Monday, March 17, 2014

Balik Kampung, Rindu & Family

Assalamualaikum....

Lama rasanya tak menaip kat sini. Dok la blogwalking saja. hehehe. Mood nak menulis tu ada cuma nak menaip tu tak larat la pening la. hehehee... alhamdulillah dah 10 weeks... masih lagi di 1st trimester. morning sickness masih lagi ada... heheheh.... 

haaaa minggu lepas alhamdulillah dapat balik kampung sebab Jumaat aku cuti. sejak tahu pregnant memang tak balik Melaka & Kulai lagi. Doctor tak bagi travel jauh-jauh lagi. 

2 minggu tak jumpa hubby, so tak sabar la tunggu die sampai. Hubby sampai terus gerak lik Melaka. perghh sepanjang perjalanan jerebu sana sini, aduh tak sanggup rasa nak tengok. alhamdulillah selamat sampai kg, rindu kat mak. seronok balik kampung, rasa makan berselera. memang request bubur nasi. tengok-tengok Hubby pun layan jugak. bertambah dia. risau gak kot la tak leh layan menu aku. hehehe. Bubur nasi mak ala bubur lambuk, tambah lak dengan lauk ayam masak serai, memang terbaik la. 

Khamis tido lewat sket layan tengok tv dengan Hubby. tapi tengok-tengok sambil terlelap gak. Bangun-bangun ada sarapan, best best. menu tu biasa jer tapi sebab mak yang masak, sedap jer. berselera makan. alhamdulillah tak muntah cuma rasa loya jer. 

tapi sabtu tu rasa lembik sangat. maybe sebab kuar kot siang tu, bukan apa nak cari kurma & kismis. gigih Ipin temankan. patutnyer nak balik KL petang sabtu sebab Ahad Ipin keje dah tapi seyes aku memang rasa tak larat sangat, nak baring jer. muntah-muntah balik. 
minum air pun muntah. hukhuk. 

Sabtu petang hujan lebat di Melaka, alhamdulillah syukur. negeri-negeri lain juga mengalami hujan, alhamdulillah. 

Hubby datang dari Kulai ke KL, balik Melaka. pastu dari Melaka balik KL then baru balik Kulai. Thanks sayang korban masa & tenaga. In Shaa Allah, kita sama-sama doa agar dapat duduk bersama. dekat selalu. 

okeylah sampai sini dulu. rasanya tulisan aku sekarang pun agak terabur. hehehe

Thursday, March 6, 2014

Catuan Air & Bila Rindu...

Assalamualaikum... 

Korang wat apa tu? semalam kan aku pening dari pagi sampai ke petang. Maybe sebab HB kot. Yalah baru pasan sebab tak lalu makan aku tak makan bayam, ikan bilis, paru, hati ayam, kerang dan lain-lain lagi. alhamdulillah ada BFF aka consultant. opsss.. jangan mare yer Cik Nisa & Pn Yana. hehehehe. maklum la mereka senior bab ni. ahaksss.. saya budak baru belajar. hehehehe. 

bukan apa kadang-kadang tak perasan, macam kalau hubby makan nasi lemak lauk paru aku pow sket la. sebab aku memang tak lalu nak makan nasi lemak. so hari ini makan la sket lauk tersebut. cari kerang tapi takde. takpe esok tengok. 

Alhamdulillah kandunganku dah berusia 9 minggu. lagi 3 minggu nak melewati 1st trimester. Harap dipermudahkan segalanya. Amin.

Haaaa tahu tak kan sekarang musim kemarau, hujan pun jarang turun. maka bermula catuan air, kawasan rumah aku pun terlibat. 51 jam takde air okey. so petang ni dalam 4:00pm ni. boleh la mandi puas & cuci rambut. haaa korang ngat aku tak mandi yer. mandi tau tapi jimat wooo.... sebaldi jer. hehehehehe. 

haaaa rindu kat sapa tu? hehehe. uolss dah lama i tak balik kg tau. last balik Melaka 1 Feb aritu. Last balik Kulai pulak 19 Jan. kat Hubby memang rindu tapi Hubby ada datang KL. 
dengan keadaan kurang sihat ni kan, aku sangat rindukan mak aku. huwaaaaa. bila mana rasa nak makan tu, rasanya nak request jer tapi kat sini nak request kat mana kan. hukhuk.

salu kol mak jugak, tapi malam tadi sambil tengok-tengok berita tu msg la kat mak. jarang msg ngan mak, selalu hello jer. heheheh. selalu kol jer uolls. malam tadi saja msg tanya2 kaba. pastu kan mak tanya "akak tak rindu mak ker? mak rindu akak tapi bertahan jer sebab akak tak sihat sangat" huwaaa sebak & rasa sedih sangat. sebab aku pun memang dah rindu sangat kat mak. kalau ikut hati memang nak balik kg jer. tapi yalah risau jugak sebab ni 1st time kan, hubby tak bagi drive jauh2. bukan taknak balik. dah bersedih-sedih tu terus la ngadu, pastu hubby kita balik nanti, yeay.... minggu depan in shaa Allah. thanks sayang. 
sebab risau & memahami apa yang dirasai oleh puan isteri ini, maka encik suami ajak balik kg. tapi cuti Jumaat tau, sebab Jumaat Hubby cuti. baiklah. 

okeylah... bz sket arini. taip sket pastu terbiar jap. hehehe. 

thanks for reading

Wednesday, March 5, 2014

Wirid Untuk Wanita

Assalamualaikum...

Harap semuanya sihat. 
Aku google tadi jumpa lah benda ni. hehehe. 
Aritu masa Ipin datang dia ada belikan aku buku "Amalan Wanita Hamil", memang ada pasal wirid jugak tapi yang tu panjang la sket sebab ada dalam 36 tak silap aku surah-surah & ayat-ayat Al-Quran yang sangat bagus untuk diamalkan. tapi amik masa sket hampir sejam. 
So bila tengok-tengok yang ni agak pendek sket so bole diamalkan jika kita kesuntukan masa atau nak baca sewaktu kat opis kan. 
Wirid ni dari buku "Super Mustajab Doa & Amalan Agar Mudah Melahirkan Anak". 
Wirid ni sebaiknyer setiap hari baca sekali atau lebih. 
Kepada Encik suami @ bakal bapa amatlah digalakkan turut mengamalkannya. 
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua.


1. Al-Fatihah - 3 kali


2. Al-Ikhlas - 3 kali 

3. Al-Falaq - 1 kali



4. An-Naas - 1 kali 


5. Ayat Kursi - 1 kali



6. Al-Alaq sampai maa lam ya'lam - 3 kali 



7. Ar-Rahman sampai yasjudan - 3 kali:




Setelah selesai dibaca, kemudian tiupkan dan usapkan pada perut isteri yang sedang mengandung. 
Maka In shaa Allah akan dianugerahi anak yang cantik atau tampan, tidak mudah diserang penyakit, soleh, berkat, selamat dunia akhirat dan anaknya akan dilembutkan oleh Allah s.w.t.

okeylah itu sahaja

thanks for reading 

Tuesday, March 4, 2014

Tips Kahwin Free Wooo.... Pelabur Underground... Ahoiiiiii


Assalamualaikum

Last weekend 1hb & 2hb Mac aku & Ipin pergi ke Kolokium Underground 2014. 
Tujuan utama nak menimba ilmu dengan insan-insan yang telah berjaya. 
Haippp mereka ni jutawan senyap okeh. Kolokium ni bermaksud perhimpuan. 
Aku & Ipin ingat dalam 100+++ jer peserta sekali masa datang pendaftaran amik kaawwww.. ramai woooo...
Rupanya peserta 600++ okeh... seyes ramai woooo.. cer tengok pic kat bawah ni & cuba cari aku... hahhaha.. gurau jer. lempang kang. 


Banyak la jumpa sifu yang berjaya dalam bidang masing-masing. Tujuan mereka adalah untuk membanyakkan lagi golongan Melayu berjaya di bumi sendiri. sekarang paham-paham kaum apa yang menguasai pasaran. so tujuan mereka ni baik, nak lihat golongan Melayu berjaya. Bak kata Tuan Zaidi "kemiskinan bukanlah satu pilihan" 

Salah satu yang menarik yang dikongsikan oleh Tuan Zaidi Ismail ialah berkenaan macam mana nak manupulasi wang. itupun die share berdasarkan pengalaman beliau sendiri. tapi yang menarik aku nak share ialah pasal isu kahwin. ialah kite ni kan kalau nak kahwin persiapan amboi bukan main. pastu lak sibuk nak ikut orang, semua orang buat macam ni, kita pun buat. apa yang Tuan Zaidi tekan ialah jangan ikut orang. Contoh ada yang kahwin sebab nak nampak gah buat pinjaman peribadi sampai 20k ker 30k, sudahnya anak dah 3 pun hutang tak setel lagi. sebab niat nak kenduri besar gah macam orang lain. so tak mahu la camtu kan. maksud die buat ikut kemampuan. yang penting nikah kan, pastu kenduri kan sebab nak bagitau orang tentang perkahwinan kita. 
haaa lagi satu berkenaan jemputan kadang-kadang tak logik menjemput, jemputan 1000orang, padahal yang betol kenal antara sama lain dalam 200++ orang jer. tak ker membazir tu. gitu lah maksud die. 
pasal kahwin free tu bukan free pasal kena tangkap ker apa? free di sini bermaksud pihak hampir tidak mengeluarkan wang hantaran yang berjumlah 5k ker 10k ker atau yang mencecah hingga 30k. no no. keluarkan hanya yang penting jer. 

meh kita pantun dulu..... 

"Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Ku pinang--pinang, tak dapat-dapat
Ku pujuk-pujuk, ku bawa lari"

  1. Nikah dulu, kenduri kemudian. Setiap tahun, boleh buat wedding anniversary. 
  2. Kos kahwin: (1) mas kahwin, (2) upah kadi, (3) upah saksi
  3. Untuk hantaran: (a) beli rumah yang semurah-murahnya atas nama bakal isteri di Sales & Purchase Agreement. Photocopy muka depan S&P dan framekan (Baca: beli rumah supaya boleh keluarkan wang simpanan KWSP akaun 2), (b) kereta bakal suami jual kepada bakal isteri, (c) gunakan duit simpanan sedia ada beli sijil simpanan premium/sijil ASB, buat colored photocopy atas kertas berkualiti dan framekan salinan photocopy.
  4. Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk dinar & dirham.
  5. Pergi jumpa wali bakal isteri, dan rundingkan perihal (3).
Pesanan Tuan Zaidi jangan ikut orang tapi buatlah ikut kemampuan kita sendiri. bukan apa duit lagi banyak nak pakai lepas kahwin. so jimat-jimat masa buat majlis kahwin tu yer. haaa lagi satu sila asingkan "emosi dengan matlamat" 
maksud di sini kadang-kadang kena hati kering, bukan apa kalau terlalu pikirkan nanti apa orang cakap, nanti apa orang fikir... so sampai bila nak habis. apa pun niat kahwin ikhlas hanya kerana Allah. Dahulukan Allah dalam segalanya. ikut sunnah & pedoman yang telah diberikan. ikut syariat Islam yang sebenar. 


p/s: "Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya." (Quran, 4:4)

semoga bermanfaat. Maaf andai ada kata-kata yang salah. saya pun masih lagi belajar. 
nanti aku akan update lagi di entry yang lain. 

Thanks for reading 



Ermmmmm.... Aku Mesti Kuat

Assalamualaikum...

Dah masuk Bulan Mac dah. berazam nak update hari-hari dengan 1 entry, tapi atas sebab tak dapat dielakkan maka terbiar seketika. alhamdulillah rasa bertenaga sket dari hari-hari sebelumnyer. 
Ya-Allah aku mohon kuatkan diri serta semangatku untuk diri, suami, family juga bakal babyku. Amin. 

Alhamdulillah, last week 26hb aku g check up, Doc scan so nampak si kenit tu, seyes terus hilang rasa pening & mual. Hebatnyer kuasaMU Ya-Allah. sebak rasa. bila Doc kata tu jantung dia. ooohh.... Subnaallah. tapi selepas tu dugaan buatku, bila mana Doc scan satu ketumbuhan di sebelah rahim. 
Doc cakap tu cyst yang mengandungi bendalir @ cecair, agak besar jugak tapi sekarang tak leh buat apa-apa sebab kandunganku masih kecil. kalau buat sekarang kemungkinan akan gugur, nauzubillah. mintak dijauhkan. Doc bagi aku mc 2 hari, mintak refer ke pakar. lepas tu balik ofis aku menangis sambil kol hubby. Hubby bagi kata-kata semangat "kalau u sedih nanti baby lagi sedih" so atas kata-kata tu aku fight. yer aku tak leh lemah, aku tak mengalah. 

So aku pergi ke Pantai Hospital yang tak jauh dari ofis ditemani dua kawan baikku. Doc tu cakap jangan risau, memamg ada kes macam ni, bila kandungan makin besar, cyst tu akan mengecil @ kecut. selagi u tak sakit, ia tak bahaya. but once you sakit terus g emergency tau. jangan sesekali angkat barang @ benda berat, kena cukup rest, jangan bagi tekanan pada baby & perut, jangan stress, jangan travel jauh dulu. 

Nanti bila 4 bulan kite tengok macam mana nak selamatkan baby. tapi kita sama-sama doa agar cyst tu kecut, mengecil, tidak membahayakan kandungan. Amin amin Amin... In Shaa Allah.. so Doc bagi ubat kuatkan rahim. 

so aku balik rumah + rest. tempat mengadu hanya pada Allah. sesungguhnya segalanya dengan izinNYA kan. kalau orang lain mampu, takkan aku tak boleh. in shaa Allah. aku kuat. 
apa-apa memang mengadu la kat hubby. yalah hubby jauh, tu kadang sayu jer rasa tapi aku kena kuat untuk baby, betol tak? 

haaaa dalam kalut balik dari klinik aku dapat panggilan dari HR, ada satu post executive Secretary di TM Cyberjaya, jaga big bos TM R&D. HR TM R&D kol inform mohon datang untuk sessi chit chat dengan AGM die pada 28hb. so dengan lajunyer inform kat hubby sebab die datang KL minggu ni. so alhamdulillah dia ada untuk temankan aku. 

okeylah sampai sini dulu.. nanti aku taip lagi.. hehehe

Thanks for reading 



Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed