Monday, April 27, 2015

Malas ker Busy????

Assalamualaikum...

Perghh last entry 9 April. Arini dah 27 April. 
Gila lama aku tak update. Apa nak jadi dengan blog ni.. Blog sendu. 
Hahhahahha.

Kunun azam berazam nak update 1 hari 1 entry. 
Kunun nak buat ala-ala diary online. 
Kunun nak story kisah seharian.
Kunun nak update kisah anak.
Kunun nak update kisah hubby.

Kunun nak update kisah kehidupan.

Sudahnyer.... Kununnnnnnnnnnn....
Hahhahaha....

Bila upload kat Instagram @ Facebook dah macam karangan plak kan.
Huhuhu...
Bila mood menaip tu ada tak sempat buka blog. 
Bila buka blog takde plak idea.
Taip delete. 


Sekian... 

Thursday, April 9, 2015

Aku bebel lagi...

Aku bukanlah motivater @ nak tunjuk pandai tapi aku suka share apa yg baik2 jer. Apa yg aku dgr tu baik aku sampaikan. Peringatan. Teguran utk aku & semua jugak. Kalau bole nk sama2 jd baik kan.

Masih lg belajar. Byk sgt jahil & lemah. Byk sgt kena baiki. Aku share sebab aku syg keluarga & kawan2 aku. Klu tk syg, lantak la. Hehe.

Kdg2 susah nk kekalkan momentum yg baik & ceria tu. Kdg2 dek krn hati panas & geram, terlepas jua. Sbb aku pun insan biasa.

Allah selalu ada dgn kita kan. Tp kita selalu lupa, leka, lalai. Allahuakbar. Kdg bila kita sedih, susah kita cari Allah. Bila kita happy, bahagia kdg2 kite lupa Allah.

Kdg2 ada kala soalan2 yg diajukan aku tk dpt jawab. Bkn kerana apa, kdg2 org mcm tk puas hati dgn jwpn itu. Tkpe lah. Allah lebih tahu.

In shaa Allah i will a good listener to all. Harap kata2 yg bakal keluar dr mulut ini bole bantu menenangkn hati insan lain. Bole bantu melegakan hati mereka. Bole bantu terlepas beban mereka. Ya mungkin aku tak dapat tolong 100%.

Jaga makan.
Jaga tidur.
Jaga kesihatan.
Jaga ibadah.
Jaga diri.
Jaga emosi.
Jaga perilaku.
Jaga solat.
Jaga-jaga.

Okeylah. Babaiii.

Peace yow!!!

Tuesday, April 7, 2015

My Baby already 6 month

Assalamualaikum...

Semalam 6 April genap Zaheen 6 bulan. Alhamdulillah. Zaheen sihat & aktif. Perkembangan dia pun sangat baik. 

Last Friday aku gerak lambat sket dari KL sebab ada urgent matters bos yang kena siapkan. Setel semua aku terus gerak balik Melaka. Sampai ada barang yang tertinggal.

Supplement, sabun cuci muka okeh. Bila malam nak makan tengok takde. Okey takpelah.
Sebab tak ready balik lambat. Tenet ofis gelung masa tu. Takpe dugaan. 

Pastu masa nak gerak hujan tengah lebat plak itu. So bila hujan KL memang jammm.. Itu standard. 

Aku try positive & moga perjalanan selamat sampai. Terbayang muka anak, muka suami. 

Alhamdulillah aku sampai Melaka dalam 8:30 malam camtu. Bila sampai Zaheen memang tak tido langsung dari petang tunggu Mama Ayah die sampai. Bila amik die, die makan aku. Dengan cara nganga mulut & gigit pipi aku. Bagi air liur banyak-banyak. Pastu aku story la kat Zaheen kenapa aku sampai lewat. 

Makan mama... 

Bangun esok pagi dapat hadiah pipi kena geget nyamuk. heheeheh. 
Sabtu tu just keluar jap g family store & g kenduri kawen kat kampung jer. 




Incik Suami dah la buat surprise. Cuti tak gtau pun. So esok ahad pun kuar. Jejalan sambil cari tiket bus balik JB

Suka buat muka camtu bagi mama geram eh.... 





Bosan lama tunggu si Ayah posing la dengan Zaheen,



Manisnyer senyuman mu anak... 

Okeylah tu jer nak citer. 
Banyak sebenarnyer story nak masukkan kat sini. 
Tapi tu lah masa idea ada takde masa nak taip. 
Amik mood menulis kembali.
Lalalalala.

Okeylah Babaiii. 


Celoteh

Assalamualaikum...
Good morning.
Senyum selalu.
Be happy. 
Ceriakan harimu.
Apa yang Allah uji pasti ada hikmahnyer.
Sabar. Tabah. Redha.
Keep positive.
Ingat Allah selalu.
Dunia ini indah tapi kena ingat ada alam yang kekal abadi.
Di mana yang halal dihisab, yang haram diazab.
Bersyukur dengan setiap nikmat kita dapat.
Allah jadikan kita berbeza bukan untuk dibandingkan.
Apapun jaga silaturrahim dengan keluarga juga sahabat & kawan.
Hubungan baik dengan Allah juga.
Pentingkan kebaikan diri sendiri tapi tindas kebahagiaan orang lain, bagus ker?
Takpe, buatlah apa yang nak, walau baik @ buruk, Allah izinkan tapi kena ingat Akhirat kita jawab.
Allah selalu ada. DIA tengok setiap perbuatan kita.
Moga iman kita terus kuat & bertambah di kala umur kita semakin tinggi.
Pegang & ikut sunnah Nabi.
Bacalah surat cinta Allah selalu. Pelbagai kisah panduan juga peringatan buat kita semua.
Ingat mengingati tu lebih mulia.
Jangan kedekut sangat kerna setiap rezeki yang kita dapat ada bahagian orang lain.
"What u give u get back"
Maaf jika ada salah & silap.

Monday, April 6, 2015

Jumpa Geng Bus Sekolah

Assalamualaikum....

Last weekend ada kelapangan maka jumpalah geng-geng bus sekolah. Sambil melawat member dalam pantang. hihihi. 




Okeylah.... babaiiii

Thursday, April 2, 2015

Bila Hatiku Panass...

Assalamualaikum... 

Pekaba uolss? Dah makan? 
Citer pasal berubah ni, aku pun tak la baik mana pun. Banyak yang perlu dibaiki, diperbetolkan, diperluruskan. Macam-macam la. Dari segala sudut. Gituw... Hihihi 

Yalah aku ni pun manusia biasa. Yang banyak nau buat salah & silap. 
Cuma selalu pesan pada diri sendiri, 
Jangan jadi batu api. 
Jangan sakitkan hati orang. 
Jangan keruhkan keadaan.
Jangan sombong
Jangan melenting bila ditegur
Jangan busy body hal orang
Jangan cepat marah-marah

Cuma tu bila saat hati disakiti & hati panas terlepas jugak kata-kata geram yang dihambur keluar. Ahakssss. 
Kadang-kadang tu bila lama ia disimpan dalam hati, dipendam, terlepas jua. Sebab aku manusia biasa kan. Yang bukan maksum pun. 

Cuma bila saat itu sakit better jangan pegang gadget, takut terlepas tertaip apa yang terbuku di hati. Macam kes yang lalu. Amik kawwww. Aku pun lepas dah cool baca balik, tak caya ayat-ayat aku taip tu. hehehehe. 

Ni la hasilnyer bila hati panas menaip. Hahhha.. Aku dah delete status ni di FB. Ramai yang PM tanya nape. Cuma aku sempat screenshoot. Ada yang dah komen. Kawan aku cakap sebab aku ni jarang mengamuk tu die terkejut. Huhuhu.... Teruk kan bila mengamuk. Hahahhaha. 

Ada kawan siap share status aku ni di wall diorang. Ada sebabnyer. Aku tak la citer 100% pun, biarlah aku simpan sendiri & orang tertentu yang berada bersama jer tahu. Aku pun bukan nak burukkan sesiapa tapi aku jua punya perasaan. Aku jua punya hati. Bukan aku ni tunggul kayu @ tiang letrik kan. 

Aku bukan jenis berkira tapi bila orang start berkira dengan aku. Oooohhh.... 
Aku cuba jadi sabar, tapi sabar-sabar aku pun, aku ada la limit & bila capai satu tahap, aku boleh meletup gak... Kikikiki.... 






Aku pun masih belajar kawal emosi. 
Aku pun masih lagi baiki diri. 
Aku pun masih timba ilmu. 
Aku pun masih belajar nak jadi baik.

Sama-sama la kita jadi baik.
Kalau aku ada buat salah, tegurlah aku yer. 


Thanks

Okey babaiiiii. 

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed