Tuesday, December 31, 2013

Percubaan : Crunchy Almond Caramelo Jen2 Style

Assalamualaikum

Fuhhh arini last day 2013. Alaaa citer tang student pun tak habis lagi. hehhehe. mood menaip ni kadang-kadang ke laut jugak. isk isk. kisah cinta pun tak share lagi. hahahha. 

takpe la citer kisah masak dulu lah. hihihi. haaa last Friday aku berjaya buat Crunchy Almond Caramelo.. alaa yang ngah femes tu. yang orang kata mahal tu. ahaksss. maklum sahaja Incik Suami suka makan yang rangup saja. hehehe. so aku pun try la. tengok resipi senang ajer.. berlagak ko eh... g tengok buat. hahahha. ampunnnn... 

Ni rupa crunchy almond yang aku nengok orang buat. cantik & sedapp

oh ya resipi aku amik dari blog memasak yang aku sangat suka tengok & sangat minat. ada beberapa resipi yang aku tengok & try buat. alhamdulillah menjadi, thanks kak ita. teruja dengan hasil & photonyer. seyes memang aku teruja. antara blog rujukan faveret aku. tapi kagum hasil tangan kak ita, seyes kreatif orangnya. 
http://www.azlitamasammanis.com


teruja tak? perghh terliur okeh... hahahha



so dari teori mari kite praktikkan, baru tahu susah ker senang. hehehe. yalah dah incik suami bawak g kedai bakery maka teruja cik isteri nak beli itu ini. macam nak borong satu kedai gamaknyer. hahahah. tamak. haip. perasan konon macam terror nak buat semua padahal baru nak belajar. punya tawaf satu kedai. hahaha. haaa nilah dia. 

mak mertua baik hati pinjamkan dapur die tak tahu menantu die kecahkan dapur. hahahah. tapi die balik clear & clean macam takde aktiviti memasak. hahahah. selamattt. 

budak teruja g kedai kek. hahahhaa. kelek barang sana sini,
incik suami snap pun tak sedar. 

 
alamak tak lepas rotate rupanya, maaf. hahahhaa.
aku guna tepung florentine, agak mahal sket la, 500gram=RM18.80
kepingan badam, biji matahari, kuaci hijau tu semua 100gram jer aku beli. sebab nak try kan,.
100gram kekacang tu dalam RM2-RM2.50 jer.
kacang tu bakar jap dalam oven 5 minit jer. 

pastu campur dengan tepung tu. simple sangat okeh. senang 

pastu kite letak dalam loyang. haaa jangan lupa lapik dengan kertas kek. hahahah, aku lupa so guna kertas A4 jer. hentam sajalah. katanyer pencubaan kan. hihihi. 

tengok resipi kena bakar 10 minit, sekali jengah 7 minit dah jadi lagu tu.. alamakkk. camner ni, aku kan cepat panik. hahahah. so apa lagi laju2 kuar kan. jari comel terkena loyang tu. huwaaaa sob sob.. patutnyer kena pusing2 kan masa permbakaran tau. hehehe.

tadaaa siap potong. hehehe. lepas kuar oven terus g potong sementara panas2 tau. aku pakai pisau jer. hahahaha. p/s : kamera ku kurang sharp pic. hehehe. 

loyang ke 2, tengok agak gelap heheheh.


sekian, tu jer nak share. heheheh. takpe, aku akan try lagi sekali. pssst hubby, mak mertua suka makan. alhamdulillah. best tengok. rasa macam suka sebab buat apa yang kesayangan suka makan. 

mission done. 

okeylah... babai. 

thanks for reading. 

_RZ25_

Monday, December 30, 2013

Kisah Cuti Cinta PJJ & Nasi Lemak Wak Kentut


Assalamualaikum. 

hari ini dah 30 Disember kan. penghujung 2013. huhuhu. jap kan masa berlalu. 
apa citer? harapnyer semuanya baik2 & happy2 ajer. 
aku alhamdulillah sihat. haaaa nak citer pasal last weekend. minggu lepas aku amik cuti Jumaat so Khamis tu dah gerak lik Kulai. lama seh tak balik Kulai. hampir 2 bulan gak. last aku balik masa besday aku aritu awal November. bukan taknak balik Kulai. kisahnyer lepas family day ke Tg Leman & besday aku 1-5 November, week lepas tu 9 Nov kami ada seminar kat Shah Alam, lepas tu Ipin kena kerja sabtu ahad kat Muar sempena Birthday Sultan Johor 22-24 Nov, bersambung kat plak kena bertugas di Melaka sempena SDSI kat MITC Ayer Keroh 29 Nov - 1 Dec. Pastu Family Day opis Ipin pun buat kat D'Village Ayer Keroh 6-8 Dec. minggu 14 & 15 Dec kami lepak KL. minggu 20-22 Dec kebetulan kawan Ipin mintak tolong sebab ada meeting d Sime Darby so lepak KL lagi tu yang dapat g tgk Maharaja Lawak Mega Live. 

so weekend yang 27-29 Dec aku amik keputusan balik Kulai. lama tak jumpa Mak Mertua, adik2 ipar & anak buah. rinduuuu orang Kulai. ahaks.. hehehe. Khamis tu aku balik naik bus jer sebab malas nak drive sorang2, jauh lagik. dari opis amik LRT ke KL Sentral, tukar ERL ke TBS. tapi aritu salah amik pilih bus. amik SuperNice tapi masya-Allah ada persinggahan. g Seremban la. masuk Yong Peng. naik kematu aku duduk dalam bus. hehehee. alhamdulillah sampai jugak kat Larkin JB kol 9:30pm. huhuhu.. lapa la plak kan. sampai2 rupanya Ipin dah sampai dulu. rindu. hehehe. sebelum g makan singgah Holiday Plaza, kabel Iphone aku problem lak kan. terus sambar 2 kabel then g makan Chicken Chop kat JB. alaaa lupa nama kedai tu. murah Chicken Chop die RM5. Grill Chicken Chop RM8.9. setel makan terus balik umah. hampir kol 11pm jugak sampai umah, sampai mak dah tidor. esok jer la jumpa. bagus kan menantu ni. hehhee. 

Jumaat tu di kala Hubby + Mak keje aku lepak la dok umah tengok tv sambil basuh baju, seronok wehhh. hahahaha. setel sidai baju zasss Ipin sampai umah bawak g breakfast. tak breakfast lagi sebab nak breakfast sesama. oohh touching i. alaaa g makan roti canai jer pun. haaaa dah relax kat umah tu kan, bosan lak nanti, sebab aritu Ipin ada request suh aku buat Crunchy Almond Caramel & Coklat Moist plak Ipin, adik ipar request. so mintak die bawak g kedai kek la... huwaaaaaaaaaaaaaa... teruja sangat masuk kedai jual bahan kek. 

petang baru buat projek memasak, heaven sebab takde orang. hehehe. macam lipas kudung wat keje. so siap 2 menu : kek coklat moist & crunchy almond caremelo. tu nanti aku story next entry yer. hehehe. 

siap masak + kemas dalam 5:15pm, baru melabuhkan punggung kat sofa empuk, Ipin kol suh solat siap2, die balik keje sampai umah terus nak ajak kuar. huwaaa... baru nak rehat. oh tidak mengapa. mari bangun mandi la dah masyam, hehhee. sempat la angkat kain & lipat menanti kepulangan suami tercinta. ahakss.. sila lempang laju2. hehehehe. 

nasib baik dapat isteri tak make up tebal nau. i'm simple. natural beauty. puii. sila angguk kepala. hahahaha. sebab sekarang pakai produk jeragat so memang no bedak & make up cepat la kan. hehehehe. 

siap jer jom yang. nak g mana? katanyer nak g pasar malam. okeh, pastu lalu jer pasar malam tu. ehhh rupanya nak bawak g makan nasi lemak wak kentut. lepas kawen lagi Ipin sebut nak bawak g makan, kedai tutup, tak sempat singgah. haluuu korang jangan gelak. memang nama die camtu la. 

Nasi Lemak Wak Kentut memang simple sahaja. Nasi Lemak, Ayam Goreng. Itu sahaja. Terletak di Bandar Kulaijaya, berderetan dengan Public Bank, ianya dibuka lewat petang hingga ke malam. Kalau exit dari JPO tu, traffic light Indahpura susur ke kiri dan teruskan perjalanan hingga ke bandar, nampak Public Bank, ambil ke kiri dan masuk di traffic light, kedainya di kiri anda. Parking agak mudah. Cari sahaja mana-mana parking yang available.

nak tahu apa rasa kena lah cuba. bila makan ayam die macam KFC, pastu Ipin tanya, u leh buat tak camni. In Shaa Allah yang nanti i try buat. huhuhu. 

Nama Gerai : Nasi Lemak Wak Kentut
Lokasi : Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor 

Wajib Order : Nasi Lemak dan Ayam Goreng
Waktu Perniagaan : 5.00PM till late (Ahad tutup)






okeylah sekian. babai..

thanks for reading

_RZ25_

Tuesday, December 24, 2013

Nengok Live Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum...

haaaaaaaa tanpa diduga tanpa disangka aku g tengok Live Program yang disukai ramai di Malaysia sekarang. tengah hottt kan pada 20 Dec yang lalu. actually last week aku tengok MLM kat umah kawan aku kat Putrajaya. nape sampai Putrajaya? yalah masa tu melawat kawan aku yang sakit, baru kuar hospital + dah 3 bulan tak jumpa kawan-kawan lepak masa bujang-bujang dulu. maklum la sejak kawen ni agak busy la weekend. jap kat KL, jap kat MLK,. jap kat KULAI. macam kawan opis jumpa kat opis. nak hang out kat luar pun tak berkesempatan lagi. in shaa Allah nanti kite kuar sama-sama yer Cik Puan Yana & Cik Puan Nisa. lama tak jumpa si Ensem Faiq & si Manis Mia tu. waaahh macam dah 8 tahun kawen nih. hahahhaha. 
rumah depan PICC beb. gayat nengok dari tingkat 13. huhu. menu simple jer tapi yang best sebab kumpul reramai. malam tu nengok Maharaja Lawak Mega berjemaah on 13 Dec. kikiki. pastu kawan aku Cik Anim cakap nak la g nengok live, camner caranya. 




Jumaat pagi-pagi Cik Anim skype tanya camner nak dapatkan tiket MLM tu. sebab tiket tu free jer kan. so aku tolong google tu yang buat entry pasal MLM. yang kes aku lak, khamis malam tu Hubby dah sampai KL tapi sebab ada keje ngan kawan die so takde la jumpa aku. petang after Jumaat, Hubby kol cakap nak tengok Maharaja Lawak live tak? haaaa. maklum saja perasaan Puan Isteri dah berbunga2. tengok live. nak nak. muka gembira dah ni. tapi tiket??? Hubby cakap tiket dah minta tolong kakak Jep Sepah. haaaa. alhamdulillah rezeki kami tengok live. rupanya Khamis dah tanya pada Kakak Jep. hehehehe. aku bagai mengantok disorongkan bantal ahakss... bole ker guna peribahasa tu. hahahaha. tanya jugak ada tak tiket lebih sebab nak bagi kat kawan2 Cik Anim & Cik Ain. kitaorang pun dapat 2 jer. huhuhu...

so petang after keje terus g pick up Hubby & then zaass terus ke MBSA Shah Alam. sebab tiket kami ada kat Jep so pakai lawa sebab nak masuk tengok kena pakai kemas + berkasut. ahaks... tengok tiket baru tahu kena pakai kasut. alaaaa. baju smart dah ok. sekali pakai sandal. alaaaa tawakal jer la kan. hehehehe. 

nape Jep bagi tiket kat Hubby? hahhaha. ada kisahnyer jugak. aku memang minat Jep start dari awal kemunculan Sepah lagi. alaa minat artis cuma aku ni bukan extreme. ramai lagi yang aku minat tapi takde fanatik sangat. cuma beberapa artis yang aku minat aku memang akan tengok la citer @ program yang die masuk. 

memang Hubby satu sekolah dulu dengan si Jep. maklum la masing-masing asal Kulai. Kulai tu pun tak besar mana, so takde banyak nau sekolah. lagi satu adik Hubby kawen dengan Abang kepada Jep. so kira biras la kan. cuma Hubby & Jep takde close sangat pun. kebetulan Kakak Jep yang tolong cakapkan. rezeki & tak sangka jugak. hehehe. so dapat la tengok live MLM minggu ke 6. jakun la jap aku. hahahaha. 









Cik Zura yang tolong bagi tiket kat kami. thanks yer. hai selamat berkenalan. Cik Zura ni blogger jugak. http://hanyadiajepsepahtu.blogspot.com/2013/12/doa-untuk-jep-doa-untuk-sepahtu.html 
dia handle blog tu. aku pun baru jumpa blog tu. petangnya jumpa owner blog. kagum dengan usaha beliau. teruskan usaha anda. 

tu jer la... sekian. 

thanks for reading

_RZ25_

Period Tracker

Assalamualaikum

hi semua. sejuk kan. KL ujan pagi2 tadik... tu semua la faktor malasss nak buang selamat.. bestnyer tido.. hahahha. haipp.. bangun la g keje.. baikkkk.. hehhehe...

alhamdulillah memang sejuk suasana pagi-pagi nih. since petang semalam memang ujan sampai ke pagi ni. mood kemalasan menjelma. eh eh bukan malas la. tak bape rajin jer. kikiki.. so arini berseluar la g keje. maklum saja dengan suasan ujung-ujung tahun ni. big boss, bosses banyak yang cuti. maklum la cuti diorang kan banyak.. aku ni kalau cuti masih berbaki 5 hari confirm cuti. hahahhaa. tapi i'olss takde cuti banyak cenggitu. hehehehe. 

haaaa arini dapat tahu satu application baru. apa dia? tengok tajuk la. hehehhe. PERIOD TRACKER, only for ladies, gugurl semua tau. heheheh. alaaa maklum la seiring dengan arus kemodenan semuanya terletak di hujung jari kan.. dah pakai gajet canggih-canggih tu kan so gunakan semaksima mungkin yang pasti ke arah yang baik-baik ajer. haaaa barulah ia bermanfaat. haaa gitu... 

ha kepada pengguna android g laju-laju tengok kat Play Store korang, yang pakai apple g kat App Store. mana tahu membantu. macam sejak dulu lagi catat @ rekod as manual jer. so bila tahu pasal app ni so nak try to apply la. mungkin membantu. ahaksss... 

mari-mari donlod. boleh search "Period Tracker/Calender" ada banyak app donlod jer mana yang suka & FREE. heheheh. [ntah2 aku jer yang baru tahu, orang lain dah advance kan]. hahaha. takpe la... heheheh... jangan risau leh letak password for privacy. 

haa bagi yang sedang prengnant pun ada app jugak kan kan. bukan apa its more for easy monitor jer kan...cer search kat Play Store @ App Store memasing. hehehe






Thanks for reading 

_RZ25_

Thursday, December 19, 2013

Maharaja Lawak Mega 2013


Assalamualaikum. 

Ramai tak peminat Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM). hehehe. korang sokong sapa? hehhehe. aku like SepahTu, Shiro, Nabil, Jambu, SYJ. kalau sesiapa nak tengok live, boleh baca kat bawah ni yer. 

Tiket pas masuk percuma Maharaja Lawak Mega 2013. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 akan bermula mulai 15 November 2013 pada setiap jumaat jam 10 Malam bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam. Kepada peminat yang berminat untuk menonton secara langsung gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013, anda boleh dapatkan pas masuk percuma pada setiap hari jumaat bermula pada pukul 10 pagi di Pondok Pengawal North Astro, Bukit Jalil. Tiket atau pas masuk tersebut adalah percuma dan terhad berkonsepkan kepada siapa cepat dia dapat.






Tiket Pas Masuk Percuma Maharaja Lawak Mega 2013

Tarikh: Setiap Hari Jumaat
Masa: 10 Pagi
Tempat: Pondok Pengawal North Astro Bukit Jalil
Harga: Tiket adalah percuma


Jangan lupa untuk saksikan Maharaja Lawak Mega 2013 setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134).

ok babaiii...

_RZ25_

Monday, December 16, 2013

Penghujung Disember 2013

Assalamualaikum. 

Hi semua. Harap sihat semuanya. Ceria selalu. 
Hari ini dah 16.12.13. tinggal beberapa hari jer lagi nak tinggalkan 2013. takpe hujung-hujung bulan ni kite share kisah sepanjang Tahun 2013, kisah suka duka. azam awal tahun yang lalu tercapaikah? takpe nanti kite story mory. 

weekend baru ni aku tak detim ngan Ipin sebab last minute Ipin kena g Pulau Sibu ada kursus. so lepak KL jer la. Jumaat melawat kawan yang sakit di Putrajaya, sebab pergi ngan housemate, Ain, so hubby izinkan. thanks yang. 
haaa bila dah kawen ni kan, of coz beza la dengan zaman bujang. terutama bila nak kuar yang hubby takde or tak ikut. macam masa bujang dulu ikut suka jer nak kuar sana sini kan. sekarang tak semua aktiviti dengan kawan-kawan aku leh joint semua. nak lepak suka-suka hati pun tak leh la kan. lepak kat umah takpe. hehehe. perkara-perkara camtu still in learning & adopt la. yalah kawen agak lambat sket kan. nak masuk umur 30an. hehehe. apa2 pun sekarang keutamaan adalah pada suami & keluarga. yalah pada mula macam kekok but now alhamdulillah getting better. kawan2 pun memahami. sebab yalah walau dok asing, berjauhan tapi tak bermakna jauh. orang kata biar jauh di mata tapi dekat di hati kan. semua yang nak dilakukan adalah untuk kebaikan bersama jugak. 
aku doakan kawan-kawan aku yang akan cepat-cepat bertemu jodoh mereka. in shaa Allah. 

eh tetiba lak cerita lain nih. hehehehe. ada beberapa entry yang aku plan nak buat tapi still tak berjaya lagi menaip. heheheh. in shaa Allah i will story. tungggu... hahahaha. macam ada jer yang nak baca kan. kikikiki.

haaa bercerita pasal sharing cerita ni ker apa yang kite cakapkan. kadang-kadang ada orang yang amik kesempatan di atas kisah & cerita kita. haaa apa nak buat ek. jalan yang terbaik hati-hati dalam bercakap la kan. ingatan buat diri sendiri. lagi satu diam itu lebih baik kadang-kala. takut2 apa yang kita cakap menguris perasaan orang lain tanpa kita sedari. risau jugak. Cik Jen Jen please beware, more careful. kena jaga hati kawan2 kita tau. 

okeylah. 

thanks for reading 

_RZ25_


Sekitar Wedding ZSRCW 11.12.13

Assalamualaikum.

Aku pun nak riview jugak. hahahha.. tetiba. 1st time ni. Tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan. Zain Saidin & Rozita Che Wan. Lawa kan Che Ta & handsome si Zain tu. 
layan jer picass diorang... 




















kepada pengantin CHE TA & ZAIN semoga kekal bahagia until Jannah. 



_RZ25_

Friday, December 13, 2013

Kisah Suka Duka Study USM PJJ - Part 1

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah akhirnya aku tamat juga pengajian di USM. Lepas dapat surat konvo, alhamdulillah lega sket. Date 21 September aku konvo untuk mendapatkan segulung ijazah. 4 tahun tu pun berakhir. Banyak cabaran & dugaan selama 4 tahun dalam pada mendapatkan segulung ijazah. Aritu baru tulis part 1 tapi dah missing entry. aku plan nak buat sampai Part 4. sebab 4 tahun di USM kan. so Part 1 kira 1 tahun or 1 sem nyer kisah. plan nk tulis this year. kenangan aku jek. hehehehe. 

aku buat keputusan untuk sambung belajar di peringkat ijazah pada tahun 2008. apa sebabnyer? sebenarnya masa aku habis blaja Diploma di Poli Penang, memang ada niat nak sambung tapi masa tu mak aku kurang sihat. aku pun tak keje lagi, so aku tangguhkan dulu niat. aku ngat lagi masa 2006 kira2 lepas aku habis Diploma, kazen aku mintak temankan die register untuk sambung di USM. walaupun masa tu aku ada jugak niat nak sambung tapi tak berkobar2 la. kenangkan mak. so takpe one day aku akan sambung blajar jugak.

2008 aku buat keputusan untuk sambung belajar. pertama sebab memang ada niat dah nak sambung, memang ini lah masanya. kedua sebab rasa tercabar dengan seseorang, yang mengatakan kemahiran aku limited. eeee geramnyer aku. seyes aku bengang. yer die memang bos tapi die kena ngat die perlukan staff lain jugak untuk selesaikan kerja. betol tak???? hahahaha. emosi jap. hehehhe. tu ex-bf dulu. heheheh. opssss. ketiga sebab company aku keje. sebab aku riki2 akak tu keje more than 10 years tapi gaji naik ciput jer. die pesan kalau peluang lebih baik, pergi jer. tu lagi semangat aku nak sambung belajar. masa aku buat keputusan apply sambung belajar aku still keje kat Melaka. apply interview keje lain sana sini jugak. 

alhamdulillah 2008 tu permohonan aku sambung belajar di USM secara Jarak Jauh berjaya. so in May 2008 seminggu ke USM untuk Program Suaikenal. 2008 jugak permohonan kerja aku di TM berjaya. so kena lapor diri pada 3 November 2008. tahun 2008 di mana tahun aku berhijrah kerjaya setelah 3 tahun di company lama. Company Kontraktor yang attach dengan TM sebenarnya. hehehe. 

Masa umur aku genap 25 tahun aku berhijrah kembali ke KL. KL yang aku tinggalkan lebih 10 tahun lalu. dulu aku & family memang stay kat KL. bila aku datang balik kawasan aku tinggal dulu dah takde, dah berubah 200%. korang tahu jadi apa? Highway NPE. aku & family berhijrah ke Melaka pada 1995, selepas aku habis UPSR. masa tu kami menyewa di kawasan Kg. Pasir Baru. yang tinggal padang bola tempat aku & adik2 main. kalau ikutkan lepas kena pindah abah aku ada beli rumah kat Bandar Sunway, betol2 depan Sunway Pyramid tu. akan tetapi persekitaran yang super busy mana nak hantar sekolah bagai nanti so abah buat keputusan hantar kami semua balik kg. So start 1996 aku bersekolah di Melaka. kampung abah, hanya abah sorang jer stay KL sebab kerja. dulu abah pun keje kat TM. hehehe. so aku kembali ke KL after 13 tahun lebih kurang la. rezeki kat KL kan. berhijrah kepada yang lebih baik. 

perghhh gila panjang mukadimah aku. heheheh. tu dia bila ada idea, amik ko panjang lak kisahnyer. abes suma nak cakap. hahahhaha. 

TAHUN 1 - Sidang 2009/2010 - USM PJJ 

masa ni yalah junior. ada la kawan2 kelas tapi tak bersua muka. sebabnyer kaedah pembelajaran di USM secara banyak menggunakan penggunaan internet. Lecturer pun bagi assignment pun melalui website. untuk semua USM PJJ Student kami memang kena login masuk satu Portal khas yang diberi nama elearning http://elearning.usm.my/pppjj/.
kat portal tu memang details mengenai subjek apa yang kita amik, mengenai assigment, nak cetak kulit tugasan, sidang video, nota & semua yang berkaitan study. so as USM PJJ memang wajib la untuk buka Portal tu. jadual kelas & apa2 maklumat semunya ada kat situ. 

masa tahun 1 pergi USM naik bus jer. so memang pack la bawak barang untuk berkampung 3 minggu. haaaa kalau sambung kat USM PJJ memang wajib datang USM. kiranya dalam pertengan semestar. USM sidang akademik hampir setahun. masa tahun kursus intensif akan dibuat pada ujung November hingga pertengahan December. kira masa tu student USM full time cuti sem. yalah budak PJJ datang time diorang cuti la sebab nak stay kat hostel. demam kalau stay hotel 3 minggu, memang kena buat bantahan. hahahah. 

kenapa perlu kursus intensif? korang bayangkan USM PJJ Student 1 Malaysia termasuk Sabah Sarawak. so masa intensif ni lah nak jumpa live kawan2, belajar dalam kelas, kuliah, exam, jumpa lecturer. time ni lah. so hargai. rasa lah dok hostel. 

so rasalah kehidupan as mahasiswa & mahasiswi. ahaks... layan jer la pic yang ada. pic takde lah banyak sangat sebab masa tu hp takde la canggih mana. medial social pun tak la laju macam sekarang. masa tu aku baru berjinak2 dengan FB. tapi tak semua ada FB lagi kan. hehehehe. zasssss. 

masa ni takde ramai sangat kawan. masih lagi tempoh kenal-mengenal. tahun 1 aku stay Desasiswa Bakti Permai, so g kelas banyak jalan kaki or sesekali naik bus. bukan apa, memang ada kemudahan bus tapi timing tu, nak tunggu memang terlepas la kelas. kelas takpe lagi. kalau ada exam. time intensif ada PB stand for peperiksaan berterusan, ala macam mid term exam la. kadang-kadang time nak kena hantar assignment & pulun buat assignment. nak lepaking study kat library. hahahaha. study group. maklum la semua datang dari latar belakang berbeza, masing-masing dah punya kerjaya so to build the relationship among us. amboii.. tetiba speaking. 

haaa Bulan Disember ada pesta Penang, masa tahun ni aku macam tak pergi kot? transport limited. time ni aku demam teruk gak. dengan nak PB lagi. alhamdulillah ada kawan boy yang ada kereta prihatin sudi tumpangkan aku & roomate aku.  

ada la cuti yang takde kelas & PB sempat la aku g naik Bukit Bendera, naik public transport jer masa ni. pengalaman sangat. dengan budak2 kelas main tegur2 jer soalan pertama, "awak dah siap assigment". hahahahha. lepas tu mula lah tukar2 jawapan so dari situlah kenal & jadi kawan. bukan apa salah satunyer kalaua da assignment group ada lah geng. hahahah. nampak tak? hehehee. kalau tak sorang2 la ko. kikikiki. 

maklum la time ni kan junior so ada la kenal2 dengan abang akak senior. dari alam maya ke alam reality. wah gitu. concern more untuk tanya pasal study tapi biasalah kadang2 ada yang tersasar. hahahaha. bila belajar PJJ ni student2 ramai lah yang berstatus. maksud aku majoriti dah kawen la. kira bujang 3 minggu. macam aku suka tengok perangai orang. so kat situ boleh amik sebagai contoh juga iktibar. macam2 kisah jugak. yang baik kita ikut, yang kurang elok, buang jauh2 kan. hahahaha. 

lagi satu time ni lah tengok & jumpa lecturer livee. huhuhu. on the spot quiz. mengelabah memasing. hahahhaa. 




























okeylah dah habis idea nak tulis, so bersambung lagi di Part 2 lak. 

thanks for reading

_RZ25_


Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed