Tuesday, April 1, 2014

Fuhhh bersawang2

Assalamualaikum...

Pekaba semua? fuhh tiup sawang2 dulu. 
lama nau tak menulis & mencoret di sini. haaa arini dah 1 April dah.. mood ke laut gunung mana ntah... dok blogwalking happy & suka jer baca blog & kisah-kisah orang lain. pastu bila blogwalking nak dapat idea nak cerita kat blog sendiri la. tapi bila buka blog alahai tak tahu dah nak tulis apa. hehehehe.

Alhamdulillah baby dah masuk 13weeks. baby sihat. tadi scan dah nampak kepala dia, tulang tangan, tulang kaki die, jantung dia, belakang badan dia. aktif berpusing-pusing dia. Alhamdulillah. 

alahan aku muntah-muntah tu bila time lepas makan la. buat masa ni makan nasi tak mau lagi. bubur nasi mak aku jer alhamdulillah best sangat rasa. lain-lain tu masih tak diterima. 
pastu air putih taknak sangat, pahit jer rasa. pastu siap muntah air. hehehehe. so aku tukar ice lemon tea botol faveret hubby tu. sebelum preggy aku leh telan air putih sampai 2 liter. sekarang nak dapat 1 liter masya-Allah seksa wooo. hehehee..

kawan-kawan senior means yang dah jadi ibu semua cakap ragam preggy ni macam-macam. nanti lepas 1st trimester terus okey. in shaa Allah. tapi sekarang ni aku masih lagi muntah-muntah lagi even makan buah. hukhuk. risau jugak yalah bukan apa kot-kot baby tak dapat zat yang cukup. waah gitu. 

haaa alhamdulillah skin muka okey, risau jugak. bukan apa yalah sejak tak bape sihat, muntah sana sini, tak sempat nak bedak. seyes 3 bulan ni aku tak pakai bedak langsung. isk isk. hehehhe. pakai lipstik pun kadang-kadang. hehehehe. baju kalau tak payah gosok perghh macam gumbira jer. hahahhaa...

jantina baby tak tahu lagi. aku pun tak kisah sangat. sebab taknak berharap nak lelaki @ nak perempuan, bukan apa nanti tak dapat apa yang diharapkan macam sedih la kecewa la plak kan. apa pun tak kisah baby boy or gurl, yang penting baby dilahirkan sihat, cukup sifat & bakal menjadi anak yang soleh or solehah. so nanti nak beli baju kaler unisex, hehhehe. kalau boy or gurl pun dua-dua leh pakai. betoi dak??? heheheh. nanti nak order tilam + bantal kekabu kat makcik. macam nak kaler purple jer. kekekeke. 

alhamdulillah sejak preggy ni 2 kali dapat balik Melaka. tengok mak abah & adik2. tu pun tunggu hubby datang KL bawak aku balik Melaka. aku nak drive sendiri memang lum leh lagi, bukan apa datang nak muntah & pening tu. apa pun tak leh. alhamdulillah g keje aku drive sebab jarak umah dengan ofis 3km jer tapi kalau jem boleh 1 lebih yer. jangan main-main. so aku akan gerak pergi & balik ofis memang elak waktu jem. gitu kaedahnyer. bukan apa, ada time tu pening-pening sampai parking umah buka kete terus muntah. isk isk. tak dapat bayangkan bila jalan jauh. hehehe. 

even balik kampung tu memang standby plastik muntah. hubby drive sebelah oklah kan. hubby kena la berkorban lebih sket. In Shaaa Allah dapat la pindah JB & stay dengan hubby sebelum puasa ni. amin. doakan untuk saya yer kawan-kawan. 

eh panjang lak. heheheh... sekian karangan saya petang ni. 


1 comment:

tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 63
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed