Monday, November 23, 2015

Jamu Kempis Perut

Assalamualaikum….

Citer pasal jamu ni. Aku memang mencari jamu yang aku tahu apa kandungan bahan-bahan dalam jamu tu.
Sebab aku ni jenis yang susah nak makan supplement walau orang cakap baik. Sebab curious.
At least aku nak tahu khasiat @ kebaikan apa yang kita amik & makan kan. Tujuan kita amik supplement untuk membantu menjaga kesihatan badan.
Salah satunyer jamu. Allah dah jadikan herba yang boleh dijadikan amalan untuk menjaga kesihatan.
Sebab aku memang tak boleh nak makan kolagen. Nak something yang boleh bantu aku dalam menjaga kesihatan luaran serta dalaman.

Alhamdulillah dalam bulan Sept lalu aku berkenalan dengan seorang kakak cantik Suzy Honey kat facebook. Dia banyak share pasal jamu & kelebihan jamu. Share pasal jamu homemade & amalan yang dia buat menggunakan herba yang selalu kita nampak @ guna dalam masakan. Macam air rebusan yang punya khasiat tersendiri untuk perempuan. Ilmu baru yang aku pelajari. Masih banyak lagi yang perlu belajar & amik tahu, bukan apa untuk kebaikan diri sendiri & share dengan mereka yang tersayang.

Jom tengok salah satu jamu homemade di panggil jamu kempis perut.



This is my special homemade jamu yang diamalkan.

Petua untuk kempiskan berut buncit yg berangin.
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut2
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.

Semua bahan2 diatas.
Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. 
Tumbuk sampai hancur. 
Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil seperti maajun. 
Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas. 
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. 
Berterusan diamalkan. 
Perut akan kempis.

* tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini, sy standby kan roti atau apa2 kuih utk alas perut. Minum dgn air suam.
*badan akan ringan dan angin akan keluar mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
* bagi ibu breastfeed boleh makan jamu ini (kalau baby jaundis jangan amik dulu)

**** kalau taknak buat boleh jer order, 56 biji RM40. Kalau order jamu ni dalam bentuk kapsul. 

sumber : FB Suzy Honey 

Okeylah nanti kita story lagi pasal jamu. 
Babaiii.... 

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed