Monday, April 21, 2014

Kisah Di Bulan April...

Assalamualaikum & good morningg... 

Lama tak bersiaran kat sini. Lama jugak tak jengah kat blog ni. Aku baru lepas check up pregnant tapi kali ni check up kat Klinik Desa Paya Dalam dengan cousin, Nor sebab aku pun kat kampung. Aku masih dalam MC. Alhamdulillah keadaan makin bertambah baik & sihat. 

Haaa apa dah jadi sampai MC. Baru nak story mory. Aku MC start 3 April sampai 25 April. Kisahnya bermula dari awal pregnant yang doctor detect ada cyst di ovari kiri. Tapi sebab kandungan bawah 12minggu so doctor biarkan dulu sebab tak sakit & takde bleeding, alhamdulillah. Doctor cyst tu boleh kecut. So lalui dengan tenang & monitor in case ada yang pelik, sepanjang 12 minggu aku memang mabuk & muntah2. makan jer muntah sampai lembik badan. apa pun tak selera. Allah tarik sekejap nikmat makan. Redha. 

Pada 18 Mac aku ada appointment di Klinik Kesihatan Pantai Dalam, untuk buku merah. Dah masuk 10minggu baru nak buat. sebelum itu aku check kat klinik panel private jer. So memang plan nak buat buku merah, sebab nak tahu details & in case nanti nak bersalin kat mana-mana ada la rekod. Yalah aku keje kat KL, Hubby kat Johor, kampung kat Melaka, kemungkinan nak bersalin kat salah satu tempat mungkin berlaku. hihihi. yalah kite maybe plan nak bersalin kat sini tapi masa akan datang mana la tahu terbersalin kat situ sana ker. Susah nak jangka lagi. Apa pun aku harap dapat pindah ke JB or Melaka sebelum puasa ni. In Shaa Allah, amin. 

Berbalik kisah check up di KK Pantai Dalam tu. Doctor ada buat surat untuk refer HKL pasal kes cyst aku tu. Masa scan nampaknyer cyst tu tak menyecik atau menyecut. Concern Doctor risau jika cyst tu pecah kat dalam or akan menggangu tumberasan perkembangan baby. Aku pun risau di situ. Aku dapat appointment date di HKL 1 April. 

1 April pepagi dah gerak ke HKL yalah nak ke sana kalau lambat jalan jem, nak cari parking lagi kan. Yer sampai dalam 7:30am memang melilau cari parking. Jauh jugak la parking so takpe la nak buat camner. 

Sampai kat Klinik O&G so tunggu la giliran. macam biasa check semua, berat, air kencing, amik darah, amik tekanan darah, tunggu scan, penerangan dari sister pasal kepentingan menyusu baby. So tiba giliran scan, baby alhamdulillah ok. Kedudukan uri pun okey. Tapi cyst tu size tak mengecil. Buat masa ni alhamdulillah cyst tak ganggu perkembangan baby. Nampak jantung baby, tulang kaki tangan dia. Subhanallah. Rasa sebak. 

Lepas tu tunggu jumpa doctor pakar pasal cyst tu. Doctor cakap memang kena operate jugak sebelum baby besar. Tunggu date untuk admit & buat operate. Memang berdebar-debar. Tapi sebab nak selamatkan baby & nyawa sendiri so apa pun aku kena harung jugak. Doctor bagi date 14 April admit & 15 April operation. 

Apa pun aku kena ready mental & fizikal. Inform hubby, family aku & family mertua. Mohon doa dari semua. 

To be continue..... 

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed