Thursday, September 11, 2014

Kisah PJJ Kami & Anak

Assalamualaikum....

Diam tak diam setahun sudah aku as a wife kepada Incik Suami. Ahaksss.
Tapi aku masih lagi berjauhan dengan Incik Suami. Aku di KL. Dia di JB.
Lum rezeki kami stay bersama. Permohonan pertukaran masih belum menunjukkan
tanda-tanda positive.

Haaa Alhamdulillah tak lama lagi kami bakal menimang cahaya mata. Minggu ni genap aku 9 bulan,
Baru masuk 9 bulan. Haaaaa aku rasa kan, banyak nak up entry kat blog, sudahnyer aku blogwalking jer.
Macam kurang idea & tak tahu apa nak karang. Macam nak story kronologi pregnant pun tak jugak. Hahahaha.
Baca blog kawan-kawan & blogger lain best jerk. Hihihi.

Aritu ada status adik ipar aku belah Hubby, orang dok tanya die lum rezeki nak dapat baby. Aku & Hubby Alhamdulillah
Nak dapat baby. Sebab date kami nikah tak jauh kan, orang macam nak banding-banding. Kadang-kadang pelik manusia ni,
Rezeki anak ni semua dari Allah. Kuasa & izin Allah yang bagikan. Tapi soal orang macam orang tu taknak anak. Biras aku memang ada story luahan
Tapi yalah benda macam ni di luar bidang kuasa kita. Sapa yang taknak anak kan. Macam adik aku no 3 pun lum ada rezeki lagi.

Teringat kisah aku & Hubby masa baru lepas kawen. Jumpa aku terus tanya dah ada? Bila aku jawab lum rezeki lagi. Oh yalah awak kan jauh dari suami,
So susah sket la. Terkedu aku jap. Allahuakbar. Diorang assume aku kena bunting pelamin ker? bagi kami kalau dapat rezeki awal, Alhamdulillah.
Kalau belum pun takpe, Alhamdulillah, Lum rezeki. Allah akan bagi bila sampai masanyer, betol tak?

Aku & Hubby tak mengharap sangat or merancang ker apa. Just usaha yang terbaik. Ya memang kami berjauhan, so nak kukuhkan hubungan
& saling mengenali dengan lebih akrab lagi. Maklum la aku bukan nyer bercinta lama sebelum nikah. Sebelum tu kami hanya kawan biasa di USM.
Tegur gitu jer kat Group USM PJJ FB. Banyak ask & minta pendapat pasal study jer. Aku pun layan semua sama rata.
But masa final year, kawan kami yang kenalkan Ipin pada aku. Which is lebih specific yang Ipin nak kenal dengan aku. Hahahhaa

Pada mulanya aku anggap biasa jer ala kawan-kawan. Pastu tanpa disedari eh macam suka lak. Hahahhaa. Teringat lak kenangan lama. Hikhik.
Haaa baru ngat nak story pasal perkenalan dengan Ipin. Tapi macam tak buat-buat lagi. Hahahaha. Bukan apa as for my memory jek. Ohh itu nanti la aku
citer kat entry lain.

Masa mula-mula aku dapat tahu aku pregnant, aku macam blur + terkejut + macam tak percaya. Takde lah super excited. Sebab awal tahun 2014 aku
Memang nak jumpa doctor untuk follow up balik pasal cyst aku tu. Nak minta advice doctor if nak pregnant camner nak usaha. Yalah aku budget if dalam
6 bulan hingga 1 tahun if tak pregnant memang nk jumpa doctor. Yalah apa pun kena usaha. Aku pun dah masuk 30an.... hehhehee.

Appointment date yang aku dapat kat Klinik Menara TM pada 4 February. So sebab lambat relax la dulu.
Sebulan lebih lagi nak tunggu jumpa doctor. By the time tunggu appointment doctor aku dah pregnant.
Alhamdulillah, syukur sangat rezeki Allah bagi buat aku & Ipin.

Tengok aku dah ke mana nih. Hahhahaa. Start pregnant Ipin banyak ke KL dari aku ke JB. Dengan mabuk pening muntah camner nak drive jauh.
If nak balik kg Melaka or Kulai pun, dia akan ke KL amik aku, then bawak la balik ke Melaka or Kulai, pastu nanti balik KL baru die lik ke JB.
Cian gak tengok tapi terharu sangat. Takpe sayang, pengorbanan u tak sia-sia.

Yalah kalau sebelum ni rotate, sama ada aku ke JB or die ke KL. Aku leh drive or naik bus or ketepi or flight. Start pregnant ni la memang takde dah.
Lagi satu setelah difikirkan, kena move the next plan. Salah sorang kena mengalah. Nak satukan family. Nak stay sama-sama.
Bukan apa, every week travel. Transit sana sini. Pengalaman kami. Tak dapat nak masak untuk Ipin. Kalau balik Melaka or Kulai, tapi masak simple la.
Aku kadang pening masuk dapur. Alhamdulillah Ipin memahami.

Rasanya sampai sini dulu....  taip sket, sambung keje. Pastu baru sambung taip. Mood pun lari-lari. Hehehehe


Okey babaiiiiii

Friday, September 5, 2014

Baby Apa? Boy ker Gurl?

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku dah masuk 35minggu. Fuhh... Dah nak hampir 9 bulan. Kejap jer masa berlalu. Tinggal beberapa minggu saja lagi. Memang sekarang baby gerak aktif sampai senget-senget perut aku. Apa lah yang dia buat dalam tu kan. Hehehe. Pastu sekarang kadang-kadang mengeras. Sekarang ni aku kena alert setiap yang berlaku. Maksudnyer kalau mengeras tu bape lama? Jarak masa. Maklum la anak 1st kan. 

Haaa masa cukup-cukup 7 bulan yang lalu memang ada appointment dengan Doktor. Dah scan & alhamdulillah rezeki nak tahu jantina baby pun dah tahu. Nak kata excited sangat tu la sangat. Bukan kata tak excited. Bagi aku yang penting baby sihat, sempurna fizikal, sempurna kejadian, selamat & yang baik-baik ajer harapnyer. Aku & hubby takde la specific nak baby boy or gurl. Dua-dua kami terima dengan hati terbuka. Redha. Sebab taknak mengharap sebab taknak frust. Betol tak? Anugerah & kuasa Allah. Rezeki Allah nak bagi. Kami redha dengan segala yang telah ditetapkan & diberikan. 

Haaa perut aku memang besar la sebab jenis perut tebal. Ikut mak aku. Mak aku memang jenis perut tebal. Tak kisah la dah memang begitu kan. Rezeki masing-masing kan. 

Lagi satu kan kebiasaannyer orang cakap kalau perut lebar & penuh tepi tu anak gurl. Kalau perut lonjong ke depan anak boy. Kebiasaannyer berdasarkan pengalaman. Kawan-kawan yang tengok perut aku semua cakap baby gurl ni. Aku senyum jer. Aku tak kisah sebab terima jer samaada boy or girl. 

Ada pulak yang tanya, dah tahu ker baby apa? Mula-mula cam malas nak cakap-cakap. Tapi die dok tanya so jawab jer la. In shaa Allah, tengok aritu boy doktor cakap. Lepas tu die cakap lak, yaker. Tengok perut macam baby gurl jer. Aku cakap balik, kuasa Allah kan. Apa pun yang penting baby selamat & sihat, tak kisah its boy or girl. Betol tak? Kita tak kisah pun. 

Apapun aku & Hubby prepare 2-2 nama untuk baby boy & baby girl. Dari segi baju aku banyak beli warna putih so tak ke arah girl or boy. So nanti if boy or girl takde masalah nak pakai. Amik warna selamat.

Tak sabar nak cium bau baby. Nak pegang baby sendiri. Allahuakbar. 


Okeylah saja jer story sementara tunggu Hubby datang jemput. 
Doakan yang terbaik buat saya & baby yer. 

Wednesday, September 3, 2014

Akhirnyerr... Mode Baking is Coming

Assalamualaikum....

Baru nak story. Rasanya dalam 2 minggu masa balik Melaka berkesempatan jugak aku buat kek Marble. Hahahhaa. Dari masa MC bulan 4 lagi teringin sangat-sangat. Tapi nak yang dibuat sendiri. Banyak cekadak kan. Hehehe. So mode nak baking pun datang, tengok bahan semua ada. Apa lagi. Sepanjang preggy ni memang tak memasak sangat. Awal-awal tu memang tak la, sebab mabuk teruk. Puasa la aku rasa aku leh la masak sket-sket yang simple-simple. Ikutkan macam suka orang masak kan. Sebab awal-awal aritu bau minyak pun loya. hehehe. 

Kek Marble ni simple jer kira kek basic. Tapi kalau takde mode tu memang tak jadi kan. So bila ada semangat tu kejap jer siap. Pastu macam eh lama tak buat layer so buat jugak la yang basic. 

1st time aku belajar & buat kek ni masa aku darjah 6 lagi. Masa tu mana ada mixer. Apa lagi pukul pakai tangan lorrr... Hikhik. So itulah hasil aritu. Cantik tak??? 




okey itu jer nak citer


Tuesday, August 26, 2014

1st Wedding Anniversary

Assalamualaikum....

Diam tak diam. Setahun dah usia perkahwinan pada 24 Ogos 2014. Ewaahh... Alhamdulillah. Masih hijau & baru lagi. Macam tak caya tahun lepas date tu ngah sibuk-sibuk, debar-debar nak akad nikah. So dari sebelum cuti raya lagi memang request kat Hubby suh cuti hari Ahad. Maklum la Johor kan keje Ahad. Aku ngatkan dia lupa. Hehehe. 





Alhamdulillah aku pun dah nak 34minggu. So last week plan balik kampung aku sebab nak basuh & packing sekali beg baju baby. Ready kan jer. Maklum la kami ni dok travel sana sini. Packing, jumpa, basuh baju, kemas-kemas kang packing lagi. Hehehe. In Shaa Allah, rezeki dapat baby nanti baru dok sama kot. In Shaa Allah. Perancangan Allah pastinyer yang terbaek. 

Kebetulan balik kampung adik-adik aku pun semua ada. So meriah la bila kumpul reramai. Makan ramai-ramai. Gaduh-gaduh semua. Hahahaha.... Pastu Ali pun balik dok melayan Ali. Dah pandai ketawa bila diagah. Alhamdulillah perkembangan Ali pun bertambah baik & sihat. Terima kasih Ya-Allah. 


Bila ramai-ramai ada saja lah buat acah-acah Candy Booth. Adik aku, Ifah la datang bawak Coklat Fountain. Pastu beli buah & biskut. Hubby aku cukup suka la benda ni. Hehehe. 

Takde sambutan beriya pun just spend time together. Aku rasa tu pun dah cukup bahagia &tenang. Yalah berada bersama insan-insan tersayang. 

Petang sabtu tu lepas Asar, Hubby ajak g jalan-jalan. Tanya ke mana adalah. Suka tau. Petang dah redup die memang ajak kuar punya. Rupanyer ke Muar. Tengok-tengok kalau ada orang jual buah ker apa kan. Pastu jalan ke Tg Agas, nak makan mee bandung kedai tu tutup lak. So lepak kat masjid biru sementara tunggu Maghrib. 

Amik angin petang. Lama tak tengok laut. Lama jugak tak ke sini. Setel solat semua baru sibuk cari tempat makan. Maklum la dah lapau. Lunch mak masak bubur nasi. So kami berdua makan bubur nasi jer. Sedap mak masak kan. Hehehe. 

Sebab kedai Mee Bandung tutup so plan nak try la makan seafood kat Sabak Awor. Tapi yang sedap tutup. Aku 1st time makan kat situ. Hubby la yang citer. So takde la order apa sangat. Menu nasi putih, Kailan ikan masin, sotong goreng tepung, telur dadar. Makan berdua kan. Ngeh ngeh ngeh. 




Setel dinner laju-laju balik umah. hehehehe. Tengok bola sambil main dengan Ali. Lewat Ali tido malam tu, nak dekat kol 1am. 

Babaiiiii. 




Monday, August 25, 2014

Mengenang #MH17

Assalamualaikum

Jumaat yang lalu 22 Ogos 2014 merupakan Hari Perkabungan Negara. Tak cuti pun. 
Tapi pada hari tersebut sebanyak 20 mayat diterbangkan khas dari Amsterdam ke KLIA Malaysia. 
20 mayat yang sudah dikenalpasti & dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Memang la diorang semua takde kena mengena ngan aku. Tapi as manusia biasa yang punya perasaan sayu & sedih gak hati aku. Tambah-tambah lagi aku baca kisah Arwah Mastura & kata-kata anak dia. Berkaca-kaca mata aku. 





Thursday, August 21, 2014

Teringin nak buat & makan....

Assalamualaikum

Ngeh ngeh.... ada food yang aku teringin nak buat & makan. Yang ni dari dalam MC bulan April aritu lagi. Tapi lum dapat dipenuhi. Yalah masa nak sangat tu dalam pantang, tak leh nak makan sebab ada telur. Aku nak kek marble yang homemade. Hehehe. Ni dah bulan 8 tak kesampaian lagi nak buat. Nak buat senang + kejap jer tapi maklum peralatan tak cukup kat umah sewa ni.

Haa kek simple tu jer. Macam aku penah buat 2 tahun lepas, 6 ker 7 kaler. Amik dah macam kek pelangi. 1st kek yang aku belajar & buat masa darjah 6. Hihihi. 



Aku kan macam rasa baby kan tak mau yang jenis banyak MSG or bahan-bahan pengawet. Kalau yang masak sendiri ok. Means yang fresh, diterima. Hehehe. Tapi buah memang ada certain buah yang memang tak mau. Contoh macam epal merah, buah naga. Aku suka tapi baby la tak suka. Kikikiki. Maaf yer baby. 

Lama jugak tak main masak-masak. Hehehe. Awal-awal aritu tengok minyak tu macam eeeee menyampah. hahahha. Lama jugak tak masak untuk Hubby. Setakat goreng telur dadar boleh la. Alhamdulillah Hubby memahami. Dah masuk 3rd trimester ni boleh la nak masak simple. Tapi tak la hari-hari. Hehehe. 

Okeylah... In Shaa Allah target nak buat kek marble sebelum deliver nanti. 





Asas Simpanan & Belanjawan Utk Permulaan Kerjaya

1. Nak belanja tu boleh tapi patut-patutlah.
2. Kalau boleh tulis setiap sen yang keluar dari poket.
3. Sebelum apa-apa, simpan 10% ke 15% dari gaji dulu.
4. Macam matlamat hidup, kita pun kena ada matlamat kewangan.
5. Dah ada takaful ke belum? Kalau belum faham-fahamlah ye.
6. Itu buku 5 kasi tutup, itu hutang suma kasi clear.
7. Slow talklah dengan cik kak kat sebelah tu, banyak pekdahnya.
8. Tunggu apa lagi? Startle invest skang kalau takde lagi.
9. Nak rezeki bertambah? Senang je, dermalah sikit beberapa yang dapat tu.
10. Last sekali, carilah jalan macam mana nak dapat extra income.

Jamuan Raya GS Ofis 2014

Assalamualaikum

Monday lepas ofis aku buat Jamuan Raya. Tapi buat sederhana & simple jer. Sempena menghormati mereka yang berjuang & mangsa-mangsa peperangan di Gaza juga MH17. Baru teringat last year punya jamuan raya ofis aku takde. Hehehe. Masa tu baru lepas kawen & aku cuti kawen. Hihihi. 

In shaa Allah, Ahad ni 24 Aug genap setahun aku & Ipin as husband & wife, menikah. Rasa macam sekejap masa berlalu. Sekarang aku dah pun 33weeks. 3 minggu lagi cukup 9bulan. Laju kan masa. 3rd trimester ni laju jugak berat aku naik. hehehee. 

Jamuan Raya GS tak jemput sesapa just internal jerk. Among staff 140 jer. Sebab buat collection so tempah caterer & Big Bos sponsor kambing bakar. 1 ekor jer tapi sedap la. 1 sebab fresh, 2 sebab tak hamis, 3 pandai orang tu buat. hahhahaa. Iolss makan okeh, portion kecik jer. Bubuh kuah kicap + blackpepper. Sedapp. 

Ikutkan diorang suh pakai baju raya. Tapi kan baju raya aku tak muat tang kain. hehehe. So aku belasah pakai ala-ala jubah aka baju pregnant la. hehehe. 

Tapi kan aku kureng sangat nak bergambar. Takde nak snap pic makanan yang banyak2. Ni pun kawan2 ajak bergambar. hehehhee. 


















Okeylah.. babai... 

Tuesday, August 19, 2014

Acah-acah Baby Shower

Assalamualaikum

Ahad lepas selesai sudah plan kengkawan nak buat Baby Shower. Hehehe


Sebelum puasa lagi geng Bff Gojes plan nak buat baby shower untuk aku. Ouchh malu iolss tau. Kira gathering sekali. Dalam Bff Gojes aku sorang baru tukar status. Aku pun tak terfikir nak buat. Hehehehe. Iolss biasa2 ajer. Sebenarnyer takde Baby Shower sangat. More to gathering. Macam last year memang ada buat piknik tepi tasik, pastu snap-snap gambar. Pastu gambar kitaorang masuk Nona. Hehehe. Keluar Nona 2 minit jerk tapi die punya debar. hahahhaa. Tu lah kenangan kan. 


So berbalik pada plan kali ini. Setelah berdiscuss time free pada 17Aug. Tema kaler biru sebab tengok Emma Maembong & the adik beradik in Blue so cantik. Hahahha. So semua setuju decide la kaler biru. Oleh sebab aku baju terhad, makanyer gigih g cari baju. Jumpa lak dress online & murah. Apa lagi grab terus. 

Lepas Hubby balik Sabtu petang, aku & Ain terus ke Putrajaya. Tido umah Jaja. Malam tu beli barang masak untuk esoknyer. Plan nak buat Roti & Kari Ayam. Goreng Nugget & Sosej. Simple jerk. 

Lepas subuh tu Jaja dah siap la masak Kari Ayam & menjala Roti. Aku tolong sket-sket. Lama kot tak buat Roti Jala. hehehehe. Lepas siap-siap terus ke Saujana Hijau. Lawa tempat ni. Cuma hari kejadian Anim takde sebab demam + batuk teruk so kurang sorang. 

So layan la pic kami yang ada tu. Hikhik. 



Besday Gurl... Happy besday Jaja















Selesai sessi bergambar. hikhik. Rupanya pagi tu ramai jugak orang buat Photoshoot kat situ. Ada yang shoot Maternity, Post Wedding, Outdoor Wedding. hehehe. 

Sekarang ni kan baca blog orang lain, best-best jer ayat. Bila time nak taip kat blog sendiri takde idea. hehehe. Layan jer la yer korang. hihihi. 

Byeee





Kisah Weekend Kami & Ayam Bakar

Assalamualaikum

Harap kawan-kawan semua sihat. Masih lagi dalam Syawal. Penghujung Syawal. Dok blogwalking sampai blog sendiri pun terabai. Isk isk. 

Weekend lepas Hubby datang macam biasa. Khamis petang dah sampai KL. Pi amik kat Subang Airport & then g makan. Jumaat tu aku keje. Tinggalkan Cik Abang sekejap. Pegi & balik keje berhantar berjemput. Seronok & suka. heheheh. Bukan selalu pun. 

Tu perkarangan Lobi Menara. hikhik. Siap kena sakat ngan Hubby, kata lambat nak datang jemput. Jenuh la nak tunggu. Tup tup die sampai. Suka tau.... 


Sabtu tu balik Labu sebab Pakcik Adir & Cik Ayu aku buat Doa Selamat & Tahlil. Tapi kan saja surprise kan Mak Abah kata tak balik sebab tak dapat pun msg. hehehe. So Maksu Paksu aku tolong buat perapan Ayam Bakar. Seyes sedap. Wangi. Kuah cicah tu pun sedap. haii lahhh. hehehhe. Menu lain Cik Ayu masak Nasi Beriani, Nasi Impit kuah kacang, Mee Sup. Tapi Cik Abang ku ratah ayam bakar tu tak tahu bape ketul. Sedap nau katanyer. hehehe. 





Ni jer pic yang sempat snap. Hehehe. Pagi tu hujan, so macam malas nak bangun mandi pagi-pagi. hahhaha. Plus perut tak bape sedap, Kaki krem so lewat sket aku bangun. Maksu Paksu & Wan aku dah gerak g sana dulu. Sebab nak tolong masak-masak kan. Aku tolong sket-sket jer. Nak bongkok nak bape larat sangat dah. Rasa perut dah berat jer. Hihihi. 

Tengok tu ntah pinggan yang ke berapa. Apa lagi haruslah aku dapatkan resipi & nanti yer lepas deliver I masakkan untuk u. Ahakss. 

Pastu tunggu anak buah, Ali sampai. Ali dah bambam. Sihat Alhamdulillah. Manis jer muka die. Geram... Maksu dah jadi Nek Su. hehhehe. Nenek muda. 





Bambam kan. geram jer... nak geget tangan die tu. hehhhee. 
Yang pakai gaun tu Sofea, anak maksu. 


Okeylah sampai sini dulu. 

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed