Tuesday, February 25, 2014

Kes Mengidam Tapi....

Assalamualaikum.....

Haaa mengidam? Tapi bukan aku tau yang mengidam. Kawan-kawan baik aku. Ain, housemate aku. Jaja, nun jauh di Putrajaya.
Cian kat diorang, mengidam nak makan ikan bakar sampai kecur air liur tau. Makan tanpa gagal. Cian kawan-kawan aku. Maybe sebab
mereka yang dekat & rapat dengan aku terkena tempias. Tapi aku tak lalu makan terutama nasi. Tengok nasi pening terus, seriusss korang.
Lapa tapi tak lalu langsung okeh. Paksa makan walau faveret ikan bakar tapi aku lalu 3 suap jer. Haaaa macam korang pernah dengar kes camni????
Hubby aku alhamdulillah takde teringin apa-apa lagi ker belum lagi? Huhuhuhu....

Aku bukan taknak makan, nak makan. Kalau makan habis then muntah balik, aku redha. Sekurang-kurang makanan tu masuk jugak sket. Ni kes tak lalu langsung.
Bukan apa pening dengan lembik la aku. Baby please kerjasama dengan mummy yer. Hehehe. Daddy jauh tau.

So sekarang aku memang standby kurma, biskut, roti krim tu, asam pastu buah-buahan yer. hehehehe. Haaa semalam kan tengahari memang tak lalu okeh,
makan buah dengan roti bakar tu pun selamat kuar jugak. haa ada kawan suggest makan buah cecah garam sket, aku try la boleh la buat alas perut. 

Balik umah aku try la masak, menu apa? alaaa so simple jer. Megi goreng carrot. Masak kering-kering.
Alhamdulillah boleh la makan + tak muntah balik. Malam tu lapar lagi makan sebijik orange. Sedapppppp. Hehehehe.






Last week aku masak sup sayur. Alhamdulillah. Cuma tu la larat tak larat jer la. Balik kerja memang rasa penat. Huwaaa.... kalau malam-malam ada tukang picit maybe okey lagi. Hahahah. Gedik tak? hehehheeh. Sila lempang saya laju-laju.



Haaa aku notice sekarang aku more touching. Isk isk yang ni menjangkit kat kawan aku jugak. Sama-sama touching boleh. Tengok berita yang sedih, terus berair mata. Pendek kata tak leh tengok or dengar yang sedih-sedih. Tengok drama pun sama. Hihihihi.

Lagi satu sekarang sebelum g keje singgah kedai kuih kat bawah rumah beli kuih, otw tu makan kuih. so kat opis nanti dalam kol 8am bekpes geng BFF ofis lak, Nisa & Kak Mala. hehehee. tapi tu la selera dah berubah, kadang makan, kadang tengok diorang makan jer. hehehhee. 

Esok, 26hb ada dating dengan Doc, untuk scan. Kepada anakanda, esok mummy nak tengok awak yer. hehehehe. Nanti Jumaat in shaa Allah nak buat buku pink (walau merah), daddy ada sekali. yeayyyy. 

okeylah, nanti kite story lagi yer. 

daaaaaaaaa..... 








Monday, February 24, 2014

Jangan Upload Gambar Baby Bawah Usia 40 Hari di Laman Sosial

Assalamualaikum..... 

haaa last Friday kawan aku dari JB tanyakan hal ni. betol ker tak leh upload pic baby yang berumur 1 hingga 40 hari? ada hadis sahih ker sekadar adat jer? so aku pun sibuk la google. sebab aku pun tak pasti. maka jumpalah maklumat ini. harap boleh dijadikan panduan buat diri sendiri & rakan-rakan..... 


Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi ?
Al Ain Bukan Perkara Main-main. SalaamULLAHu Alaykum…

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: “Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).
“Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.
Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain.
Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim) عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)” (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas. عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat) عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.
NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata.
(Sabo je le) Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith : عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).
Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia. (HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain.
Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi ‘new baby’ atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda. Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng’upload’ gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.
Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus


waalllahu'alam... 

Air Asia bagi Free Seat..... Jom Book Today

Assalamualaikum.... 

Harap semua sihat hendaknyer. haaa semalam housemate aku gtau pasal Free Seat Air Asia. so aku tengok aku pun dapat emel gak. haaa korang start arini, 24 February 2014 boleh book tau. korang boleh fly sampai tahun depan. boleh plan nak g bercuti mana-mana. 

macam aku tengok flight balik JB jer la... heheheh... murah KL-JB-KL RM75. so better la kan, macam kos naik bus gak tapi cepat sampai. hehehe. 




okeylah itu jer nak share. hehehhe. babaiiii 

Friday, February 21, 2014

Doa Buat Permata Hati


Assalamualaikum... 

Buat dalam bentuk pic senang nak simpan dalam hp. hehehehe. aku google jer pic baby boy & gurl. termasuk pic Arrian, anak tomok. tak leh tengok si Arrian tu. rasa nak geget. bolehhh??? hehehehe. \
letak pic baby kasi semangat sket. 

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen







Wednesday, February 19, 2014

Jumpa Cik Abang

Assalamualaikum

Last week Hubby habis kursus intensif di USM Penang yang berlangsung selama sebulan. Yalah aritu Hubby g Penang 19 Jan. balik kejap masa Raya Cina + Kenduri adik aku 1 Feb. So 2 minggu la tak jumpa Hubby. 13 Feb Hubby balik sini so 3 hari dapatlah spend time dengan dia. 

Tapi kali ini lain sket keadaannyer. dengan aku yang pening + loya + tak larat kan. macam Sabtu tu Hubby g tengok wayang kat Midvaley. okey lagi dalam wayang tu pun aku tak dok diam. lepas g jalan kat exhibition centre ada iProperty. jalan slow-slow. pastu ada dapat pop corn free boleh la nak munch-munch (kunyah2). 
lepas tu balik rest dulu. after Asar kuar balik g jejalan kat KLCC Park tapi takde jalan sangat. Lepak kat Masjid KLCC jer sudahnyer. tengok orang, suasana. setel semua, Hubby ajak g makan kat Kg Baru. aku tak tahu nak makan apa, just jamah Hubby nyer Chicken Chop. Minum Jus Mangga. lepas tu terus pening sangat... jom balikkk... tak menyempat2. setel makan terus ajak balik. seyes memang tak larat dah. maaf yer. hhehehehe... 

aku pun masih baru adopt keadaan baru. ooh macam ni rasa pregnant yer. patutlah besar pengorbanan seorang ibu. bukan senang kan... apa pun harus lebih banyak bersabar. 
Ahad tu sebelum Hubby balik paksu & maksu Hubby ajak dinner sesama. aku doa harap aku ok & dapat bertahan. hehehehe. yalah sebab diorang tak tahu lagi. 



Hubby banyak bagi kata-kata semangat yalah sebab kami kan berjauhan. die takde kat sisi aku weekday. Suh jaga diri elok2. jaga makan. In Shaa Allah, aku buat yang terbaik. kite dah bambam sket kan. hehehehe. 


Okeylah.... sambung lagi. 


Tuesday, February 18, 2014

Alahan or Morning Sickness

Assalamualaikum

Pekaba semua? cuaca sekarang kan panas, so kurangkanlah aktiviti di luar & banyakkan minum air masak yer kawan-kawan. Hubby aku pun macam nak demam jer. 

Aku pun baru lagi merasai fasa baru pregnant, iaitu 7 weeks. aku berada 1st trimester. so dalam tempoh 3 bulan kebiasaannya mengalami alahan-alahan mengandung seperti muntah-muntah, perut sebu, pening kepala, rasa loya. aku pun mengalami simptom berikut jugak. cuma alhamdulillah takdelah teruk sangat. lagi satu aku macam kurang rasa nak makan mungkin sebab pening kan. tapi paksa jugak kunyah @ makan. 
banyak la tips dari kawan-kawan yang senior or maksud yang dah merasai pengalaman mengandung. apa pun semuanya bahagian & rezeki masing-masing. sebagai bakal ibu aku rasa ia memerlukan tahap kesabaran serta ketabahan yang tinggi. yalah bukan apa, pengorbanan nak jadi seorang ibu bukan senang.

Allah dah aturkan yang terbaik. aku masih hijau lagi dalam fasa kehidupan ini. so kena banyak-banyak membaca yer. [note to my self]. kena banyak mengaji & baca surah-surah yang bagus untuk perkembangan baby. macam Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam. lagi satu positifkan diri agar tak berfikir sangat. lalui dengan tenang. heheheh. 

haaaa sekarang memang tido awal la sket dari sebelum ni. bukan apa kalau kurang rest akan lagi rasa loya tu. so sayangilah diri sendiri. sebolehnya aku taknak susahkan sesiapa. in shaa Allah, yang mana mampu aku lakukan, aku buat sendiri. nak manja sangat kalau Hubby ada, takpe lah jugak kan. hehehehe. 

aku ada download application baby center - sekarang ni masuk 7 minggu. dia cakap besar cam blueberry. aku tengok oohh... subnaallah ciptaan Allah yang maha kuasa. 


okeylah... sambung nanti. tata... 



Monday, February 17, 2014

Tahniah... Alhamdulillah Melangkah ke Fasa Baru

Assalamualaikum... good morning... 

Lama tak bersiaran di sini. Harap korang semua sihat. Aku bukan apa keadaan tak bape sihat sangat. 
Haaa nak share ngan korang ni.  Bukan apa, aku riso 2 minggu period delay pastu kan badan rasa lain macam sangat-sangat. Panas semua. biasanya kalau dah kawen tak period, adalah pregnant. jika sah pregnant alhamdulillah, jika belum rezeki lagi, so kena la find the solution. aku pun nak msuk 31 tahun ni. heheheh. 

so 1 weeks delay aku dah g klinik, doc cakap cannot confirm samada u pregnant or tak. oklah, so baliklah ofis, inform kat hubby. kawan2 opis yang rapat riso sebab tengok aku lain beno. sabar jer dulu sambil jaga makan. Badan panas waktu malam jer memang panas tau. aku sendiri rasa pun eh panasnyer. haaa berbalik appointment Doc yang patut jumpa 18hb kan. disebabkan kepanasan badan yang agak panas, ditambah dengan rasa loya + muntah lepas makan. 

so aku gagahkan jua g klinik pada 11hb. yalah period pun still delay. once again, urine test. the result.... jeng jengggg.... tapi kali ni jumpa doc lain d klinik yang sama. 
Confirm. Tahniah Puan Pregnant. cam mimpi tapi tengok result. rasa sebak sangat. alhamdulillah. its almost 6 weeks. so masih kecil lagi. Doc cakap 26hb nanti datang semula untuk scan dengan pundi kencing penuh tau. haaaaaa? camner tu. Doc cakap kalau dah buang, minum lagi baru datang klinik. ooo baiklah... saya menurut perintah. hehehehe... 

alhamdulillah. terus call husband gtau dia. pastu bgtau family & kawan2 yang rapat. buat masa ni takde update kat FB or IG. baru jer share kat blog ni jer. kat FB tu nantilah. so sekarang bertahan & bersedia hadapi simpton-simpton pregnant. setiap dari kita tak sama kan. aku kena kuat sebab hubby jauh dari sisi. sayu jugak tapi kena hadapi jugak. Hubby pun banyak bagi kata-kata semangat. terus google info-info berkaitan pregnant. simpan & forward bagi aku baca. 

In shaa Allah cari masa untuk menaip & mood untuk hilangkan rasa pening + loya. maaf la entry ni mungkin huru hara kan. hahhahaha. tuan die pun cam pening-pening lagi. hahahah...haaaa nak story ni, last month on November aku ada amik GLA Shaklee dari BFF, Cik Puan Yana. Gla tu supplement & merawat kesuburan dalaman jugak. juga membantu jika ada masalah cyst. so aku try la makan, tapi masa tu try makan 1 biji jer. after 1 month makan, aku ada terbaca yang makan GLA jika ada masalah, alhamdulillah masalah tu makin pulih tapi makan dengan 2 biji sehari. lepas tu pulak Maksu promote untuk makan Harum Malam more untuk dalaman wanita, aku lak ada keputihan. so usaha nak kasi pulih la. tapi sebenarnya aku sempat makan tak habis sebotol pun, lepas tahu pregnant terus stop. selain itu Kopi Elvyra tu pun minum tak sempat habis sebotol. hehehe. 

GLA tu lak aku stop jap sebab nak ubah cara makan untuk merancang kehamilan (masa ni tak tahu lagi pregnant) so tunggu date period datang. tapi sekarang dah stop terus. hehehehe. so ada lagi dalam 15 biji tak sempat makan. 

Alhamdulillah, rezeki dari Allah. bila sampai saat + masanya. Ia tetap berlaku. Kita sebagai manusia hanya usaha yang terbaik, segala yang  berlaku dengan izinNYA. 

doakan buat aku, suami & bakal baby yer. aku + hubby still PJJ lagi. lum rezeki duduk sama. mungkin lepas ni hubby akan selalu datang sini, sebab awal-awal ni aku pun tak leh travel jauh2. 

okeylah... sampai sini dulu.. 

babaiiiii. 




Monday, February 10, 2014

Kisah Cuci Kereta & Karnival Karangkraf

Assalamualaikum

Aku harap semua sihat-sihat selalu. Aku lately on off badan panas, jap panas jap normal. Perubahan ke arah new life. In Shaa Allah doakan yer. 18hb nanti baru jumpa doctor semula untuk check & confirm. Sekarang jaga makan, jaga emosi, jaga hati, jaga tingkah laku & paling penting jaga hubungan dengan Allah. In Shaa Allah, aku pun manusia biasa jer so kadang kala ada yang terlepas pandang. masih lagi blajar, masih lagi explore. Lagi satu dengan keadaan PJJ dengan Hubby agak mencabar tapi apa pun kena fikir yang positif & mohon doa banyak-banyak. eh eh apa la tu dok membebel kan...

Haa ikut plan asal last week nak g USM Penang. Konon nak jumpa Hubby & kawan-kawan yang masih meneruskan perjuagan. akan tetapi keadaan tak mengizinkan. Pastu lak adik-adik & cousin gtau anak Cik Idah, Farid nak tunang. so ingatkan dalam la balik Melaka. Again dengan pening jap ok, jap teruk plus dengan badan cam lemah so terpaksa la jugak tak balik. Rasa nak baring jer. 

Jumaat lepas final Maharaja Lawak Mega 2013. Tahniah buat SepahTu, dah memang rezeki korang kan. Tahniah juga buat Shiro & Bocey. tengok masing-masing cam tweet & komen sana sini cakap patut Bocey layak Juara. tapi kalau dah bukan rezeki mereka apa kan daya kan. kadang baca komen diorang seram jer. kite hanya peminat & penyokong jer. okeh. 

Sudahnyer Sabtu relax kat umah, bangun pagi lapar sibuk cari makan. haaaa sinki umah tu problem sket tu kadang nak masak spoil mood. dah baiki pun cam tak ok lagi. tapi kadang kalau masak kena la g masuk kat bilik air lak, so kurang best la kan. nak tak kena la beli. hukhuk... bole terima tak alasan tu? 

Pastu memang plan nak g basuh kete, kalau tengok Masya-Allah sangat comot Cik Bibah. lagi satu bukan apa kalau basuh + vacummm baru lah best kan. so dalam kol 11 g lah gagahkan diri g hantar kete untuk cuci. tempat biasa cuci penuh lak aritu. nak tunggu boleh tapi sure makan berejam. tak larat lak. so cari tempat lain dekat2 ngan area umah. alhamdulillah ada la satu kedai tu. kira turn Cik Bibah dalam ke 3. so okeylah tunggu la jap. pastu dalam pada lepas cuci kan kena alih kete ke tempat vacumm + lap kering. so tukar tempat duduk, tetiba ada sorang brader ker pakcik tak pasti la, tp range umur dalam lewat 30an or 40an camtu la. aku takde la nak duduk dekat die, sebab ada kosong selang satu kerusi so duduk jer la. dengan muka rasa pucat gitu. tetiba brader tu tegur aku "student ker?" sebab nampak sticker USM aku. tanya tinggal mana? asal mana? keje mana? mula lah rasa tak selesa, jawab tak jawab, layan tak layan jer. pastu doa cepat la kete die siap... hahahhaa. bole kan. so lepas die kata nak gerak dulu, so ingat habis dah. sekali die cam lengah-lengah kuar dari situ, pandang, senyum kat aku, nak aku tengok (walau aku tak tengok pun) baru die blah. aku tarik nafas lega. Cik Bibah aku pun siap semua, rasa best tengok kete dah bersih. alhamdulillah. so dengan happy gerak la, sekali tengok kete brader tu ada kat depan. tak syak apa pun. bila kete aku lalu lepas kete die, die pun gerak. arghhh sudah... die follow aku lahh.. terus kol hubby. tolonggggg..... macam mana ek. aku kan cepat panik sket.. heheheh. so doa banyak & sambil drive nak balik umah. alhamdulillah kete banyak, masuk depan die. so aku dapat jarakkan kete aku. so lepas kuar simpang masuk highway terus pecut. kata kalau die follow memang nak hala g balai polis. tengok kat cermin dah tak nampak so apa lagi terus laju-laju balik umah. alhamdulillah. laju-laju naik umah. 

petang tu kawan ajak g umah dia. aku drive dekat-dekat boleh la. lepas tu g mana-mana kawan la yang drive. amik-amik angin tengok pemandangan semua kan. Ahad tu ada Karnival Karangkraf kat Shah Alam. so sebab kawan yang drive aku follow jer dok depan diam-diam. dapat 2 jam kat situ, dengan cuaca panas, aku dah mula tak larat, aku beli la majalah Pa&Ma & majalah Rapi sebab ada diskaun semua. kawan2 aku ada beli novel, buku motivasi, buku agama. memang orang ramai, cuaca panassss sangat. alhamdulillah ada kete buggy so naik la buggy tu. dapat parking dekat, so takde la jalan terlalu jauh. sempat la amik gambar dengan Upin Ipin & Celina yang Masterchef Selebiriti tu, pastu chow balik sebab laparrr. huhuhu....

Haaa member aku Jaja ada g belajar kelas kek, blaja 3 jenis kek, Rainbow, Red Velvet & Rusian Cake. Perghh aku memang dah lama tengok Rusian Cake kat blog Kak Ita, so memang nak sangat. alhamdulillah dapat la rasa & makan. seyes sangat sedappp. Sekarang kan aku notice tekak tak leh makan manis-manis. lagi tambah pening. so lepas makan kek tu terus minum air putih banyak-banyak. bukan kek tu jer. apa sahaja makanan yang manis. macam jadi pening wooooo. lagi satu kan tak leh makan makanan yang dah sejuk. macam contoh makan kuih, yalah kalau dah buat pagi tengahari dah sejuk  so aku tak leh makan, so sanggup g panas kan dulu. hehehe. macam tu lak sekarang nih. 

Malam tadi lepas Isyak g gosok baju keje, pastu tengok tv jap... peningg, so g masuk bilik baring. pastu rasa bahang panas berpusing-pusing sampai lena. dah pagi baru rasa sejuk. 

okeylah itu jer. hehehehe. 


Wednesday, February 5, 2014

Perubahan Hormon & Baby

Assalamualaikum

Haaaa...tajuk tak leh blah kan... hehehehe.... Alhamdulillah 5 bulan bersama as husband wife. Masa wedding adik rasa teringat wedding sendiri. Alhamdulillah. hehehehe. 
Haaa perubahan hormon? apakah? bukan apa, aku rasa lepas kahwin macam beza sket yang ketara bila time nk period la. aku memang ada senggugut. 1st period lepas kawen, perghh memang la sakit sangat rasanya. masa tu lak majlis bertandang belah lelaki. apa nak buat, layan jer... hehehehe. 

selepas tu lak, jadi pelik sket tanda-tanda nak period. contoh sebelum period muntah-muntah lepas makan. kawan-kawan ofis ngat kite pregnant. tapi rupanya nak period. last period aritu rasa senak seminggu sebelum period. rasa tak selesa. ada yang kata tanda-tanda nak prengnant. tapi rupanya nak datang period. gituuwww... apa pun redha jer. yalah bila dah kawen ni lain la sket hormon tu. terkejuz jap. hahahhaa. 

haaaa bercerita pregnant ker tak? of coz semua pasangan yang dah kawen pasti inginkan anak kan. termasuk la aku. tapi aku takde la planning sangat. cuma rezeki nak dapat anak semuanya dengan izin Allah. betol tak? kite usaha dengan sebaiknyer. 

ada la kawan yang pm msg tanya aku planning ker? aku taknak anak ker? takde lagi ker? ohh yalah duduk jauh, mungkin bukan time subur. macam-macam lagi la. mula-mula aku sket stress tapi aku layan jer la sebab aku taknak stress. jawab dengan jawapan yang sebaiknyer. aku minta mereka doakan buat aku. in shaa Allah. sampai masa Allah nak bagi rezeki, akan jadi milik kite jugak kan.... aku positifkan diri aku. dengan sahabat yang memahami banyak bagi kata semangat. thanks pada sahabat yang concern. 

haaaa aritu aku ada joint aerobic so last 2 weeks aku stop sebab badan rasa lemah, plus muntah sebab salah makan. aku rasa macam kalau nak joint aeriobic tu lepas keje macam sebelum ni aku joint. sebab rasa macam rushing lak joint aerobic during lunch hour. macam stess lak. tak mau tak mau... nak relax, happy exercise kan. baru lah best. hahhaaha. macam-macam cekadak ko ek. semua orang tak sama kan. apa pun biarlah ianya mampu & sesuai paling penting kite enjoyyyyyyyyyyyy... 

lepas 5 bulan, ni 1st time aku delay period. seminggu. sebelum ni ada jugak delay tapi sehari dua jer. so kali ni delay seminggu pastu badan panas jer. kenduri adik aritu rasa lemah jer badan. macam nak period jerawat dah tumbuh, kulit area dagu kering, mengelupas, comot sket muka aku. hehehe. 

so semalam sebab dengan rasa tak sedap, aku buat sendiri UPT. okeh dengan gigil tengok ohhh 2 line. tapi kan macam terkejut. tak tahu nak kata apa. pastu cakap kat hubby. dia suh g jumpa doctor terus, riso sebab badan aku panas sangat dari aritu lagi. so dengan menurut perintah g lah klinik kat bawah, tunjuk kat doctor UPT tu. hehehehe. doctor cakap buat lagi sekali sebab yang tu takut tak bape betol lagi. so lagi sekali, sambil tunggu result, debar-debar tau. hubby lak jauh kan... kena kuatkan semangat. hiyahhhh.. eh itu nak bersilat. 

doctor panggil tengok memang 2 line tapi control line samar-samar so doctor suh tunggu lagi 2 minggu untuk confirmkan. kena la tunggu 18hb datang balik. in shaa Allah jika memang rezeki, alhamdulillah. perasaan? tak tahu nak kata. takde excited sangat sebab tak pasti lagi. in shaa Allah ada berita baik nanti. apa pun mari sama-sama doa & tungguuuuuu. 

sekian dulu. 

thanks for reading.

_RZ25_  

Tuesday, February 4, 2014

Tahniah Ifah - Sis Wedding

Assalamualaikum. 

lama aku tak menaip kat sini. huhuhu... ntah kenapa. ngada-ngada kan.. just blogwalking jer sana sini. cari mood. hahahha. 
Pekaba semua? Arini dah 4 Feb dah. Jalan raya lengang lagi, mungkin ramai masih bercuti sempena cuti raya cina baru-baru. Jalan jem kan, biasalah cuti sempena perayaan ramai la berpusu-pusu g jejalan, g balik kampung, memenuhi kenduri kawen sana sini. 

Haaaa... alhamdulillah, sabtu lepas berlangsung majlis akad nikah + kenduri kawen adik gurl aku no 4, Ifah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik. hampir semua preparation adik aku yang buat sikit-sikit dibantu oleh adik-adik yang juga makcik aku. adik aku kreatif so banyak idea & hasil tangan yang die buat sendiri. apa pun tahniah Ifah & pasangan, Nazri. selamat menempuh alam rumahtangga & kehidupan baru. Ifah dapat orang dekat jer, kat Melaka jugak. 

ikutkan aku start cuti Khamis, 30hb tapi tunggu Hubby dari Penang, so pagi Jumaat baru sampai Melaka. Kali ni rasa tak bape agresif sangat la.. rasa cam nak demam + lemah sket badan. so dapat tolong sket2 masa wedding adik. 


tema adik aku purple + torqoise. yang purple kami. hehehehe. 

haaaa arini seminggu delay period. nape yer? harapnyer semua baik2 ajer. 
okeylah sambung lagi nanti. huhuhu... nak g check dulu. 

end dulu. babai...

_RZ25_


Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed