Monday, April 21, 2014

Pengalaman Operation & HKL

Assalamualaikum....

Rasa macam panjang sangat nak masuk semua kat entry sebelum ni. So pecahkan ikut suka. Lama tak menulis ayat-ayat agak berterabur. Maaf la yer. hehehhehe

Isnin 7April. aku gerak pun dah kol 10 pagi. Taknak masuk awal2 nanti rasa bosan. hehehe. Masa otw ke HKL hubby pun pesan die cakap aku kena kuat, kena buat cepat, cian baby nanti. Ni dia dah amik cuti nak temankan aku. Aku pun taknak menyusahkan sangat Hubby & family. Kali ni aku pergi untuk selamatkan baby juga diri. 

Sampai jer tukar baju semua. Doctor Bius datang kali ni doctor lain, Alhamdulillah aku dapat rasanya ketenangan. Kena minum ubat untuk clearkan perut tu. Rasa masam & masin yang teramat. Pening kepala aku minum ubat tu. 1/2 jam lepas minum aku dah muntah-muntah. terus tak selera nak makan apa dah. Petang masa Hubby datang kena minum lagi sebotol. 10minit lepas minum memang aku muntah terus. eeeeeeeeeeeeee. 

Lepas tu amik darah & masuk jarum panjang, redha & ready jer. mintak buat kat tangan kiri. sebab aritu kat tangan kanan. Last makan kol 8:00pm. So minum air jer. Kat kampung, lepas abah & mak mohon Ustaz & jemaah buatkan solat hajat & doa agar urusan esok berjalan lancar & dipermudahkan. Juga doa dari seluruh family & kawan-kawan. Thanks semua Allah saja mampu balas jasa baik kalian. Malam tu aku amalkan Doa Nabi Yunus & Doa permudahkan segala urusan esok.

Konon kol 10 nak tido tak lena pun. Kol 12 dah start puasa & doktor dah drip air. Kol 1pagi aku rasa sakit perut. 3 kali okeh bangun g toilet. Memang clear rasa perut. 

Tido bangun tido bangun. Kol 6am nurse suh mandi, sebab aku kes yang pertama. Kol 8am nak buat OT. Doktor pakar cakap mungkin tak jadi tebuk sebab takut kena baby & kena terus cyst tu. So Doktor plan to open bawah pusat, kuarkan cyst & tutup balik. Aku redha & harap ianya yang terbaik untuk keadaan aku & baby. Doctor cakap bius penuh akan diberi mungkin ada effect baby. Aku doa & tawakal pada Allah jer, harap tidak menjejaskan baby. Doctor tu cakap lepas bius penuh habis, die akan bagi ubat tahan sakit yang tekan tu. Morfin. Kalau amik banyak mungkin akan effect baby jugak. Aku doa dapat tahan kesakitan nanti sebab taknak amik sangat ubat tahan sakit tu. 

Saat hampir sampai, kol 7.30am aku g scan sekali lagi sebelum di operate. Dah pakai baju putih & topi. Doctor cakap cyst aku size dah besar lagi. Last week 11cm, pagi tu 18cm. So lepas scan aku di tolak ke bilik OT. Seyes aku redha & tawakal jer. Alhamdulillah memang rasa berdebar tapi apa pun aku kena buat jugak untuk selamatkan baby. Allah sentiasa ada bersama-sama aku & baby. Memang tak putus-putus zikir, selawat dalam hati. Terbayang muka Hubby, Mak Abah, Adik2, Mak Mertua, Adik Ipar, Sahabat2,..... 

1st time masuk bilik OT sejuk. Aku dikerumun & ditanya soalan & semua borang yang telah aku tandatangan. Nak pastikan betol ker aku tandatangan. That the prosedur. Aku dibekalkan darah 2 pain, minum & makan ubat tahan muntah. Telan jer la. Dari troli katil wad aku dipindahkan ke katil lain. Di tolak masuk ke dalam lagi, Bilik bedah no 3. Pastu aku ditolak ke bilik tersebut. Terang & sangat sejuk. oooo 1st time kan masuk bilik bedah. Lagi sekali aku dipindahkan ke katil OT. Lampu atas aku. Doctor bius, doctor yang bedah aku, asssistant alhamdulillah semuanya perempuan. Ada satu staff lelaki tanya pasal sain di borang & die keluar.  

Doctor bedah dah pegang tangan aku. Doctor tanya tahu tak nak buat apa? Aku cakap nak bedah kat perut. Wayar-wayar dah dipasang kat badan aku. Pastu sebelum dibius Doctor tu cakap, kejap lagi awak akan tido. Aku cakap kejap, aku baca bismillah & baca doa tawakal & terus aku tak sedar. Bila aku sedar, aku dengar bising, panggil nama aku. Aku dah ditolak keluar dari bilik OT & aku masih berada di area kawasan OT. Nurse terus tanya soalan sebelum aku dibius. Alhamdulillah aku dapat jawab semuanya dengan baik & betol. Lulus katanyer. Masa tu aku masih diberi oksigen di mulut sambil jawab soalan. Nurse belah kiri terangkan pasal ubat tahan sakit & bila sakit picit. Yer aku rasa sakit kena pisau kat area perut aku. 

Bila aku dah okey aku ditolak ke troli untuk dihantar kembali kat wad. Sampai jer aku tengok jam kol 11:15am. makna hampir 2 jam jugak aku dalam OT. Alhamdulillah aku selamat. Nurse tu cakap tadi baby pun okey. Alhamdulillah. Ubat bius masih bersisa so aku kejap-kejap terlelap sampai la sedar2 buka mata hubby dah sampai. Rupanya dah 12:30pm. Cakap perut tegang rasa nak kencing, dia cakap takpe, rupanya diorang pakaikan aku tiub. Alhamdulillah aku takde tambah darah. 

Masa tu aku tak tahu lagi mana tempat operate tu. sebab aku raba-raba bawah pusat aku okey. Rupanya kat bawah sket, atas ari-ari kita. Doktor cakap die open melintang tak jadi menegak. Allahukbar. Aku tengok perut aku flat sangat berbanding sebelum ni. takde rasa keras. Alhamdulillah. takde rasa senak. Petang tu adik aku, Firah dari Melaka untuk temankan aku malam tu. Aku rasa lemah lagi. Ubat bius hilang slow-slow. Rasa kebas kat kaki. Sakit aku leh tahan so aku tekan sangat ubat tahan sakit tu. Doktor & nurse yang risau. Alhamdulillah aku leh tahan. Aku taknak bahayakan baby. Takpe la biar aku yang tahan sakit. Tapi alhamdulillah rasa sakit tu tak kuat sangat. 

Hari kedua lepas OT, doktor cakap aku kena duduk arini. Oh ya, dari Kelas 3 aku baru dapat tukar ke Kelas 1, baru ada kosong. So tiub kencing dah dicabut, ubat penahan sakit pun diorang dah cabut. Tinggal air yang didrip jer. So slowly aku turun katil, duduk kat kerusi roda. Dah leh minum & makan. Tapi takde la selera sangat pun. Nak minum air jer. Alhamdulillah dah kentut Doctor cakap, good. 

Slow la jalan nak ke toilet nak bergerak kan sambil ampu tempat operate tu. Memang tak berani mandi la. hehehe. petang tu lepas adik balik, Hubby tukarkan baju. Hubby cakap, nampak aku susut sangat. pagi tadi pun masa nurse kemaskan katil, die cakap kat kawan die, aku nampak susut sangat. Berat aku 61kg masa 3April. Masa datang 7April berat jadi 59kg. Lepas operate tak tahu tinggal bape. walau baru 2,3 hari kat hospital. Tak kisah janji sihat alhamdulillah. 

Doktor cakap kalau okey semua, drip air akan dibuka, esok hari ketiga dah leh buka plaster luka, scan baby, jika semuanya okey, aku leh balik. Doa semuanya baik-baik jer. Alhamdulillah aku leh jalan & duduk walau perlahan-lahan. 

Hari ketiga 10April, nurse dah buka plaster, katanyer luka cantik takde berair. Alhamdulillah. Pastu minta akak katil sebelah tengokkan, die cakap cam bersalin czer tempat operate tu. So apa pun kena pantang lepas ni. Lepas bekpes Doctor scan baby tengok jantung & perkembangan baby, alhamdulillah baby aktif, so doctor kata leh discharge arini. Dalam tengahari sebab doktor nak siapkan dokumen, siapkan MC semua. 







aku tengok report last cyst yang berjaya dikuarkan bersize 20x25cm. report doktor la aku baca. tapi apa dalam tu tak tahu lagi sebab dah di hantar ke lab. Doctor cakap aku kehilangan hanya 50ml darah so HB aku 10.5 camtu la. still okey cuma lepas ni aku kena jaga HB aku, kena kasi naikkan. Last aku tengok HB aku 11.6. tadi checkup 11.2. kena monitor & naikkan HB, 

Time ni lepas discharge HKL sebelum gerak lik kg

Setel semua kol 3 aku siap tukar baju, hubby kemaskan barang2. Oh ya petang hari kedua aku muntah lepas makan. Hari ketiga pun sama. Kuar cam lendir & makanan sket. Lepas discharge terus balik kampung, Melaka sebab kalau stay KL sapa nak jaga, nak masakkan lauk kan. sebab aku kena pantang macam orang bersalin sket sebab nak bagi luka dalam baik. tak leh benda yang gatai. 

Masa otw balik aku muntah 4,5 kali dalam perjalanan. memang rasa lembik. Sampai jer mak dah masak bubur, leh makan bubur sket & muntah. Hari ke4 sampai ke 9 aku memang muntah jer lepas makan. memang lembik, lemah la. 
Aku rasa start 16April baru aku rasa okey & bole makan & tak muntah. Alhamdulillah. 

Sekarang aku dah nak masuk 16minggu. dah leh makan, tapi tak leh skip makan nasi. Alhamdulillah rasa kuat sket, sihat. 

okeylah sekian saja karangan saya pada hari ini. hehehhee


No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed