Wednesday, August 26, 2015

Abang Zaheen???

Assalamualaikum....


Mula-mula dah masuk gambar. Biarlah gambar berbicara. Ahaksss. Boleh gitu. Aku tak tahu nak mulakan camner nak citer. Kikikiki.. 

Rezeki dari Allah yang tidak ku sangka. Aku kini hamil lagi. Gitu statement. Alhamdulillah. Tak lama Zaheen nak jadi Abang. Actually bukan lah aku ingin menidakkan kehadiran baby dalam perut ni. Aku & suami alhamdulillah bersyukur dengan kurniaan Allah. 

Baru nak mula story. Aku datang period balik lepas habis pantang 44 hari. Aku bersalin pada 6 Oct 2014. So dalam November aku dah datang period balik. Agak cepat jugak lah walaupun aku breastfeed baby. Akan tetapi next period pada bulan February. 
So memang lari cycle aku. Sebelum pregnant cycle aku dalam 28-29 hari. Lepas bersalin cycle aku jadi panjang. Kawan aku cakap aku subur tu. 

Lagi satu kan aku nak amik bantuan untuk family planning. Samada nak amik pil ker injection ker implan ker iud ker? Pertama aku tak tahu nak pilih mana satu. Kedua aku takut sangat naik badan. Hahhahaha. Nak masuk alat pun aku seram. Hihihi. Decide mintak advice doctor. Dah jumpa doctor jugak, doctor suggest amik pil sebab aku pun breastfeed baby. Tapi kalau nak start amik kena tunggu 1st day period. Masa datang klinik aku tak period so kena la tunggu. Dalam pada menunggu kami buat la kaedah sendiri. Hihihi. 

Sekali punya tunggu punya tunggu. Eh dah 42 hari still tak datang period. Aku okey lagi. Kawan aku tegur aku makan banyak. Okey lagi. Sampai la satu hari aku pening + muntah. OOhh ni dah lain. So apa lagi, laju-laju pergi farmasi beli UPT. Esoknyer buat 2 line. Berdebar okey. 

Next week aku g klinik. Bila check doctor & scan doctor cakap tak confirm lagi. Ikutkan masa tu kalau ikut date last period dah 8 minggu means 2 bulan delay. Kena datang lagi 2 minggu. Bila datang lagi, okey nampak la baby kecik tu. Oohhh. Speechless. Betol la aku pregnant. Alhamdulillah. 

Tapi masa bulan puasa, 3 July lalu tetiba aku sakit perut. Sebab awal-awal dapat tahu pregnant aku gastrik teruk. So masa tu ngat sebab gastrik tapi lain sangat rasa, sebab pinggang pun sakit sangat. Malam sebelum tido nak g toilet tengok ada darah. Ehh. Aku bleeding. Banyak okey. Fresh blood. 3 hari plak tu. Takkan period masa pregnant kan. So esok pagi g klinik sebab still bleeding. Bila scan doctor cakap jantung baby ada lagi, baby still alive. 

Masa bleeding tu sebab macam ada simpton keguguran so aku tak harap sangat. Jika ada rezeki adik Zaheen alhamdulillah. Jika bukan rezeki, aku & suami redha. Kuasa Allah kan. 6 July aku baru nak buka buku pink. Masa tu aku dah 3 bulan jugak. Pasal bleeding tu klinik mintak refer ke HKL. Dapat date appointment lepas raya, 28 July. 

Masa 28 July tu aku pagi-pagi dah g HKL. Tunggu giliran sampai la ngantok-ngantok. hehehhe. Bila sampai turn aku 1st scan baby okey semua. Tapi doctor tak puas hati, scan balik kat bilik lain. Bila scan balik baru nampak ada 2 kantung. 1 ada baby, 1 lagi kosong. So yang bleeding aritu sebab aku memang gugur 1 baby. Allahuakbar. Seyes tak tahu, twin. 
Takde rezeki. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. 

Doctor cakap kantung yang kosong tu tak ganggu baby yang tinggal so die suruh proceed pregnancy. So ikut date yang doctor bagi due date aku 18 Januari 2016. So now aku dalam 4 bln lebih @ 19 minggu dah. 

Aku kira-kira by the time baby baru lahir nanti, umur Zaheen dalam setahun 3bulan. Kalau ikut tahun, diorang akan beza 2 tahun. 

Tapi kan ada kisah masa nak buku pink aritu. Nurse bising-bising. Tapi kan dah ada baby takkan nak buang kot. Kuasa Allah. Aku senyum jer la. 

Untuk kali ni, alahan aku takde la teruk sangat macam masa Zaheen. Tapi still selera makan tu takde la berselera sangat. Muntah-muntah cuma sekali muntah teruk. Masam, lembik. Pening kepala takde sangat, boleh lah nak drive jauh. Cuma masa awal-awal tahu aku kena gastrik. Tapi until angin banyak betol. Huhuhuhu. 

Eh panjang lah kisahnyer. Okeylah sekian dulu. Nanti aku story lagi. 


No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed