Monday, March 17, 2014

Balik Kampung, Rindu & Family

Assalamualaikum....

Lama rasanya tak menaip kat sini. Dok la blogwalking saja. hehehe. Mood nak menulis tu ada cuma nak menaip tu tak larat la pening la. hehehee... alhamdulillah dah 10 weeks... masih lagi di 1st trimester. morning sickness masih lagi ada... heheheh.... 

haaaa minggu lepas alhamdulillah dapat balik kampung sebab Jumaat aku cuti. sejak tahu pregnant memang tak balik Melaka & Kulai lagi. Doctor tak bagi travel jauh-jauh lagi. 

2 minggu tak jumpa hubby, so tak sabar la tunggu die sampai. Hubby sampai terus gerak lik Melaka. perghh sepanjang perjalanan jerebu sana sini, aduh tak sanggup rasa nak tengok. alhamdulillah selamat sampai kg, rindu kat mak. seronok balik kampung, rasa makan berselera. memang request bubur nasi. tengok-tengok Hubby pun layan jugak. bertambah dia. risau gak kot la tak leh layan menu aku. hehehe. Bubur nasi mak ala bubur lambuk, tambah lak dengan lauk ayam masak serai, memang terbaik la. 

Khamis tido lewat sket layan tengok tv dengan Hubby. tapi tengok-tengok sambil terlelap gak. Bangun-bangun ada sarapan, best best. menu tu biasa jer tapi sebab mak yang masak, sedap jer. berselera makan. alhamdulillah tak muntah cuma rasa loya jer. 

tapi sabtu tu rasa lembik sangat. maybe sebab kuar kot siang tu, bukan apa nak cari kurma & kismis. gigih Ipin temankan. patutnyer nak balik KL petang sabtu sebab Ahad Ipin keje dah tapi seyes aku memang rasa tak larat sangat, nak baring jer. muntah-muntah balik. 
minum air pun muntah. hukhuk. 

Sabtu petang hujan lebat di Melaka, alhamdulillah syukur. negeri-negeri lain juga mengalami hujan, alhamdulillah. 

Hubby datang dari Kulai ke KL, balik Melaka. pastu dari Melaka balik KL then baru balik Kulai. Thanks sayang korban masa & tenaga. In Shaa Allah, kita sama-sama doa agar dapat duduk bersama. dekat selalu. 

okeylah sampai sini dulu. rasanya tulisan aku sekarang pun agak terabur. hehehe

2 comments:

ieza ashaari said...

Tahniah. Jaga kandungan elok2. Za dulu mabuk 4bulan. Mmg bertabah sgtlah.

pijut said...

assalamualaikum...klu awal pregnant..bykkan rehat..tp klu dah 3 trimester tu byk jln pun xpa..hehe.. cuma jgn lasak ja:-) sebab nanti mudah bersalin :-)

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed