Thursday, September 11, 2014

Kisah PJJ Kami & Anak

Assalamualaikum....

Diam tak diam setahun sudah aku as a wife kepada Incik Suami. Ahaksss.
Tapi aku masih lagi berjauhan dengan Incik Suami. Aku di KL. Dia di JB.
Lum rezeki kami stay bersama. Permohonan pertukaran masih belum menunjukkan
tanda-tanda positive.

Haaa Alhamdulillah tak lama lagi kami bakal menimang cahaya mata. Minggu ni genap aku 9 bulan,
Baru masuk 9 bulan. Haaaaa aku rasa kan, banyak nak up entry kat blog, sudahnyer aku blogwalking jer.
Macam kurang idea & tak tahu apa nak karang. Macam nak story kronologi pregnant pun tak jugak. Hahahaha.
Baca blog kawan-kawan & blogger lain best jerk. Hihihi.

Aritu ada status adik ipar aku belah Hubby, orang dok tanya die lum rezeki nak dapat baby. Aku & Hubby Alhamdulillah
Nak dapat baby. Sebab date kami nikah tak jauh kan, orang macam nak banding-banding. Kadang-kadang pelik manusia ni,
Rezeki anak ni semua dari Allah. Kuasa & izin Allah yang bagikan. Tapi soal orang macam orang tu taknak anak. Biras aku memang ada story luahan
Tapi yalah benda macam ni di luar bidang kuasa kita. Sapa yang taknak anak kan. Macam adik aku no 3 pun lum ada rezeki lagi.

Teringat kisah aku & Hubby masa baru lepas kawen. Jumpa aku terus tanya dah ada? Bila aku jawab lum rezeki lagi. Oh yalah awak kan jauh dari suami,
So susah sket la. Terkedu aku jap. Allahuakbar. Diorang assume aku kena bunting pelamin ker? bagi kami kalau dapat rezeki awal, Alhamdulillah.
Kalau belum pun takpe, Alhamdulillah, Lum rezeki. Allah akan bagi bila sampai masanyer, betol tak?

Aku & Hubby tak mengharap sangat or merancang ker apa. Just usaha yang terbaik. Ya memang kami berjauhan, so nak kukuhkan hubungan
& saling mengenali dengan lebih akrab lagi. Maklum la aku bukan nyer bercinta lama sebelum nikah. Sebelum tu kami hanya kawan biasa di USM.
Tegur gitu jer kat Group USM PJJ FB. Banyak ask & minta pendapat pasal study jer. Aku pun layan semua sama rata.
But masa final year, kawan kami yang kenalkan Ipin pada aku. Which is lebih specific yang Ipin nak kenal dengan aku. Hahahhaa

Pada mulanya aku anggap biasa jer ala kawan-kawan. Pastu tanpa disedari eh macam suka lak. Hahahhaa. Teringat lak kenangan lama. Hikhik.
Haaa baru ngat nak story pasal perkenalan dengan Ipin. Tapi macam tak buat-buat lagi. Hahahaha. Bukan apa as for my memory jek. Ohh itu nanti la aku
citer kat entry lain.

Masa mula-mula aku dapat tahu aku pregnant, aku macam blur + terkejut + macam tak percaya. Takde lah super excited. Sebab awal tahun 2014 aku
Memang nak jumpa doctor untuk follow up balik pasal cyst aku tu. Nak minta advice doctor if nak pregnant camner nak usaha. Yalah aku budget if dalam
6 bulan hingga 1 tahun if tak pregnant memang nk jumpa doctor. Yalah apa pun kena usaha. Aku pun dah masuk 30an.... hehhehee.

Appointment date yang aku dapat kat Klinik Menara TM pada 4 February. So sebab lambat relax la dulu.
Sebulan lebih lagi nak tunggu jumpa doctor. By the time tunggu appointment doctor aku dah pregnant.
Alhamdulillah, syukur sangat rezeki Allah bagi buat aku & Ipin.

Tengok aku dah ke mana nih. Hahhahaa. Start pregnant Ipin banyak ke KL dari aku ke JB. Dengan mabuk pening muntah camner nak drive jauh.
If nak balik kg Melaka or Kulai pun, dia akan ke KL amik aku, then bawak la balik ke Melaka or Kulai, pastu nanti balik KL baru die lik ke JB.
Cian gak tengok tapi terharu sangat. Takpe sayang, pengorbanan u tak sia-sia.

Yalah kalau sebelum ni rotate, sama ada aku ke JB or die ke KL. Aku leh drive or naik bus or ketepi or flight. Start pregnant ni la memang takde dah.
Lagi satu setelah difikirkan, kena move the next plan. Salah sorang kena mengalah. Nak satukan family. Nak stay sama-sama.
Bukan apa, every week travel. Transit sana sini. Pengalaman kami. Tak dapat nak masak untuk Ipin. Kalau balik Melaka or Kulai, tapi masak simple la.
Aku kadang pening masuk dapur. Alhamdulillah Ipin memahami.

Rasanya sampai sini dulu....  taip sket, sambung keje. Pastu baru sambung taip. Mood pun lari-lari. Hehehehe


Okey babaiiiiii

Friday, September 5, 2014

Baby Apa? Boy ker Gurl?

Assalamualaikum

Alhamdulillah aku dah masuk 35minggu. Fuhh... Dah nak hampir 9 bulan. Kejap jer masa berlalu. Tinggal beberapa minggu saja lagi. Memang sekarang baby gerak aktif sampai senget-senget perut aku. Apa lah yang dia buat dalam tu kan. Hehehe. Pastu sekarang kadang-kadang mengeras. Sekarang ni aku kena alert setiap yang berlaku. Maksudnyer kalau mengeras tu bape lama? Jarak masa. Maklum la anak 1st kan. 

Haaa masa cukup-cukup 7 bulan yang lalu memang ada appointment dengan Doktor. Dah scan & alhamdulillah rezeki nak tahu jantina baby pun dah tahu. Nak kata excited sangat tu la sangat. Bukan kata tak excited. Bagi aku yang penting baby sihat, sempurna fizikal, sempurna kejadian, selamat & yang baik-baik ajer harapnyer. Aku & hubby takde la specific nak baby boy or gurl. Dua-dua kami terima dengan hati terbuka. Redha. Sebab taknak mengharap sebab taknak frust. Betol tak? Anugerah & kuasa Allah. Rezeki Allah nak bagi. Kami redha dengan segala yang telah ditetapkan & diberikan. 

Haaa perut aku memang besar la sebab jenis perut tebal. Ikut mak aku. Mak aku memang jenis perut tebal. Tak kisah la dah memang begitu kan. Rezeki masing-masing kan. 

Lagi satu kan kebiasaannyer orang cakap kalau perut lebar & penuh tepi tu anak gurl. Kalau perut lonjong ke depan anak boy. Kebiasaannyer berdasarkan pengalaman. Kawan-kawan yang tengok perut aku semua cakap baby gurl ni. Aku senyum jer. Aku tak kisah sebab terima jer samaada boy or girl. 

Ada pulak yang tanya, dah tahu ker baby apa? Mula-mula cam malas nak cakap-cakap. Tapi die dok tanya so jawab jer la. In shaa Allah, tengok aritu boy doktor cakap. Lepas tu die cakap lak, yaker. Tengok perut macam baby gurl jer. Aku cakap balik, kuasa Allah kan. Apa pun yang penting baby selamat & sihat, tak kisah its boy or girl. Betol tak? Kita tak kisah pun. 

Apapun aku & Hubby prepare 2-2 nama untuk baby boy & baby girl. Dari segi baju aku banyak beli warna putih so tak ke arah girl or boy. So nanti if boy or girl takde masalah nak pakai. Amik warna selamat.

Tak sabar nak cium bau baby. Nak pegang baby sendiri. Allahuakbar. 


Okeylah saja jer story sementara tunggu Hubby datang jemput. 
Doakan yang terbaik buat saya & baby yer. 

Wednesday, September 3, 2014

Akhirnyerr... Mode Baking is Coming

Assalamualaikum....

Baru nak story. Rasanya dalam 2 minggu masa balik Melaka berkesempatan jugak aku buat kek Marble. Hahahhaa. Dari masa MC bulan 4 lagi teringin sangat-sangat. Tapi nak yang dibuat sendiri. Banyak cekadak kan. Hehehe. So mode nak baking pun datang, tengok bahan semua ada. Apa lagi. Sepanjang preggy ni memang tak memasak sangat. Awal-awal tu memang tak la, sebab mabuk teruk. Puasa la aku rasa aku leh la masak sket-sket yang simple-simple. Ikutkan macam suka orang masak kan. Sebab awal-awal aritu bau minyak pun loya. hehehe. 

Kek Marble ni simple jer kira kek basic. Tapi kalau takde mode tu memang tak jadi kan. So bila ada semangat tu kejap jer siap. Pastu macam eh lama tak buat layer so buat jugak la yang basic. 

1st time aku belajar & buat kek ni masa aku darjah 6 lagi. Masa tu mana ada mixer. Apa lagi pukul pakai tangan lorrr... Hikhik. So itulah hasil aritu. Cantik tak??? 




okey itu jer nak citer


Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed