Friday, November 20, 2015

Kisah Sakit Gigi & Nasi Ambeng Kenduri Aqiqah Cousin

Assalamualaikum...

Last week masa cuti deepavali, aku sakit gigi. Tampalan gigi lama tu terbuka pulak. Perghh sakitnyer sampai naik kepala. Apa pun tak larat sangat jadinyer. Dah lah time cuti. Pastu takde nak mood. Nak makan pun tak lalu. Nak tido tak boleh. Zaheen ajak main pun macam takde mood. Tapi layan jugak die main. Rasa tak sabar nak tunggu esok hari klinik buka. 

Rabu tu patut aku gerak pagi-pagi balik keje kat KL. Konon nak g klinik kat KL tapi disebabkan sakit gigi aku tak leh nak fokus driving okeh. So kol 8 lebih dah gerak g bandar Melaka sebab klinik gigi buka kol 9. Aku g Klinik Pergigian Persona kat bangunan Giat Mara. 

Sampai turn aku, doctor check cakap lubang aku tu besar sangat, nak tampal pun no point. Memang kena cabut. Aku kan pregnant. So aku tanya doctor, pregnant boleh cabut gigi ker? Doctor cakap sebab aku dah 30w++ so boleh cabut. So cabutlah gigi aku tu. Bukan 1 tapi 2 sebab ada 2 gigi yang berlubang. Alhamdulillah. Lega 1 part. Doctor bagi MC 2 hari. 

Dapatlah balik tu main dengan Zaheen. Manja anak Mama tu. Bila Mama ada taknak tido buai, ajak aku tido masuk bilik. Yalah bila masuk bilik, tido sebelah die. Die nak tido nak pegang tangan. Dapatlah spend time dengan anak. Ada hikmahnyer. Pastu Khamis malam husband aku balik. Jumaat tu aku g balik klinik gigi sebab bengkak sket so doctor check & bagi ubat so tambah la MC 1 hari lagi. So straight seminggu aku tak balik KL. Lama sket spend time dengan anak. Dengan hubby pun dapat la spend time lama sket. 

Esoknyer Sabtu, makcik aku buat kenduri aqiqah cucu barunyer. Anak Farid & Shima. Buat nasi ambeng. Jawa style. Side abah kan jawa. So pagi tu rewang la. Tapi hero aku Zaheen pun sangat rajin. Hahhahaha. Orang potong kacang die amik kacang, orang siang petai die amik petai. hehehhe. 

Pastu preparation buat kertas untuk bungkus nasi ambeng. Lama kan tak melipat kertas. Layan la pic kat bawah ni yea.  

Kertas dah siap lipat, selitkan sekali plastik 

Daun pisang buat lapik masa bungkus nasi ambeng nanti 

ni lauk untuk 1 dulang.
lauk yang ada, bawah sekali kacang, pastu mee goreng, pastu serunding, ayam, ikan masin, pajeri nenas, timun. 

ginilah rupanyer. Bawah nasi pastu lapik daun pisang baru letak pinggan lauk, 

sebab aqiqah so dalam plastik tu lauk kari kambing 

ni dah siap semua. 

ni cara bahagikan sebelum dibungkus. 1 dulang boleh bahagi 4. 

Setel semua siapkan nasi ambeng, lepas hujan redha aku bawak la Zaheen jalan-jalan kat luar umah. Suka la die. Pakaikan kasut. Tengok la die bebas bergerak kan. Suka la. 




Okeylah itu ajer story kite. babai... Baby dalam perut aktif sangat. Buat apa lah tu. 



No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed