Friday, January 3, 2014

5 Kebaikan latihan kardio dan 6 contoh latihan kardio.

Assalamualaikum.

Azam 2014 - nak lebih sihat & cergas. mari sama2 kita jaga kesihatan. 
Disini, saya cerita sikit tentang kebaikan melakukan latihan Kardio dan juga beberapa contoh latihan kardio yang boleh anda lakukan.

5 Kebaikan latihan kardio
1. Meningkatkan Kesihatan Jantung
  • Jantung juga sejenis otot seperti otot-otot yang lain dalam tubuh badan kita. Jadi, jantung kita wajib KUAT untuk melakukan kerjanya untuk mengepam darah ke seluruh badan.Senang cakap, tanpa jantung kita tak boleh hidup. Sebab itu kita kena ada jantung yang kuat agar kesihatan kita lebih terjamin. Ini salah satukebaikan latihan kardio yang ramai orang selalu lupa.
2. Meningkatkan Metabolisme
  • Maksudnya kita perlu meningkatkan kadar degupan jantung. Latihan kardio juga akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan kita. Semakin cepat metabolisme tubuh, semakin senang anda untuk menjaga berat badan. Tak kiralah nak kuruskan berat badan atau nak kasi lebih berat badan. Haha..
3. Merangsang hormon dalam badan.
  • Latihan kardio ini dapat merangsang hormone yang menimbulkan “perasaan senang” yang tentunya dapat mengurangkan masalah seperi tertekan dan juga kepenatan.Selain itu, latihan ini dapat pula merangsang hormon untuk menurunkan nafsu makan jika dilakukan dengan betul dan terkawal.
4. Mempercepatkan “Recovery”
  • Latihan kardio dapat membatu menurunkan waktu recovery dan membantu mengepam lebih banyak darah yang sanat KAYA dengan oksigen ke otot untuk mempercepat proses pembaikan dan pembentukan otot-otot baru.
5. Menangani masalah Diebetes.
  • Latihan fizikal seperti latihan kardio pada pesakit diabetes akan meningkatkan kemampuan otot untuk menggunakan glukosa sehingga membantu mengawal kadar gula darah dalam badan. Jadi, bagi pesakit diebetes, selalu-selalulah buat senaman Kardio nih. Kalau ditanya mana-mana doktor, semuanya akan berpesan kepada pesakit mereka untuk sentiasa melakukan senaman untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

6 contoh latihan kardio
  1. Berlari. Salah satu latihan kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang CUBA untuk menguruskan badan. Kesannya kita akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.
  2. Berjogging. Buat dalam tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur.
  3. Berbasikal. Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
  4. Berenang. Salah satu aktiviti kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Dan percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas.  Tak percaya? Search pada google tentang kebaikan berenang.
  5. Bersukan. Pilih sukan-sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya bermain badminton, bermain bola jaring, bermain bola lisut, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
  6. Naik turun bangku. Ini juga cara paling simple untuk melakukan latihan kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak?
Nasihat saya, lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam latihan kardio. Bila dah bosan, memang anda akan LEBIH malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Selamat mencuba.
p/s: Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Takde maknanya anda hilang 3-10 kilo dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi debab balik dan malas bersenam.

Tips untuk diri sendiri. 

thanks for reading 
_RZ25_


No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed