Wednesday, June 24, 2015

Kisah Sakit Kepala & Gastrik

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan.

Dugaan puasa kali ini, aku kena gastrik. 4 hari before puasa aku kena sakit kepala yang berlarutan. Allahuakbar. Memang tak larat apa pun. Tergolek sana sini. Zaheen sampai tergolek ajak main. Alhamdulillah aku jarang kena sakit kepala yang kuat. Bila kena hari tu apa pun tak larat nak buat. Tapi laratkan jugak. Masa weekend lak tu, Hubby ada. Tapi cian jugak dia. Tak dapat nak masak untuk dia.

Zaheen yalah umur dia sekarang ni tengah banyak explore. Banyak nak main-main. Gagahkan jugak diri bangun. Layan dia. Selebihnyer aku memang terbaring sana, terbaring sini.

Esoknyer aku pedih-pedih perut. Tergolek lagi. Lepas dah tak tahan sangat kan sebab esoknyer nak keje. So pergi lah klinik. Yer aku memang kena gastrik.

Allahuakbar setelah sekian lama aku tak kena gastrik. Last aku ingat masa zaman sekolah & belajar dulu. 2003 kot. Sekarang dah 2015.

Memang rasa weak sangat. So bila Ramadhan kali ni, agak mencabar jugaklah. Ada yang skip puasa sebab tak larat sangat. Kawan-kawan aku tegur, eh nampak pucat sangatlah..

Aku dah beli gavicson. Makan jugak walau kadang tak lalu pun. Kurangkan makanan pedas, angin semua dulu. Kena harung jugak la kan. In shaa Allah slowly recover.

Aku baca-baca diorang share, kalau gastrik sebab asid dah keluar so kena elak makanan yang menambahkan asid. Kena banyak amik sumber yang alkali sebab nak neutralkan balik asid yang ada.

Mula-mula aku renung-renung balik, mana silap aku sampai boleh gastrik. Maybe aku ada terlewat time makan ker apa? Maybe ada tapi aku fikir-fikir sakit ni Allah bagi nak bagi peringatan juga salah satu kifarah dosa mungkin jugak. Yalah mungkin ada yang kita buat salah kita tak perasan @ ujian untuk lihat bagaimana cara kita atasi & hadapi.

Yalah kadang tu dok jauh dari suami & keluarga, bila sakit ni manja sket. Dah dok sorang-sorang ni kena lah kuatkan semangat kan.... Selalu cakap pada diri. Allah ada. Banyak-banyak mengadu pada Allah dulu baru pada manusia.

Kita ni pun manusia biasa, kadang terlepas pandang, kadang terlupa. Kita kan tak perfect. Try to improve diri, iman juga amalan. In Shaa Allah.....


Okeylah itu ajer..... 

Friday, June 19, 2015

Workshop di Afamosa Melaka

Assalamualaikum.

Ni kisah minggu 9-11 June yang lalu. Tak kiralah nak abadikan dalam blog jugak. Hehehehe. 
Team aku kena organize 1 workshop yang berkolaborasi dengan pihak SKMM & KKMM. 1st cadangan nak buat kat Langkawi akan tetapi dengan kekangan masa so decide buat kat Melaka. 

Tujuannyer untuk Negotiation Contract antara TM dengan SKMM & KKMM. 
Melaka menjadi pilihan sebab ada slot site visit di mana pihak SKMM & KKMM nak tengok dengan lebih jelas lagi berkenaan kabel TM. Lagi satu kat Melaka ada Submarine Kabel Dasar Laut. 
Ada 4 negeri di semenanjung Malaysia yang ada SKDL iaitu Kuala Muda, Melaka, Cherating & Mersing. SKDL ni menghubungkan talian antarabangsa. Kagum tengok masa g sana. 

So marilah layan gambar yang ada yer. Aku ke sana as urusetia. Aritu aku gerak dari umah mak aku jer la. Hihihi. 






Bilik superior untuk bosses


Bilik untuk aku. hehehehe. 


Agenda workshop 




Site visit 













Makan 6 kali okeh kat Afamosa. Tak sempat snap pic makanan. Hahhahaa. So khamis itu selesai terus shoot balik KL & hantar barang-barang ke ofis. 

Lepas balik la umah. Sekali baru perasan kunci umah sewa tak bawak. Oohhh.. nangis..... 

Okeylah... sekian... 

Thanks for reading


Kisah Ramadhan 2015 & Zaheen

Assalamualaikum...

Aduhai... bersawang lagi blog ni.... Last update 4 June. Arini dah 19 June. Isk isk.... 
Hari 2nd day Ramadhan... Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan. 

Last year masa Ramadhan aku pregnant Zaheen 6bulan. Alhamdulillah tahun lepas puasa aku sihat & boleh main masak-masak. Padahal sebelum itu bau minyak pun loya.

Tahun ni lain plak kisahnyer, 9-11 June team aku ada workshop di Afamosa Melaka. Balik dari sana, weekend tu aku sakit kepala, esoknyer Ahad aku kena gastrik. So tak larat sangat. Bergolek sana, berbaring sini. Lama giler kot tak kena gastrik. Last masa zaman belajar. 2003 kot. 

So semalam dah masuk kol 5pm dah mula angin-angin. Ingat nak beli jer tapi sebabkan pening tengok orang ramai bersesak maka aku decide untuk masak. Masak simple jer. Nasi goreng udang carrot. 



Lepas berbuka aku terus sakit kepala. Kawan-kawan umah ajak g terawih tak larat sangat. Arini nak cari gavicson la... 

Petang semalam adik hantar pic Zaheen, pi masuk dalam dulang. 


Malam hari sibuk & dapat memanjat. Sebab stokis Tamar Cocoa so ada la barang-barang kat umah, dia sibuk mengerjakan. Zaheen zaheen. 




Petang ni balik Melaka... Nak jumpa budak duduk dalam dulang tu. 

Okeylah.... sampai sini dulu... 



Thursday, June 4, 2015

Berapa liter air sehari perlu minum?


Assalamualaikum.
Pekaba semua?
Korang dah breakfast? Makan apa tu?

Dalam sehari bape banyak korang minum air putih?
Cukupkah jumlah air yang diminum dalam sehari.
Pastu macam mana nak tahu jumlah air yang diperlukan oleh badan kita?
Kalau tak sihat kan, doctor pesan minum air masak banyak-banyak....
Tapi bape banyak eh....

2 gelas? 8 gelas? Or 1 liter?
Doctor ada cakap 8 gelas sehari. Cuma kadang-kadang dok terpikir jugak size gelas tu size yang macam mana? hahahhahaha....

So baru-baru dapat info yang mengatakan jumlah air yang kita minum mengikut berat masing-masing. Kira lagi berat orang tu lagi banyak la air die kena minum. Gitu kaedahnyer... 

Macam mana nak kira? Setiap 25kg bersamaan 1 liter air untuk sehari. 
Maknanyer jika berat 50kg kena minum 2 liter air. 


Okeylah tu jer.... 


Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed