Wednesday, August 26, 2015

Sepetang bersama Suami & Zaheen

Assalamualaikum

2 minggu lepas, Ipin tak bape sihat. Lepas event Kembara Mahkota Johor, die demam + selsema. 
So dalam la MC. Ahad tu ada la die kat Melaka dengan aku & Zaheen. So petang ahad tu, aku ajak la g tengok laut. Ala dekat dengan umah jer. Nak ajak g Klebang jauh gak. Maka aku ajak g Crystal Bay dekat Alai jer. Dulu-dulu masa sekolah & belajar kat Melaka, situ memang tempat lepak aku dengan kengkawan. Hihihi. 


Gara-gara berjumpa pic lama amik kat Crystal Bay la aku ajak Ipin g sini. Hahahaha. Lama dah tak g sini. Bila g memang dah berubah pun. Ada building SPRM lagi tepi laut. Hihihi. 


Mula-mula sampai angin kuat, muka teruja. Tahan angin. Hehehehe



Potret Keluarga. Hihihi. 





Happy la die tu. Happy jugak tengok. 








Bagi duduk atas batu, kejap jer. Lepas tu nak korek siput celah-celah batu. Nampak la die tu. 




Ayah + Anak. Hero kesayangan dua-dua ni. Dua-dua ni manja okey. 


Okeylah itu ajer citer kite. Hehehehe. 

Abang Zaheen???

Assalamualaikum....


Mula-mula dah masuk gambar. Biarlah gambar berbicara. Ahaksss. Boleh gitu. Aku tak tahu nak mulakan camner nak citer. Kikikiki.. 

Rezeki dari Allah yang tidak ku sangka. Aku kini hamil lagi. Gitu statement. Alhamdulillah. Tak lama Zaheen nak jadi Abang. Actually bukan lah aku ingin menidakkan kehadiran baby dalam perut ni. Aku & suami alhamdulillah bersyukur dengan kurniaan Allah. 

Baru nak mula story. Aku datang period balik lepas habis pantang 44 hari. Aku bersalin pada 6 Oct 2014. So dalam November aku dah datang period balik. Agak cepat jugak lah walaupun aku breastfeed baby. Akan tetapi next period pada bulan February. 
So memang lari cycle aku. Sebelum pregnant cycle aku dalam 28-29 hari. Lepas bersalin cycle aku jadi panjang. Kawan aku cakap aku subur tu. 

Lagi satu kan aku nak amik bantuan untuk family planning. Samada nak amik pil ker injection ker implan ker iud ker? Pertama aku tak tahu nak pilih mana satu. Kedua aku takut sangat naik badan. Hahhahaha. Nak masuk alat pun aku seram. Hihihi. Decide mintak advice doctor. Dah jumpa doctor jugak, doctor suggest amik pil sebab aku pun breastfeed baby. Tapi kalau nak start amik kena tunggu 1st day period. Masa datang klinik aku tak period so kena la tunggu. Dalam pada menunggu kami buat la kaedah sendiri. Hihihi. 

Sekali punya tunggu punya tunggu. Eh dah 42 hari still tak datang period. Aku okey lagi. Kawan aku tegur aku makan banyak. Okey lagi. Sampai la satu hari aku pening + muntah. OOhh ni dah lain. So apa lagi, laju-laju pergi farmasi beli UPT. Esoknyer buat 2 line. Berdebar okey. 

Next week aku g klinik. Bila check doctor & scan doctor cakap tak confirm lagi. Ikutkan masa tu kalau ikut date last period dah 8 minggu means 2 bulan delay. Kena datang lagi 2 minggu. Bila datang lagi, okey nampak la baby kecik tu. Oohhh. Speechless. Betol la aku pregnant. Alhamdulillah. 

Tapi masa bulan puasa, 3 July lalu tetiba aku sakit perut. Sebab awal-awal dapat tahu pregnant aku gastrik teruk. So masa tu ngat sebab gastrik tapi lain sangat rasa, sebab pinggang pun sakit sangat. Malam sebelum tido nak g toilet tengok ada darah. Ehh. Aku bleeding. Banyak okey. Fresh blood. 3 hari plak tu. Takkan period masa pregnant kan. So esok pagi g klinik sebab still bleeding. Bila scan doctor cakap jantung baby ada lagi, baby still alive. 

Masa bleeding tu sebab macam ada simpton keguguran so aku tak harap sangat. Jika ada rezeki adik Zaheen alhamdulillah. Jika bukan rezeki, aku & suami redha. Kuasa Allah kan. 6 July aku baru nak buka buku pink. Masa tu aku dah 3 bulan jugak. Pasal bleeding tu klinik mintak refer ke HKL. Dapat date appointment lepas raya, 28 July. 

Masa 28 July tu aku pagi-pagi dah g HKL. Tunggu giliran sampai la ngantok-ngantok. hehehhe. Bila sampai turn aku 1st scan baby okey semua. Tapi doctor tak puas hati, scan balik kat bilik lain. Bila scan balik baru nampak ada 2 kantung. 1 ada baby, 1 lagi kosong. So yang bleeding aritu sebab aku memang gugur 1 baby. Allahuakbar. Seyes tak tahu, twin. 
Takde rezeki. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. 

Doctor cakap kantung yang kosong tu tak ganggu baby yang tinggal so die suruh proceed pregnancy. So ikut date yang doctor bagi due date aku 18 Januari 2016. So now aku dalam 4 bln lebih @ 19 minggu dah. 

Aku kira-kira by the time baby baru lahir nanti, umur Zaheen dalam setahun 3bulan. Kalau ikut tahun, diorang akan beza 2 tahun. 

Tapi kan ada kisah masa nak buku pink aritu. Nurse bising-bising. Tapi kan dah ada baby takkan nak buang kot. Kuasa Allah. Aku senyum jer la. 

Untuk kali ni, alahan aku takde la teruk sangat macam masa Zaheen. Tapi still selera makan tu takde la berselera sangat. Muntah-muntah cuma sekali muntah teruk. Masam, lembik. Pening kepala takde sangat, boleh lah nak drive jauh. Cuma masa awal-awal tahu aku kena gastrik. Tapi until angin banyak betol. Huhuhuhu. 

Eh panjang lah kisahnyer. Okeylah sekian dulu. Nanti aku story lagi. 


Tuesday, August 25, 2015

Plan Jalan2 Ke Langkawi

Assalamualaikum.

Selamat hari wanita kepada semua wanita. Hehehehe. 

Tahun ni ada plan berjalan. Lama tak berjalan jauh. Last year trip ke Sarawak aku tak dapat g sebab ngah pregnant kan Zaheen & aku baru lepas operate. So burn tiket flight RM55 pergi balik ke Sarawak. Takde rezeki namanyer. 

In shaa Allah, tahun ni nak g Langkawi. Nanti lepas balik Langkawi aku update story yer. Nervous jugak ni. Hehehehee. 



Okeylah, babaiiiii. 

Thursday, August 20, 2015

Kisah Skincare Aku Guna

Assalamualaikum... 

Haaa lama tak update apa-apa. Kadang tu kan memang ada benda aku nak story, tapi dah taip separuh tak jadi. Konon nak jadikan as diary. Nanti akan datang boleh baca balik kisah lama... Ohhh aku penah buat benda ni. Kadang tu memang tak sempat pun nak update story. Tak dapat disiplin lagi jadi blogger. Bila baca kisah-kisah blogger lain, best.  Pastu nak update kat blog sendiri. Nan adooo... Hihihihi. 

Sekarang korang pakai skin care apa? Sebagai wanita ni apa pun kena lah memakai barangan penjagaan kulit, maklum la kulit tak sedia flawless. Ni pun sebenar entry peram. Hihihi... 

Masa zaman sekolah aku takde pakai apa-apa pun. Dah form 5 tu pun terpengaruh dengan kawan-kawan sebab pakai fair & lovely. So sibuk la pakai. Tapi tak serasi pun, so stop. Lepas tu aku pakai jenama apa ntah tapi sekejap jer. Lepas abes sekolah pakai la Safi. Beli ikut kemampuan. Pakai safi ni sampai la sambung belajar dengan Politeknik. Lama jugak pakai Safi. In between krim siang tu ada jugak pakai temulawak bila krim Safi habis. Ikut suka kan... hehehehe. 


Lama jugak aku pakai Safi ni. Lepas tu bila aku masuk keje TM aku tukar pakai Nano White pulak. Gara-gara terpengaruh dengan Maksu aku. Tapi tak lama sebab kurang serasi + budget tinggi gak. Habiskan set yang ada then stop. 


Lepas Nano White, aku try set baru launch. Set Safi Rania Gold. Heheheh. Aku beli 1 set sebab nak tahu la keberkesanan pada wajah aku. Ewahhh.. hahhahaa. Alhamdulillah serasi dengan aku. Hihihhi. 


Tapi kan lepas aku kawen, nape ntah aku tukar set lain, sebab aku notice kulit aku macam ada jeragat. Adik aku rekemenkan set jeragat. Tapi pakai set ni tak leh pakai bedak, make up segala. So sebab nak merawat kulit aku gagahkan jua. 2 minggu pertama aku mengalami pengelupasan. Memang taknak tengok muka sendiri la. Tapi dah try kan kena la bersabar. 
Sampai aku pregnant aku pakai set Shines Beauty. Tambah-tambah masa pregnant kan Zaheen aku memang takde mood langsung nak bersiap. Muka polos + pucat. hihihi. 


Last-last bila stok abes aku tak continue sampai aku bersalin. Lepas dalam pantang aku ada beli set keluaran Dherbs. Bila naik keje plak, set Dherbs habis aku tak continue. Aku pakai Lisa Skin Care. Tapi tak serasi, aku jual kat member aku sebab die memang pakai set tu kulit elok. Start bulan 2 until now aku pakai set syma beauty. Aku pilih sebab kos + alhamdulillah serasi. Lagi satu nak pakai benda yang simple, mudah tapi nampak cantik. Gitu. Bukan apa, bila dah jadi Mama & ada anak, 360 kot hidup ko berubah. Semua nak cepat. Tapi nak jugak kelihatan berseri kan. Gitu....



Itulah story pasal skincare aku pakai. Bese jer. Bagi aku tak kisah jenama apa, harga berapa, mahal or murah, yang paling penting, serasi & sesuai dengan kulit kita kan. Tapi kalau mahal beno pun idaklah mampu nak membelinyer... Yer dakkkk. 

Okeylah... Babaii







Tuesday, August 11, 2015

Kenduri Kawen Pak Abas & gelagat Zaheen

Assalamualaikum. 

Jumaat lepas aku cuti sebab nak balik JB. Sabtu 8/8/2015 ada kenduri kawen sepupu Hubby side kat Pulai, JB. Anak Pak Abas. Aku pun tak pernah jumpa semua anak-anak dia. Aku pun baru tahu rupanya anak-anak dia ada 15 orang. Patut aku tengok yang pakai baju sama ramai benor. Rezeki Pak Abas kan. Pak Abas ni adik beradik belah Ayah Mertua aku. Yalah aku kan baru lagi tak sampai 2 tahun so tak semua aku kenal lagi. 

So Jumaat pagi lepas mandi semua, kemas-kemas. Kitaorang gerak. Aku pakaikan Zaheen baju Bebet. Memang besar baju tu tapi saja test pakai. Kawan aku bagi. Comel. Tapi kitaorang tak terus balik JB. Hubby ajak singgah beraya umah kawan die kat Bakri, Muar. Umah kawan study die masa Diploma dulu. 





Separuh perjalanan Zaheen beyak. So tak sampai umah nenek KJ la dengan baju Bebet tu. Taaaaa dah baju lain. Hihihi. 
Sampai-sampai Kulai gelap. Rupanyer blackout. Main dalam gelap kejap la budak2 tu. 




Esoknyer kol 11am masing-masing dah siap. So gerak la 2 kete ke Pulai. Sepupu Zaheen pun 1 kete dengan kitaorang. Memang riuh la dalam tu kan. 

Meriah jugak la menu kat umah Pak Abas, Nasi Beriani lauk kambing, ayam goreng, daging, acar buah, Ice Cream, Air Jagung, Air Tembikai, Air Mata Kuching, Air Asam Boi berbalang-balang, Kacang Pool, kuih muih tepung pelita, apam polkadot, congo bars, kek marble, tart nenas, rojak buah, cup cakes. Tapi aku tak sempat nak snap pic makanan sebab busy dengan Zaheen yang geram dengan makanan. Hahahaha. 

Masuk dalam kejap sebab panas kat luar. Si Iris sibuk ajak Zaheen bergambar dekat pelamin. Cuba tengok gaya budak-budak itu. 







Tu jer kisahnya. Ada story nak story tau. Hihihihi.
Doakan kami sekeluarga dapat bersatu yea. 

Thanks. 



Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed