Wednesday, February 5, 2014

Perubahan Hormon & Baby

Assalamualaikum

Haaaa...tajuk tak leh blah kan... hehehehe.... Alhamdulillah 5 bulan bersama as husband wife. Masa wedding adik rasa teringat wedding sendiri. Alhamdulillah. hehehehe. 
Haaa perubahan hormon? apakah? bukan apa, aku rasa lepas kahwin macam beza sket yang ketara bila time nk period la. aku memang ada senggugut. 1st period lepas kawen, perghh memang la sakit sangat rasanya. masa tu lak majlis bertandang belah lelaki. apa nak buat, layan jer... hehehehe. 

selepas tu lak, jadi pelik sket tanda-tanda nak period. contoh sebelum period muntah-muntah lepas makan. kawan-kawan ofis ngat kite pregnant. tapi rupanya nak period. last period aritu rasa senak seminggu sebelum period. rasa tak selesa. ada yang kata tanda-tanda nak prengnant. tapi rupanya nak datang period. gituuwww... apa pun redha jer. yalah bila dah kawen ni lain la sket hormon tu. terkejuz jap. hahahhaa. 

haaaa bercerita pregnant ker tak? of coz semua pasangan yang dah kawen pasti inginkan anak kan. termasuk la aku. tapi aku takde la planning sangat. cuma rezeki nak dapat anak semuanya dengan izin Allah. betol tak? kite usaha dengan sebaiknyer. 

ada la kawan yang pm msg tanya aku planning ker? aku taknak anak ker? takde lagi ker? ohh yalah duduk jauh, mungkin bukan time subur. macam-macam lagi la. mula-mula aku sket stress tapi aku layan jer la sebab aku taknak stress. jawab dengan jawapan yang sebaiknyer. aku minta mereka doakan buat aku. in shaa Allah. sampai masa Allah nak bagi rezeki, akan jadi milik kite jugak kan.... aku positifkan diri aku. dengan sahabat yang memahami banyak bagi kata semangat. thanks pada sahabat yang concern. 

haaaa aritu aku ada joint aerobic so last 2 weeks aku stop sebab badan rasa lemah, plus muntah sebab salah makan. aku rasa macam kalau nak joint aeriobic tu lepas keje macam sebelum ni aku joint. sebab rasa macam rushing lak joint aerobic during lunch hour. macam stess lak. tak mau tak mau... nak relax, happy exercise kan. baru lah best. hahhaaha. macam-macam cekadak ko ek. semua orang tak sama kan. apa pun biarlah ianya mampu & sesuai paling penting kite enjoyyyyyyyyyyyy... 

lepas 5 bulan, ni 1st time aku delay period. seminggu. sebelum ni ada jugak delay tapi sehari dua jer. so kali ni delay seminggu pastu badan panas jer. kenduri adik aritu rasa lemah jer badan. macam nak period jerawat dah tumbuh, kulit area dagu kering, mengelupas, comot sket muka aku. hehehe. 

so semalam sebab dengan rasa tak sedap, aku buat sendiri UPT. okeh dengan gigil tengok ohhh 2 line. tapi kan macam terkejut. tak tahu nak kata apa. pastu cakap kat hubby. dia suh g jumpa doctor terus, riso sebab badan aku panas sangat dari aritu lagi. so dengan menurut perintah g lah klinik kat bawah, tunjuk kat doctor UPT tu. hehehehe. doctor cakap buat lagi sekali sebab yang tu takut tak bape betol lagi. so lagi sekali, sambil tunggu result, debar-debar tau. hubby lak jauh kan... kena kuatkan semangat. hiyahhhh.. eh itu nak bersilat. 

doctor panggil tengok memang 2 line tapi control line samar-samar so doctor suh tunggu lagi 2 minggu untuk confirmkan. kena la tunggu 18hb datang balik. in shaa Allah jika memang rezeki, alhamdulillah. perasaan? tak tahu nak kata. takde excited sangat sebab tak pasti lagi. in shaa Allah ada berita baik nanti. apa pun mari sama-sama doa & tungguuuuuu. 

sekian dulu. 

thanks for reading.

_RZ25_  

3 comments:

Cik Puan Eka said...

Hehehe macam ada rezeki nk pregnant tu jen.

Biasa yg eka google, memang kalau badan panas,ada tanda2 lain mcm lewat period tu pregnant. Smoga berhasil tau.

Eka plak, lepas kahwin ni, tanda period memang berbeza sebelum dgn selepas kahwin.

Memang eka tak dapat nak detect period ke pregnant. Akhirnya eka biar je. Tup2 dah lewat baru period menjengah. Papepun. kita usaha kan.

Felis Domestica said...

HE..HE...
Kalau ini masanya, Alhamdulillah...

jaga diri bebaik, dah boleh mula ambik asic folic sebenarnya untuk persediaan....

moga thn ni, atok amir dapat rezeki banyak banyak cucu...

mungkin 2, atau 3 atau 4 cucu setahun....wuyooo....

Felis Domestica said...

Kalau ini masanya, Alhamdulillah...

jaga diri baik baik, dah boleh makan asic folic sebenarnya untuk persediaan.

moga atok Amir murah la rezeki dapat cucu ramai tahun ni...
mungkin 2, atau 3 atau 4.... yeah....

jaga diri bebaik....

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed