Wednesday, January 29, 2014

ANUGERAH MELETOP ERA (AME) - Jom Vote

Assalamualaikum. 

Haaa minggu depan jer bakal berlangsung satu lagi anugerah, apakah? Anugerah Meletop Era. Aku kan follow la jugak kisah2 artis2 ni kan.. tak la semua. yang aku suka.. heheheheh. Korang pun mesti follow ramai artis kat Instagram kan kan kan... so tahu la jugak pasal ni sket2. heheheh. 



haaa Anugerah MeleTOP ERA bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 nie? Sure ramai yang tahu kan.  Anugerah MeleTOP Era ni dianjurkan dengan kolaberasi program program hiburan mingguan Astro iaitu MeleTOP dan Radio ERA fm.  Astro dan radio Era fm memberikan kuasa sepenuhnya untuk penonton mengundi selebriti-selebriti bagi setiap 14 kategori yang dipertandingkan..

Bagi pemilihan Fasa Pertama dah pun selesai pada 10 Januari 2014 hari tu.. 
Sekarang dah dishort listed kan kepada 5 calon akhir bagi setiap kategori.. 

Mari kita lihat senarai penuh calon 5 terbaik untuk 14 buah kategori yang dipertandingkan:

Lagu MeleTOP

  1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz
  2. Galau - Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Infiniti Cinta - Zizan feat Kaka
  4. Kita - Forteen
  5. Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Penyanyi MeleTOP

  1. Akim
  2. Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Stacy

Grup/Duo MeleTOP

  1. Dato’ AC Mizal & Mawi
  2. Forteen
  3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
  5. Zizan feat Kaka

Program Radio MeleTOP

  1. Carta ERA 40
  2. Carta Fulamak SINAR
  3. Carta MeleTOP 40 ERA
  4. JoHaRa Pagi ERA
  5. SINAR Pagi
Penyampai Baru Radio MeleTOP

  1. Aril - ERA fm
  2. Feeya Iskandar - SINAR fm
  3. Nabil - ERA fm
  4. Shasha Al Khred - ERA fm
  5. Zahid - ERA fm

Filem MeleTOP

  1. Highland Tower
  2. KL Gangster 2
  3. KL Zombie
  4. Lawak Ke Der?
  5. Sepah The Movie

Bintang Filem MeleTOP

  1. Aaron Aziz - KL Gangster 2
  2. Jep Sepahtu - Sepah The Movie
  3. Siti Saleha - KL Zombie
  4. Yana Samsudin - Minyak Dagu
  5. Zizan Razak - KL Zombie

Program TV MeleTOP

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  2. Love You Mr Arrogant
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013
  5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

  1. Azlee Khairi - Love You Mr Arrogant
  2. Jep Sepahtu - Super Spontan 2013
  3. Johan - Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Zara Zya - Love You Mr Arrogant
  5. Zizan Razak - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Bintang Siber MeleTOP

1.         Aaron Aziz
2.         Dato Siti Nurhaliza
3.         Emma Maembong
4.         Najwa Latif
5.         Zizan Razak

Couple MeleTOP

  1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
  2. Diana Amir & Habib
  3. Fizo Omar & Mawar
  4. Izzue Islam & Awin Nurin
  5. Nabil Ahmad & Nazirah
Artis Baru MeleTOP

  1. Azhael AF 2013
  2. Faizul AF 2013
  3. Risteena Munim
  4. Syafiq Kyle
  5. Zara Zya
Fesyen MeleTOP

  1. Elfira Loy
  2. Nora Danish
  3. Nur Fazura
  4. Shila Amzah
  5. Zizan Razak

Artis Serantau MeleTOP

  1. Afgan
  2. Randy Pangalila
  3. Sleeq
  4. SM*SH
  5. Tegar
Ada 2 lagi kategori paling Hot dipertandingkan iaitu:

Top Top MeleTOP (Lelaki) - dipilih berdasarkan selebriti lelaki yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Top Top MeleTOP (Wanita) - dipilih berdasarkan selebriti wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Total ada 16 kategori dipertandingkan.  Eh tapi ada lagi satu kategori baru iaitu Anugerah WeChat MeleTOP.  Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi menerusi Aplikasi WeChat yang diterima oleh selebriti yang tercalon.

Tema AME pada malam gilang gemilang tu nanti ialah "Yang Hit, Yang MeleTOP".. Eh terbayang pulak Nabil ngan Neelofa sebut MeleTOPPPPP!! hehehehe.... 

Nak tau siapa artis yang akan mengadakan persembahan di Anugerah MeleTOP Era tu nanti? kita ada Hafiz, Stacy, Mark Adam, Najwa Latif, Azhael dan ramai lagi.. Artis jemputan dari Indonesia iaitu Cakra Khan pon ada ye.. 

Kat suratkhabar pon dah keluar ni hah.... Pengacara Anugerah Meletop Era, tak lain dan tak bukan, Dato' AC Mizal, Nabil dan Neelofa!! Juga turut dijayakan oleh Khairil Azam Pilus (Aril) danHanis Zalikha selaku hos Karpet MeleTOP. mesti best & MeleTOPP sebab ada MC ada Dato AC... heheheh

Jangan lupa undi selebriti-selebriti yang korang rasa paling layak untuk kategori masing-masing... Nanti kalau selebriti bukan pilihan yang menang, korang jugak yang sibuk tak puas hati lah.. sok sek sok sek lahhh.. lepas geram kat fb lah.. kat blog lah... Tak moh camtu yekkk... Ni orang dah bagi peluang, apa lagi? pegi lah vote.. 

Cara-cara untuk menghantar undian

Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi
1.      www.meletop.com.mywww.facebook.com/mymeletopwww.era.fm atau fb.era.fm
2.    Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
3.      Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
4.      Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS
1. Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
2.  SMS AME Hantar ke 32777. Contoh: AMEA1 dan hantar ke 32777
3. Untuk undian pukal: Taip AME<3> Hantar ke 32777. Contoh:
    AME20A1 dan hantar ke 32777
4.  Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian
5.  Tidak ada had yang ditetapkan untuk undian secara SMS


Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat
1.      Orang ramai hendaklah memuat turun aplikasi WeChat
2.      Selepas muat turun, klik “Social” dan klik “Add by ID”
3.      Cari “AstroGempak” dan “Follow” akaun rasmi Astro Gempak untuk mengundi
4.      Setiap pengguna WeChat dibernarkan untuk mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Contoh undian secara SMS:



*Undian dibuka bermula 16 Januari hingga 8 Februari 2014, jam 6.00 petang. 

Sebelum terlupa, sila block date anda.. Anugerah MeleTOP Era akan diadakan pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705 serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

"HAPPY VOTING"

Jom undi artis kegemaran memasing.. heheheheh. 

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...