Tuesday, August 19, 2014

Acah-acah Baby Shower

Assalamualaikum

Ahad lepas selesai sudah plan kengkawan nak buat Baby Shower. Hehehe


Sebelum puasa lagi geng Bff Gojes plan nak buat baby shower untuk aku. Ouchh malu iolss tau. Kira gathering sekali. Dalam Bff Gojes aku sorang baru tukar status. Aku pun tak terfikir nak buat. Hehehehe. Iolss biasa2 ajer. Sebenarnyer takde Baby Shower sangat. More to gathering. Macam last year memang ada buat piknik tepi tasik, pastu snap-snap gambar. Pastu gambar kitaorang masuk Nona. Hehehe. Keluar Nona 2 minit jerk tapi die punya debar. hahahhaa. Tu lah kenangan kan. 


So berbalik pada plan kali ini. Setelah berdiscuss time free pada 17Aug. Tema kaler biru sebab tengok Emma Maembong & the adik beradik in Blue so cantik. Hahahha. So semua setuju decide la kaler biru. Oleh sebab aku baju terhad, makanyer gigih g cari baju. Jumpa lak dress online & murah. Apa lagi grab terus. 

Lepas Hubby balik Sabtu petang, aku & Ain terus ke Putrajaya. Tido umah Jaja. Malam tu beli barang masak untuk esoknyer. Plan nak buat Roti & Kari Ayam. Goreng Nugget & Sosej. Simple jerk. 

Lepas subuh tu Jaja dah siap la masak Kari Ayam & menjala Roti. Aku tolong sket-sket. Lama kot tak buat Roti Jala. hehehehe. Lepas siap-siap terus ke Saujana Hijau. Lawa tempat ni. Cuma hari kejadian Anim takde sebab demam + batuk teruk so kurang sorang. 

So layan la pic kami yang ada tu. Hikhik. 



Besday Gurl... Happy besday Jaja















Selesai sessi bergambar. hikhik. Rupanya pagi tu ramai jugak orang buat Photoshoot kat situ. Ada yang shoot Maternity, Post Wedding, Outdoor Wedding. hehehe. 

Sekarang ni kan baca blog orang lain, best-best jer ayat. Bila time nak taip kat blog sendiri takde idea. hehehe. Layan jer la yer korang. hihihi. 

Byeee





2 comments:

Cik Puan Eka said...

cantik la tempat dia. Hehehe
buat maternity shoot pon cantik kan hehehehe

Jen Jen Areff said...

@Cik Puan Eka : bole sesangat. hehehehe

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed