu. 

akhirnya tanggal 2 June aku mengikat pertunangan dengan MOHD ARIFFIN. 



belum lega sebab lepas majlis tunang kami berperang plak, perang di final exam USM PJJ. huhuhu. lepas tunang takde nak feeling sangat masing2 busy dengan exam. study, study & study. hehehee. 1st day exam terharu sebab dapat ucapan dari tunang yang jauh di mata. ahaksss. semangat nihhh. setelkan exam dulu, lepas tu terus nak kena buat preparation kawen, pihak Ipin setuju untuk buat majlis sekali dengan adik2 lelaki aku. majlis sambut menantu adik2 adalah pada 24 Ogos. so aku ada masa kurang dari 3 bulan untuk buat persiapan. tolak time exam. amik borang2 untuk nikah, tempah katering, tempah kameraman, make up semua la. beli barang2 untuk hantaran. 

selesai final exam, sekali lagi aku terima kejutan berita panggilan dari maksu, arwah atok pergi buat selamanya pada 23 June 2013. dapat jer kol terus siap2 balik Labu. atok pergi lepas Magrib. Al-Fatihah. 

Penghujung bulan June, adik boy aku no 3 lak nikah. ni lagi jauh dapat orang Pasir Mas, Kelantan. so tak semua pergi sebab adik2 ngah exam. so 3 kereta jer kami anak beranak termasuk makcik aku gerak ke Kelantan. pakcik aku, Cik Mujab sekeluarga dah memang ada kat sana sebab diorang balik kampung. 

nanti kita sambung lagi. 

thanks for reading

_RZ25_






Memory Sepanjang Tahun 2013 : Kisah Mac - April 2013

Assalamualaikum

Meh nak sambung lak kisah Bulan Mac & April. Coretan sepanjang tahun ni, di mana berlaku anjakan paradigma dalam hidup aku. kisah yang menarik dalam hidup aku. 1001 kenangan juga perasaan. Alhamdulillah. kisah kita semua tak sama, barulah warna warni kehidupan. kalau citer ko aku sama jer. bosan wehh. kuasa Allah kan. 

Bulan 3 merupakan bulan terakhir aku mengikuti kursus untuk Setiausaha yang dianjurkan oleh pihak HR TM. Kursus selama hampir 5 bulan bermula November 2012 bertempat di Royal Lake Club, Tasik Perdana, KL. Gain new knowledge kat sini, berkenalan dengan ramai lagi rakan setiausaha yang lain, di mana menambah networking. Best & seronok bila belajar ilmu yang baru kan. Ada 3 batch, aku dapat panggilan Batch 2. All gugurl, senior, junior berjumpa. Alhamdulillah aku dapat joint Batch 1 & 3 untuk module sebab aku ke USM kan.

Bulan 3 ni jugak busy dengan preparation adik boy kahwin. 15hb exam day & last day training. So selesai exam terus gerak ke Bagan Serai, adik aku nikah Jumaat malam & kenduri pada esok harinya. Meriah la sebab ramai jugak sedara yang follow rombongan dari Melaka, thanks kepada semua pakcik makcik belah abah & belah mak serta cousin2. Meriahhhh. Hehehehe. as kakak aku tumpang happy bila mana adik aku jumpa cinta hatinya. 

Hubungan dengan Ipin baik ajer, selalu msg jer la kan. Memang tak jumpa selalu sebab jauh. Tapi ada la sekali sekala Ipin datang KL. Hujung bulan aku ada ke JB, 30 & 31 Mac sebab jumpa kawan2 USM untuk siapkan projek paper, turun sana jumpa lah Ipin sekali. Sempat la jejalan kat Jom Heboh di Angsana. Masa ni lah HP Sony Merah aku hilang dalam kesibukan di Jom Heboh, maklum saja ada tangan yang gatal. Mungkin jua aku cuai. Apa pun aku pasrah redha, takde rezeki. HP tu memang kenangan, start 2011 pakai & kamera die sangat cantik gambar.


April cousin aku Azza mengikat pertunangan di Nilai. So kami sekeluarga balik ke Labu, Mak Long mintak tolong buatkan hantaran sebab tak siap satu apa pun. Huhuhu. meriah kami sekeluarga balik, maksu pun ada, decide pakai baju yang sama. thanks su belikan baju raya tahun lepas sama. boria. 

aritu celebrate kawan baik kat ofis Nisa. Nisa dapat bunga dari bos die. bestnyer. hahahah. aku & yana tumpang posing jer. heheheh. 

April merupakan minggu Setiausaha. so memang busy la bulan secretary g function. hahahhaa tapi takde la g semua. sapa nak bayooo. macam biasa aku g under ofis nyer lah kan. bos dah beli table maka dapat g event tu alhamdulillah, tiap2 tahun memang g. tahun ni tema merah hitam, thanks maksu sponsor baju. kali ni venue Secretary Day kat Menara KL, masa g naik Coaster TM. artis dayang nurfaizah, bob mesra, 

seperti biasa layan jer pic rojak pasembur yang ada, yang sempat dijumpai. hehehehe. 






akan bersambung lagik.... 

thanks for reading 

_RZ25_

Memory Sepanjang Tahun 2013 : Kisah January – February 2013

Assalamualaikum

entry ni berkisarkan kisah yang terjadi sepanjang tahun lepas. Alhamdulillah azam aku selama 5 tahun untuk mendirikan rumahtangga alhamdulillah tercapai & termakbul. dapat memenuhi impian diri serta keluarga, maklum la mak abah risau akan anak dara yang sulung ni, lagi2 bila adik boy no 2 & no 3 mula bertunang pada April & Raya 2012. bila mana ada jer yang ingin berkenalan, mengatakan hasrat ingin berkahwin tapi kesudahannya, sedih, beri harapan & musnahkan. aku boleh lagi terima walau aku kecewa tapi mak abah aku. kesian sangat kat mereka. plsss la. bila mana suatu ketika aku hampir dipaksa berkahwin dengan calon pilihan kawan baik abah aku. ooh tidak. tidak bayangkan jika ia benar2 terjadi. Allah tu maha mengetahui segalanya, yang terbaik buat hambanya. Syukur alhamdulillah. episode di mana bila ada ketidakpuasan hati berlaku, hantar macam2. Aku berubat dengan pertolongan Wan penghujung Disember 2012 yang lalu. sebelum aku berangkat ke USM, beberapa minggu lepas berubat aku terima sms dari insan yang pernah aku kenali suatu masa lalu, "saya minta maaf, harap tiada dendam antara kita" 
terkejut jugak bangun2 tido dapat msg sebab no tak save kan. apa pun aku tak pernah dendam ngan sapa2 pun walau aku kecewa, aku sakit... aku dah maafkan korang semua.

Haaa masuk awal tahun ni nak lupakan semua kisah2 sedih. Hahahah. Yalah buat apa nak kenang2 kan, amik sebagai pengajaran, apa yang berlaku membantu kita menjadi lebih matang dalam berfikir. Yalah umur nak 30 okeh tahun ini. Haaa 3 siries. Tapi umur sekadar angka. Ewaahhh. Hehehe. Kenang kisah2 manis jer.
So azam tahun ini nak siapkan projek paper & do the best in my final year kat USM. Walau pun nak konvo tahun ni. Malas dah nak pikir pasal cinta. Biarlah sampai masa nanti adalah. Kalau ada jodoh semasa hayat di dunia ni, Alhamdulillah. Jika tiada pun aku terima, pasrah & redha. Nak improve diri sendiri jer. More focus to life sendiri, family, kerjaya & sahabat2 jer. Gituuwww. Bulan ni memang kalut sket la dengan projek paper, assignment nak kena siap sebelum g intensif lagi kan. Happy sebab final year dah. Nak jumpa kawan2 USM yeayyy. Hehehe.

Sebelum berangkat ke USM, aku terima berita cousin aku Zakuan eksiden motor otw balik dr UiTM Puncak Alam ke Paya Dalam. Doa agar dia selamat. Aku gerak ke USM dengan Kak Joy & Sharah. Tahun ni kitaorang tak dapat masuk hostel awal. So stay kat umah kawan kat Kamunting Taiping. Final year stay kat Indah Kembara. Tahun ni senior wehh, konon otai la. Heheheh. Maklum la 4 tahun so terror la sket selok belok USM, Penang. Ahakssss. Bermula 21 January hingga 7 February aku berada di USM. Indah Kembara stay kat level 3, so naik turun tangga la kami. Exercise katanyer. Hehehehe. Layan jer. 16 hari di USM. Seminggu pertama aktiviti penuh dengan kelas, PB, library, gathering dengan kawan2, maklum la last year. Poyosss kan. Hampir seminggu aku dikejutkan panggilan dari Norani cousinku, adik2 & abah aku pemergian cousin arwah Zakuan, sedey sebab aku tak dapat jumpa dia buat kali terakhir, terbayang2 wajah beliau. Abah kol cakap bertenang tak bagi balik, doakan dari jauh. Aku akur. Al-fatihah buat Arwah Zakuan. Kawan2 bilik bagi support sama2 menangis dengan aku. Thanks korang.

Dalam kesibukan ke kuliah, jumpa kawan snap gambar kenangan katanyer. Ada sorang member dr JB, F cakap ada orang nak kenal ngan aku, kawan die jugak. Aku kan masa tu rasa cam malas nak kenal2 ngan orang baru. Cam penat jer. Hahahaha. Tak bagus betol kan. Hihihi. Sebenarnya aku memang takde mood nak berkenalan dengan lelaki. Kawan aku yang degil tu cakap alaa kawan2 jer, kawan study. Aku pun malas nak die bising, kira setuju lah sebab alaa kawan study jer pun. 1 hari tu sebab assignment segera & must be done masa tu jugak so kena 1 group 3 orang, group aku baru 2 orang, mintak tolong member yang 4 orang, mintak ahli die sorang, minimum 3 orang. Huhuhu. Bahan dah ada, tak payah present aku leh present. Kawan aku si F tu takpe aku bagi ko sorang ahli. Rupanya ahli yang dia cakap adalah orang yg sama ngan kenal ngan. Ipin. Aku masa tu arghh tak kisah janji cukup korum. Takde la interest sangat nak kenal & amik tahu pun. Berlagak ko eh. Hahahaha. So aku pun kenal la seorang yang bernama Ipin. Tak tahu pun nama sebenar. 24 Jan 1st time Ipin msg aku sebab nak tanya pasal assignment. Dari whatsap membawa ke emel semuanya berkaitan tugasan. Pastu kat kelas saja elak2 nak jumpa. Padahal nak tengok orangnya. Hahahaha. Rupanya Ipin pun sama tapi masing2 tengok dari jauh. Tak clear sangat pun. Lepas tu time free sebab takde kelas, so study jer la kat bilik. Ipin msg kata nak jumpa sebab nak minta nota. Aku takde hal sebab ngah free. So 25 Jan 1st time aku jumpa live, bertentang mata dengan Ipin. Tapi tak tengok sangat, segannnn. Mula2 ngat salah orang, memang Nampak cina betol. Hahahaha.

1st time jumpa biasa jer, discuss, amik nota, g makan, balik. Beberapa hari kemudian, kebetulan cuti Thaipusam aku & kak joy lepak bilik jer sebab malam tu ada gathering dengan lecturer so malas nak makan berat. Kira sekali makan malam yang special la. Msg2 ngan Ipin die ajak kuar makan & teman die g cari seluar kat Queensbay. Mula cam malas sebab eh ajak kuar lagik ni. Ajak kak joy malas katanyer, die cakap alaaa ko single g jer lah kuar. So 2nd time jumpa di Queensbay. Ada insiden yang aku & Ipin tak leh lupakan sampai sekarang. Masa tu makan kat McD. Ntah kenapa tiba-tiba Ipin suap fries, aku lak cam tergamam lalu makan jer sebab tengok orang dah pandang2. Hahahaha. Lepas tu eh kenapa ngan die ek. F cakap Ipin ni berdiam tapi kan 2nd time jumpa aku rasa aku yang terdiam. Aku banyak jadi pendengar. Banyak story yang aku dengar dari dia. Pelik tapi benar. [lepas 3 bulan Ipin admit masa kes suap fries tu die mula suka aku]. Aku rasa aku mula rasa sesuatu kat dia masa kali 3rd time jumpa. Aku rasa die cam ada chemistry ngan aku tapi aku banyak kali ingatkan diri sendiri agar tidak cepat jatuh sayang, jatuh cinta sebab tidak mahu pisang berbuah 18 kali. Hahhahaa. Maklum la pengalaman lalu kan.

Eh eh tengok dah kisah lain ni. Lepas jumpa Ipin extra busy aku ke sana sini dengan ketua uruskan FB USM PJJ. Luangkan masa dengan kawan2. Arrange dinner dengan kawan2 & lecturer. Masa di USM berlalu dengan pantas sehingga aku tak sedar yang aku mula buka pintu hati aku untuk insan yang bergelar lelaki. Tidak mengharapkan yang luar biasa. Cuma jika ada jodoh Alhamdulillah. Persepsi aku ubah. Biasa2 jer sebab taknak kecewa lagi. Just follow the flow. Maklum la dah makin dewasa ni kan, ahaksss. Satu la nampak yang Ipin seorang yang caring, soft spoken. Tengoklah lepas balik USM macam mana nanti. Dalam tak sedar aku & Ipin makin close selalu la berhubung. Sehinggalah 24 February bila mana luahan hati di luahkan. Apa pun kita hanya manusia biasa, usahakan yang terbaik. segalanya tawakal pada Allah. 

balik USM maksu buat kenduri kesyukuran sempena kelahiran anak kedua, Sofia yang comel. eee geram. berkumpul semua sanak saudara.

panjang karangan aku. hahahahaa. so layan jer la picas. 











akan bersambung.....

thanks for reading

_RZ25_

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed