Saturday, January 29, 2011

KampungKu.. Bestnyer...

alhamdulilah selamat sampai kat kg.... gembira tengok mak abah sihat.. maklum la sebulan tak menjengok mereka... kat kampung macam bese la aktiviti bersama2 adik2... wah adik no 6 da buat bisnes... tahniah... die buat cup cakes, coklat & apam aiskrim.. sesapa nak order dialu2kan.. aku pun nak try la wat masa cuti ni... hehehehe...

cupcakes yang diorder oleh kawannyer...


apam aiskrim


coklat perisa strawberry & blueberry


cupcakes lagi...

Friday, January 28, 2011

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak
 


Temujanji 31hb Jan 2011

ermmmm ada apa ea ngan date ni.. ada temujanji dengan sapa ea... hehehe... jeng jeng... wa ada temujanji dengan abang2 perodua ... apa lagi servis si bibah wa tu la.... temujanji di perodua bacang melaka... kol 8:30am ea...jangan lewat ea wa.... hehehe... service bibah da lebih 500km.. so service untuk tukar minyak itam, nak pasang cabin filter & check air viper...

Balik Kampung... Yahooooooooo

tengok entry pun da gembira... yess... memang gembira sebab aku nak balik kampung... yalah lama kot tak balik.... selepas 1.1.2011.. lama woooo.... so pagi 29.01.2011 wa nak balik kampung daaaaa.... apa lagi malam ni final kemas [ ewah macam nak pindah terus lak kat kampung ] kampung aku kat melaka jer... yang bestnyer cuti seminggu wooo.... 29.01.2011 sehinggalah 6.02.2011... lama kan kan... macam2 aktiviti nak wat kat kampung... apa pun tak sabar nak jumpa mak abah & adik2 .... tungguuuuu...

kepada cik yana : sila berhati2 yer... semoga selamat sampai di kampung malam ni.. kim salam kat mak awak & cik tunang....

Wednesday, January 26, 2011

wat medical check up

isnin lepas g klinik amik darah... puasa la jap pagi tu..... untuk tahu tahap kesihatan diri... untuk tahu kadar kolesterol, gula, protein, darah & dll.....
so semalam alhamdulillah result da kuar... alhamdulilllah tahap kesihatan aku baik.... cuma yalah nak kena banyakkan bayam + kerang untuk tambah darah... kurangkan gula + lebihkan makan sayur2an + buah2an.... kena buat exercise.. berat aku sangat tinggi ea sekarang ni... aku kena turunkan 7kg..... kira sekarang tak ideal dengan ketinggian aku ni.... mac 2011 berat aku harus 55kg....

Friday, January 21, 2011

satu ketika dahulu saat hati dikecewakan....

Dalam kehidupan ini tidak semua perkara yang kita ingini kita berjaya perolehi.. kadang-kadang kita gagal juga untuk memperolehi segala apa yang kita inginkan tapi kita dapat juga walaupun ia bukannya seperti dalam angan-angan @ impian @ apa yang kita harapkan..

Dalam setiap diri setiap insan sememangnya kita ingin melakukan yang tebaik dan sebaik mungkin tapi kadangkala ianya mungkin di salah erti atau di salah anggap.. mengapa terjadinya begitu.. yalah kadang kala manusia tidak pernah puas dan kadangkala tidak bersyukur serta hargai apa yang mereka ada.. Bila kita sukakan sesuatu atau seseorang tidak semestinya dia akan jadi milik kita sepenuhnya atau kita boleh memilikinya.. kalau boleh pun syukur alhamdulillah dah memang rezeki kita atau jodoh kita.. kadang-kadang sekuat mana kita berusaha untuk mendapatkannya.. ia tetap tidak menjadi milik kita... kuasa ALLAH tiada dapat menghalangnya... apa pun harus REDHA dan terima segalanya.. kena yakin segala yang berlaku ada hikmahnya... baik buruknya hanya ALLAH yang tahu...

Sebagai insan yang kerdil lagi lemah ini... yang sebaiknya hendaklah menjaga hati keluarga dan sahabat-sahabat serta orang-orang di sekeliling kita... sebaiknya cubalah memahami mereka dan buat apa yang mereka suka.. mungkin kadangkala permintaan mereka dalam masa terdekat ini tidak dipenuhi lagi... tapi sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk memenuhi impian mereka terutama keluarga... parent mana yang tak mahu lihat kebahgiaan anak-anak mereka kan??? tapi walau apa pun yang kita rasa, alami terutama perkara yang sedih yang mungkin membuatkan mereka akan turut bersedih harapnya biarlah ianya disimpan menjadi rahsia sendiri.. rasanya tidak sanggup untuk berkongsi kisah duka dan sedih bersama mereka... biarlah kita hanya membuatkan mereka hanya gembira dan sihat jer.... tidak mahu mereka berasa hati... tidak mahu menyusahkan mereka.. mahu lihat kesenangan mereka.. sesungguhnya pergorbanan mereka terhadap kita semua tidak dapat ternilai tingginya dan tidak di ganti... kepada sahabat-sahabat kadangkala kita sudah melakukan yang terbaik, cuba memahami dan menerima walaupun terdapat perkara-perkara yang diluar jangkaan yang berlaku.. samada sengaja atau pun tidak... tapi orang tetap tidak berpuas hati nak buat macam mana kan.. apa pun jika tidak berpuas hati baiklah kiranya kita berhadapan dengan orang tersebut supaya segala ketidakpuasan hati dapat dielakkan tidak memendam rasa dalam hati...

harapanku ingin melihat semua keluarga bahagia, gembira dengan kehidupan yang dilalui... begitu juga dengan sahabat-sahabat sekalian...kerana mereka semua adalah orang-orang yang aku cinta dan sayang... orang yang dicintai???? kepada insan yang pernah aku cintai... terima kasih atas segalanya.. yang baik ku jadikan contoh untuk sepanjang hayat... banyak memberikan aku pelajaran, ilmu yang berguna... yang kurang baik..itu semua pengajaran buat diriku.. supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.. terima kasih juga menjadikan aku lebih matang dalam melalui liku-liku kehidupan yang lebih mencabar pada masa mendatang ini...

ampun dan maaf jika ada kesalahanku baik aku sedari atau pun tidak...
sampai masa aku akan bertemu juga.. insya-allah... selagi hayat aku bernafas di muka bumi ini... impian mak abahku ingin melihat aku bersama insan aku cintai.. akan termakbul.. amin...

nukilanku...  

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

tu suatu ketika dahulu aku penah kecundang... kesedihan mewarnai hidupku ketika itu... [wah macam sudah lama] tapi kenangan tu sudah aku buang jauh2... telah ku buang bersama ombak di pantai... telah ku tinggalkan pada masa lalu.... [ewahhh.. jiwang lak aku ni.. jiwangkah??? opsssss]

aku kini telah semakin kuat.... tabah & redha dalam menghadapi segala yang telah berlaku & akan berlaku... aku tak mau menjadi siti zainab yang lemah... aku telah mendapat ketenangan & keceriaan diriku kembali... syukur alhamdulillah kepada Yang Maha ESA.... DIAlah yang maha mengetahui ... memahami apa yang telah dilalui oleh hambanya ini... juga aku berterima kasih kepada m13 yang telah banyak membantuku.... memberikan sokongan & guide.... sokongan yang tidak putus2... doa yang tidak surut2.... tak dapat aku membalasnya..... pintaku moga diberikan rezeki yang murah & halal serta dipermudahkan segala urusan....
akan ku sayangi diriku, mak abah, keluarga serta insan2 yang bergelar sahabat yang sudi bersama tika suka duka.... memberikan sokongan & nasihat.... mak abah & adik2.... m13 jugak.... moga persahabatan ini akan berkekalan buat selama2nya.... thanks kepada cik yana jugak....

wif cik yana... amcorp mall... 14112010

Penangan Cendawan..

tulun... tulun... sangat peningggggggggg......
aduhai.... today lunch makan nasi + cendawan + kentang + sambal tempe.... punya lah lapau sangat... makan bersama geng2 biasa kat pantry.... tunggu cik puan cikin sangat lambat yer jadi makan la dahulu.... dengan sungguh2 nyer makan.. alhamdulillah rezekiku for today.... 15minit kemudian... sedang geng2 bercerita pelbagai isu.. dengar jek.... tetiba rasa pening.... sangat pening... +++++ pening sangat.... sudahh.. apakah... takkan kot... kikikiki... [sila jangan fikir bukan2 yer]
dari duduk kat meja pindah ke sofa... sangat2 peningggggg.... tulun tulun....... mintak cik ika amikkan minyak.. sapu2... kak bai tolong urutkan.. cam lega sket.. siap sendawa2..... cam lega la.. relax lagi.... sekali menggelodak perut aku... alamakkk adakah... berlari aku ke toilet.... apa lagi keluar lah segala yang ku makan tadi.. sangat penat kot.... sebab mun*** ..... kot... maybe sebab cendawan tu da lama kot... lama kat luar.. so jadi poison kat aku... agak sensitif la wif thaht..... tapi alhamdulillah lega la jugak walau agak lemah... 
bole tak nak ban cendawan di kedai2 makan... hanya bole makan cendawan yang segar dari ladang jer kot.... kan cik yana.. cendawan goreng kite wat... sedap wooooooo... huhuhuhu....

Thursday, January 20, 2011

Jalan2 D Amcorp Mall

Aktiviti di hari cuti thaipusam berjalan2 bersama kawan2 tersayang.... g jejalan kat amcorp mall

Wednesday, January 19, 2011

HiTaM & PuTiH

today at ofis pakai baju hitam & putih.... kira tema la... saja jer... nak bagi cam happening sket kan.. amik mood keje happy together... can make memory... so ramai la tengok kawan2 yang take part.. lawa2 suma... nice kaler kan hitam putih... lunch nanti together makan2 sama + take picture {wajib kot da nama nyer aku}
so picturenyer kena la tungguuuuuuuu... sekarang baru 12:15pm...

3 dara pingitan... ahaks...


wif ika di lobi menara[tunggu abg dominos]

ngan cikin...

ngan ira yang poyo... hehehehe

Tuesday, January 18, 2011

Merah @ Red is Passion[>

Merah boleh membangunkan rasa keriangan, marah dan penyayang...
akan tetapi merah yang berlebihan akan membawa kepada tekanan....
tetapi merah juga amat berguna buat mereka yang merasa malas atau kehilangan tenaga
ia akan membarakan rasa yang lemah untuk jadi lebih bersemangat...
----------------------------------------------------------------------------------------

bercakap tentang merah ini.. aku suka warna ni.. warna yang melambangkan keberanian... warna yang menjadi sumber inspirasi... dalam tak sedar banyak jugak koleksi peribadi berwarna merah... etc :
purse, handbeg, handphone, sarung handphone {present from ika}, tshirt, kereta mainan {present dari seseorang}, hadiah beg from avon, sweater, baju kurung.... like red very much.. ahaks.....


mobile phone & purse


sarung mobile... [thanks ika]


Monday, January 17, 2011

[akan ku usahakan sebaik mungkin ]

pelbagai dugaan yang harus ku lalui... walau pun berat... walau pun payah.. aku tetap kena harungi... kalau aku susah.. masih ada orang yang lebih susah dari aku kan.... aku sekurang2nya masih bersyukur kerana punya pakaian, kereta, motor, kesihatan yang baik, kewarasan fikiran, kekuatan.. memang tidak mewah tapi aku hidup dalam kesederhaan.... itu yang mak abah bimbing & diamalkan... kadang2 disaat kita kesunyian keseorangan kita akan bosan, sedey... sebenarnya kita masih ada DIA... yang sentiasa ada dengan kita walau apa pun keadaan cuma kita jer yang kadang2 lupa, lupa terus kepada DIA....

aku hampir tersungkur & berputus asa.... tapi apa yang aku mohon alhamdulillah DIA makbulkan.... sebagai hambaNYA.... aku sangat2 bertuah diberi peluang untuk membaiki kesilapan lalu.... diberi peringatan & serta kesederan supaya kembali ke landasan yang betul..... masih belum terlambat.... terima kasih yang tiada penghujung aku ucapkan kepada mak abah, "m13", serta kawan2 baikku kerana sentiasa mendoakan aku....

banyak sangat yang aku pelajari dalam hidup ini...sangat banyak.... baru ku tahu hikmahNYA.....
erti persahabatan
erti pengorbanan
erti kehormatan
erti kepercayaan
erti kasih sayang
erti keikhlasan
erti keselamatan
erti kematangan
erti nikmat yang tidak terhingga
erti kemudahan
erti kesihatan
erti keberkatan
erti jasa bakti
erti sebuah sayang
erti sebuah cinta
erti kelebihan
erti kelemahan
erti keberanian
erti pertemuan
erti perpisahan
erti terharu
erti kesedihan
erti penghargaan
erti kekeluargaan

sangat2 banyak hingga tak dapat aku katakan.... apa pun semua aku fahami & selami satu persatu....

=======================================================

[apa pun kite takkan puaskan hati semua orang.... apa yang kite buat untuk kebaikan mungkin tidak pada orang lain... sahabat yang baik akan memahami segalanya tentang sahabat.... juga akan menjadi pendengar setia serta penasihat terbaik untuk sahabatnyer.... kan kan... juga sahabat yang baik akan duduk bersama2 sahabat walau pun tanpa sebarang bicara die akan sentiasa ada disisi[

Sunday, January 16, 2011

[ apa itu k3nangan ]

sesuatu yang pernah kita lakukan bersama dengan seseorang pada suatu saat.... selepas saat tu berlaku maka terciptalah kenangan.... 2010 sangat2 banyak meninggalkan kenangan yang sangat terkesan dalam hatiku ini.... kenangan manis & pahit.....

================================================

menyaksikan kenangan manis yang akhirnya menjadi pahit...
dimana saat hati dikecewakan... dimana janji tidak dikotakan....
dimana harapan hanya tinggal angan2....
apakah diri tidak cukup baik untuk menerima kebahgiaan?
adakah diri tidak cukup sempurna untuk menjadi insan istimewa?
adakah diri tak berhak merasainya kegembiraan seperti insan2 lain?
adakah ini pembalasan dari kisah2 silam?
adakah ini dugaan dari penciptaku?
adakah masih ada sinar kegembiraan & kebahagiaan untuk diriku?


terlalu banyak persoalan yang menghantui diri...

=====================================================
tapi aku bersyukur kerana aku masih punya keluarga, rakan2 yang masih menyayangi diri aku... yang sudi bagi semangat.... yang sudi bersama2 merasainya... yang sudi menjadi pendengar yang setia.. yang sudi menjadi teman tika suka duka.... yang sentiasa mengingatkan aku [tolong ingatkan aku].... yang sudi caring pada aku....

[syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berubah]

] 2nd week in Jan 2011 [

dah 2 minggu dalam 2011 ni... so apa yang kite da buat selama masa tu.... masa sangat mencemburi kita, cepat berlalu.... pergunakanlah ia dengan sebaiknyer...
!] semalam g kelas SV kat cheras... alhamdulillah semangat yang ada perlu diteruskan dan dikekalkan... alhamdulillah aku dapat A dalam subjek akaun... ALLAH maha menyayangi dan permudahkan segala2nya.. walaupun berada dalam kesulitan ketika tu.... [

Friday, January 14, 2011

]order.. order[

]yang ni dinamakan apam aiskrim...dapat tempahan sebanyak 100pcs ari tu[
lawa kan sangat berwarna warni... sedapppppppppp... har har

]new recipe.. let try]

[thanks kepada ifa.. adikku coz ajarkan ku buat trifle ni.. sonang jo dan disertakan sekali recipe]

Bahan2:-

1 buku swiss roll (ikutlah nak perisa apa yer)
1 tin cocktail
1 paket agar-agar + 1 liter air + gula  (depends dengan kuantiti agar-agar)
1 cawan tepung kastard + 4 cawan air + gula

Cara2nya :

1st layer : susun swiss roll dalam bekas (ikut suka bekas camner) + tabur buah sket + tuang sedikit agar2, sejukkan sebentar (masuk peti lah)
2nd layer : kacau hingga pekat (atas api tau) pastu tuangkan atas 1st layer... biarkan sejuk jap 5 minit (jangan masuk peti)
3rd layer : tabur lebihan buah2an tadi + tuangkan lebihan agar2 tadi...masuk peti.... biarkan semalam @ hingga keras..
selepas tu bolelah  dimakan.. sungguh enak dinikmati bersama2 yang tersayang... ahaks...

sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada miss izaicun.. sy budak baru belajar...

selamat mencuba..

Aktiviti cuti2 di rumah

[pop corn homemade]

[ sinopsis perjalanan ]

-teluk bahang-batu feringgi-laksa janggus-mcd sunshine-queensby-the next three days-restoran sri idaman, sg ara-tgv-nasi dalam nenas+sotong goreng tepung+paprik-char kew taw bayan baru-nasi campur sg. dua-pisang goreng-car wash sg. dua-mcd sg.dua-padang kawad-tekun-indah kembara-restu-mee ketam, juru-mcd batu lancang-masjid terapung-pc fair, PISA-oblong man burger-breakfast,gelugor-petronas bukit gambir-burger besar, bukit gedong-kfc, sg.dua-avon, sg.dua-jejantas padang kawad to tekun-khalel-kayu-bangsar-r&r taiping-r&r simpang pulai-r&r tapah-dunkin donut-old town coffee-nescafe-tol penang-tol jalan duta-nasi putih+ikan keli-five f corner-pelita-bubur, mcd bangsar-atas bukit usm-jeans applemint-chowrasta-padang kota-perangin mall-

[kenangan 241 + m13=SSC]

Kursus Intensif 2010 [ 29112010 until 19122010 ]

tahun 2010 merupakan tahun kedua aku menghadiri kursus intensif di USM Pulau Pinang.... tahun ni aku datang dengan memandu bibahku sayang... sama macam tahun lepas 3 mingggu jugak berada di sana... sebelum nak g aku rasa sangat2 tidak bersemangat + tidak bermotivasi langsung.... macam2 kisah berlaku sebelum itu... tapi aku harung jugak dan siapkan persiapan barang2 untuk dibawak bersama.. aku wat list barang2 yang wajib, harus dan perlu dibawak.. masa pegi aku g berdua ngan classmate aku.. alhamdulillah ada lah kawan.... aku gerak dalam kol 10:30am sampai USM dalam kol 2:00pm...



---------------------------------------------------------------------------------------------------

suasananyer agak berlainan dari tahun 2009... aku more berdikari dan uruskan hal2 berkaitan sendirian... tapi kan tahun 2010 sangat2 touching yer.... pelbagai kenangan yang telah dilalui bersama.... jauh jugak perjalanan + pemandangan pada tahun 2010..... juga ada kisah sedey yang tercalar jugak berlaku.... dugaan Allah nak duga aku kan... tahun 2010 aku stay kat desasiswa Tekun... hostel baru... selesa + bilik besar + pemandangan cantik + bilik air dekat... F422 tu no bilik aku.... desasiswa terletak luar dari kawasan USM... bibah ku park kat padang kawad.... dekat dengan dewan exam...banyak tempat2 yang ku pergi selepas exam.. lepas tensen la... time ni lah nk berjalan2 tengok tempat orangkan.. ada lak teman2 nak g bersama...

[sesungguhnya kenangan terindah akan ku semat dalam hati]

Kursus Intensif 2009 [ 30.11.2009 until 20.12.2009 ]

entri ni berkisarkan kenangan aku g kursus intensif kat USM..
apa ea kursus intensif??? mesti nak tahu kan.. kursus ni wajib untuk dihadiri oleh semua pelajar USM Jarak Jauh... masa nilah nak jumpa lecturer secara live, belajar dalam kuliah, pegi library masa ni rasa la as a student... kat universiti... ada exam jugak masa ni.. so kena study.... kalau tak hadir untuk kursus intensif maka tak dapatlah nak amik final exam dalam April tahun berikutnyer..

aku daftar USM PJJ pada 26 may 2008 hingga 30 may 2008... hampir seminggu gak la minggu orintasi tersebut.. masa tu stay kat desasiswa bakti permai... rasalah aku dok hostel [aku tak pernah rasa beb dok hostel dari sekolah menengah sampai poli dulu] alhamdulillah merasa la aku selama 4 tahun dok hostel... penghujung november 2008 aku akan menghadiri kursus intensif tapi tahun tersebut aku tak dapat mengikuti  disebabkan aku terpaksa tangguh kerana dapat kerja baru...

tahun pertama aku mengikuti kursus intensif di USM Pulau Pinang selama 3 minggu [30.11.2009 hingga 20.12.2009] stay kat Bakti Permai... 3 minggu beb [unpaid leave] tapi takpa demi masa depan aku sendiri... kenalah berkorban... masa tahun 2009 aku datang USM naik bus... bawak beg tarik besar baju + buku2 la dalam tu.. berat seh...  g kelas jalan kaki jer.. demam .... tapi ada memory sebab ada kawan yang prihatin bawak g cari ubat kat farmasi... gerimis lak masa tu.. aku demam agak lama jugak la... dalam 4, 5 hari gak la... ada jugak kawan kelas yang baik hati tumpangkan aku g kelas... alhamdulillah.., terima kasih kepada kawan2 yang caring padaku...

masa tahun 2009 takde la berjalan sangat... maklum lah junior pack dengan kelas, exam dan tugasan... skema la sket... ada la berjalan ke bukit bendera, komtar dengan kawan2 kelas.... ke kulim membawa diri.... ia dah jadi kenangan dan sejarah... baik dijadikan teladan... buruk as pengajaran....

[ Bibahku 5y6 ]

Kronologi
- 28.7.2010 kol to ask about bibah stock, choose model elite.. color silver, orange or blue
- 29.7.2010 give the document
- 3.8.2010 loan approve by maybank
- 6.8.2010 sign the loan agreement for 9 nine years
- 10.8.2010 give a 10% deposit
- 13.8.2010 promise from dealer get the car [orange color] but allocate to other person   [feel angry]
- 27.8.2010 promise from dealer get the car [blue color] but stock not arrived yet!
- 1.9.2010 WUH 5409 get bibah with Pearl Jade
- 14.9.2010 1st service for bibah=1444km
- 9.10.2010 bibahku eksiden & do the police report
- 11.10.2010 sent bibah to Perodua Bachang
- 23.11.2010 get back my bibah... alhamdulillah...




[sayang bibah]

[p3rancangan hari 3sok]

sekejap jer masa berlalu kan... esok dah sabtu + ahad... so apa nak wat esok ea!! esok kemas + basuh... insya-allah nak jogging.... petang ada kelas sampai ke malam [JTW241=6pm JTW211=9pm]... walau kat umah rasanya masih banyak kerja yang perlu diuruskan... so hargailah masa yang ada sebab masa tak dapat diundur kembali...

Plan 2011 for family & adik2ku/!!!!!!!

1. Baju raya tahun ni nak buat warna purple... tak kisah la whatever corak but need to be same color [senang leh tukar2 nanti.. hikhik]

2. Buat kutipan bulanan for aktiviti2 yang bakal dijalankan bila semua sekali balik kampung etc main bowling, jalan2, makan2...

3. Plan hari2 penting untuk bersama etc masa besday mak abah & adik2... [wish suma ada balik... can celebrate together2... the more the merriest.....]

[SASARAN 2013]

apa ada dengan 2013.... maybe tak penting pun bagi orang lain.. tapi bagi aku.. ada sesuatu yang aku inginkan... ingin aku capai... ingin aku miliki.... ingin aku dapatkan.... jeng jeng jeng... apakah.... agak2 apa ea aku nak masa 2013.... kawen!!!!!!!!..... [memang la nak.. alamak cam tak sabau lak bunyinyer, kawen tu memang la nak bila sampai masa & seru.. insya-allah panjang umo, dimurahkan rezeki, ditemukan jodoh yang terbaik buat diriku, maka akan merasailah alam rumahtangga]
sekarang baru 2011.... jauh lagi masa... panjang lagi masa.... tapi sebab masa panjanglah ... aku kena ada sasaran untuk dicapai dari sekarang supaya aku boleh merancang, menguruskan, melaksanakan serta mengawal untuk mencapai apa yang disasarkan... tak gitu! supaya kite tidak tersasar dari apa yang kite inginkan.. supaya kite tak leka.... masa sekarang sangat pantas berlaku.....

2013 sebenarnya aku ingin mengenggam segulung transkip yang dinamakan "IJAZAH SARJANA MUDA .............................."  

sebenarnya aku buat degree jarak jauh di USM Pulau Pinang [impian nak masuk universiti tercapai jugak walau lambat.. alhamdulillah]  aku apply untuk sambung belajar pada 2008 tapi akhirnya terpaksa tangguh setahun  sebab aku dapat keje kat GLC company.... so now aku da tahun 2 [ikutkan tahun 3] tapi alhamdulillah aku berjaya teruskan walaupun pelbagai rintangan yang datang... so teruskan perjalanan & impian yang ingin dicapai.. chaiyok chaiyok...

[SASARAN 2013 AKU MESTI DAPAT IJAZAH SARJANA MUDA.........................]

Usaha ker tak ea??

Subject: 8352
[29264 729264 7484 924622]
 
apakah yang disampaikan melalui nombor2 tersebut... tentu ada maksud tersirat disebaliknya.. mana mungkin main bubuh saja nombor berkenaan kan.. aku pun usaha punya usaha.. fikir dan fikir.. apa ea yang ingin disampaikan... guna abjad & nombor.. bila buat tidak kena langsung... tanya clue sket.. buat & tengok... guna yang lama dah... ada yang include suma abjad.... tak leh jadi ni.. tapi hampir dapat jawapan... akhirnya just teruskan & check dengan yang baru is correct 110%... akhirnya.. puas sebenarnya if kita dapat setelkan sesuatu yang kita tak tak tahu & get the answer.... so... so... feel GREAT.....
 
ops.... nak tahu apakah????
 
@...... sayang siti zainab.... ahaks... suk8..... lalalallaalaa..
[alhamdulillah masih ada yang sudi menyayangi diriku ni]

Apakah Kekuatan & Kelemahan???!!!!!

apa ea nak story for entri ni... tapi more kepada general la..takde kaitan antara hidup or yang telah tiada lagi... [eh eh macam drama kat tv lak] 


kite tahu tak, apa kekuatan & kelemahan diri sendiri.... pernah tak terfikir???? aku untuk tahun ni baru berani senaraikan kekuatan & kelemahan diri sendiri.... sebelum ni tahu tapi beselah manusia kalau boleh tak mau tahu perkara2 yang tak best sangat kan.. kekuatan for sure ramai suka kan kan.. [tak mau mengaku beb.. hikhik] aku pun.. tapi apa pun kite kena terima realiti & hakikat sebenar... setiap manusia ni tak sempurna hanya ALLAH yang sempurna... setiap manusia adalah unik.. so kite kena hargai setiap orang sebab suma ciptaan ALLAH... kite kena faham & terima... sebab kite juga sama...

kekuatan pada diri sendiri adalah kelebihan yang ALLAH kurniakan pada kite.. kite seharusnya bersyukur sangat2 dan gunakan sebaik2nya kelebihan yang kite ada ke jalan yang benar, betol supaya ianya diredhai dan diberkati.. jangan pula kite gunakan segala kelebihan kite untuk menipu orang lain.. amik kesempatan pada orang lain.. sangat2 jahat kan.. tak bagus2.. menganiya orang2 yang lemah... isk isk.. elakkan dari semua tu..

kite berhak pertahankan diri kite supaya tidak dibuli, diambil kesempatan atau orang lain menggunakan diri kite untuk kebaikan diri die... so apa pun berhati2 & berjaga2 dengan sekeliling [ingatan untuk diri aku jugak]

kelemahan pula adalah kekurangan diri tapi janganlah rasa rendah diri kerana kelemahan yang ada kadang2 boleh bertukar sesuatu yang bagus, baik & kuat jika kita pandai manupulasikan dengan keadaan... etc... kite takut pada malam, gelap.. so kite tak kuar malam... so ia bagus untuk keselamatan diri sendiri jugak kan.. elakkan dari perkara2 yang diingini berlaku...[confident jer aku dengan contoh aku bagi ni, betol ker ek, apa pun kena yakin] hehehe... tak pun lagi satu contoh... kite seorang yang darah gemuruh cepat panik... tapi kite kena buat presentation depan orang ramai.. kite boleh tukarkan benda tu dengan kite anggap ia cabaran diri untik lebih berani....  mula2 confem muka merah padam, gigil2 tapi akhirnya kite akan buat yang terbaik & sentiasa baiki dari masa ke semasa.. tu lebih baik dari orang yang anggap die berani.... so takde masalah nak present.. akan jadi satu sikap kurang baik iaitu angkuh... taknak terima teguran... isk isk... tak bagus kan..

so, apa pun hargailah diri sendiri dulu.. sayangilah diri kite terlebih dahulu... barulah orang lain... biarlah kite bersusah payah untuk diri kite sendiri... keluarga sendiri... itu lebih baik... berkorban untuk diri & mereka....  end dulu...

Thursday, January 13, 2011

Orang Tak Puas Hati Dengan Aku..

arini 13.1.2011 kira mood2 tahun baru lagi kan.. kejap jer kan masa.. tambah lagi la umo kite... semangat baru.. kalau boleh & diharapkan akan & ingin buat yang terbaik dari tahun sebelumnya.. kisah2 kurang best sila jadikan sejarah & pedoman maklum lah kita kan hanya manusia biasa.. mana mungkin apa kite buat sumanya betol, sempurna... kalau kite buat baik sekalipun.. tapi kalau orang tak suka.. tak puas hati tetap tak elok di mata die kan kan.. [apa la die tak puas hati aku tak tahu la, sebenarnya aku tak tahu pun die tak suka aku.. maknanya die baik2 berlakon jer la depan aku.. nape la aku tak pasan kan.. bagus lah jugak kan.. ada hikmahnyer.. tapi Allah maha mengetahui sumanya terbongkar jugak, aku tahu jugak akhirnya so surpise tak sangka sangat2 tapi aku redha jer la kan.. aku da buat yang terbaik, niat nak kawan2 berjaya, niat nak tolong tapi apa nak buat, biar jer la.. apa pun kena lebih hati2 & berjaga2]

aritu kan ada la subjek postkan kat wall fesbuk die nak delete kawan2 baru yang tidak disenangi... takde perasaan pun baca sebab rasanya tak berkaitan.. after that ada la infomer gtau yang nama aku da di delete dari senarai list die.. sebenarnya dah agak jugak & rasa... takpe la biarlah die janji die bahgia tanpa aku sekalipun..ahaks... bagi die aku menyusahkan die kot.. kacau die.. opsss... jap jap... sapa tak suka sapa ek.. nak citer panjang sangat kang esok tak abis2... hehehe.. tapi more kepada die jeles kat aku aku kawan2 ngan kawan guy die jeles [padahal die da kawen] cam pelik gak.... aku baik ngan kawan gurl pun die jeles die kata aku rampas kawan die.. pening aku... maybe sebab aku ngan kawan tu sekepala saling memahami.. padahal sama2 kenal masa daftar belajar.. manusia2.. aku pelik...  aku renung2 kembali ada ker aku berkasar dengan die.. gurau2 terlebih ker tapi akhirnya tahu jugak... die da tak suka since last year tapi masa sket2 lagi kot.. dah la die buat citer pasal aku eksiden sebelum bibah aku total lost.. sangat dasat la... aku drive sangat teruk.. sangat terkejut bila aku dapat tahu itu die citer kepada kawan2 lain.. isk isk.. nak tahu tanya cik liyana macam mana aku bawak cik hon & cik bibah  saya tahu saya amatur lagi tapi sapa2 yang saya bawak saya akan jaga dengan baik, berhati... tapi eksiden tu berlaku aku tak minta pun berlaku.. tapi dah berlaku.... sumanya pasti ada hikmahkan... alhamdulillah Allah sayangkan aku lagi kan kan.. alhamdulillah syukur sangat2..

panjang lak sessi luahan aku ni.. geram kot... hehehe..... apa la ayat2 aku tu takde yang nak baca kot.. end dl..

Wednesday, January 12, 2011

R3spEct & R3m3Mb3R Always...

pesanan2 ini telah diberikan kepada aku oleh seseorang yang sangat2 aku hormat & kagum.. banyak perkara aku belajar dari die... dari sekecil2 perkara sampailah ke besar2 perkara.. kadang2 nampak remeh tapi sebenarnya impak sangat besar & berguna... segalanya sangat2 ku hargai.. terharu... tapi akan kugunakan dengan sebaik2nya... ke jalan yang sepatutnya... moga m13% akan diberikan rezeki yang murah lagi halal serta diberkati & diredhai ALLAH....
END

Tuesday, January 11, 2011

Hobi & Ilmu Baru.. thanks m13%...

sejak2 balik dari USM 20122010... aku telah pelajari satu ilmu baru.. aku ni suka belajar perkara2 baru yang sebelum ni aku tak tahu sekarang aku da tahu & aplikasi kan.. so atas tu salah satu hasilnyer... aku edit2 pic jadikan satu pic.. so dapat tengok macam2 pic lam satu pic... variaty kan... kepada yang ajarkan ilmu ni thanks sangat2 kerna sudi kongsi ilmu.. SHARING IS CARING... jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada m13% .... insan yang tak jemu2 bagi semangat, sokongan, panduan.. thanks so much.. hanya ALLAH saja yang layak membalasnyer...
END

Ayat penggerak

ayat yang diberikan oleh BFF aku untuk diamalkan bagi mengelakkan perkara2 yang tidak dijangka & tidak diketahui oleh kita tapi jangan risau Allah maha mengetahui segala2nya kan kan.. apa pun langkah2 berjaga & berhati2 dengan suma orang disekeliling kita.. bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain2kan kan.. semoga kita dikurniakan oleh insan2 yang baik2 & ikhlas bersama2 dengan kita... time susah senang.. tawa duka... serasi bersama... ahaks.. cam rancangan kat astro ria lak...
END



Siapakah Aku?!? serba ringkas tentang aku..

Nama aku S*** Z***** umur aku untuk 2011 da 28 tahun daaa... kalau tengok orangnya sure tak caya.. comel jerk... [dah memang aku ni jenis kecik, comel la kan kan] hahaha... sapa lagi kalau nak puji kalau bukan diri sendiri kan kan.. kena yakin & sayang pada diri sendiri.. ahaks.. tujuan blog ni aku saja2 jer nak lepaskan rasa kebosanan & keboringan yang datang menjelma kadang2... yaker ek.. dari aku merayau tak tentu pasal.. tak tentu hala kan.. baik aku ngadap laptop kesayangan aku ni.. ahaks... nak mengetest jugak tahap keberanganan & daya kretiviti dalam penulisan & daya fantasi aku & tahap kejiwangan serta kemerepakan dalam diri aku ni.. [dasat lak bunyinyer] kalau syok sendiri pun aku.... hehehe.. boleh ker???? takpe kan.. suma orang ada hak masing2... cara masing2.. tak gitu.. aku bujang.. single mingle lagi... masih mencari cinta sejati.. ahaks.. belum lagi ditemukan dengan insan yang ikhlas terima diriku ni.. aku berdoa & terus berdoa akan Allah temukan aku dengan insan yang ingin berkongsi hidup bersama.. Allah lebih mengetahui kerana Allah maha berkuasa, mengetahui akan hamba2nya... biar lambat yang penting selamat... aku dilahirkan di Selangor, mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur kemudian berpindah ke Melaka, so zaman2 remaja aku banyak dihabiskan di Melaka... after umo aku 25 aku kembali ke Kuala Lumpur setelah mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat komunikasi GLC... jeng jeng cuba teka... sebelum aku keje kat KL ni.. aku salu tengok menara ni... adalah terdetik.. bestnyer kalau leh keje kat dalam ni.. alhamdulillah permintaan aku dimakbulkan.. that why aku ada berada di KL kembali... alhamdulillah rezeki aku di sini.. aku redha & bersyukur..... aku ni seorang yang peramah, happy go lucky, baik hati [komen dari kawan2]... aku mula datang KL lepas birthaday aku ke 25... so now dah 2 tahun aku berada d KL... bila birthday aku... jeng jeng.. 2 Nov 1***.... kira sendiri... kikikiki.... so this year aku baru mula nak menconteng2 & mencoret2 blog aku ni.. padahal aku da mula register blog since July 2010.. tak tahu apa nk tulis & camner nak mulakan... tapi ada tengok kawan2 hari2 tulis blog.. baca syok gak... kreatif jugak diorang kan.. rasanya leh guna untuk luahan perasaan & share masalah @ jadikan as diary online kan.. apa pun tujuan sumanya hak masing2.. oklah setakat di sini dulu.. sambung di entri yang lain... END

Tahun Baru 2011

Assalamualaikum...
ari ni 11-1-11.. date yang cantik kan... tahun ni TM takde supply kalender hanya ada e-calender jer.. save cost la namanya.. sila upload dari 1intra yer.. print sendiri & ikutkan kreativiti anda semua.. saya pun alhamdulillah ada yang bagi kalender & diary.... dapat kalender kuda lagi.. ahaks.. tak kisah lah janji ada kalender kan.. senang nak plan apa2 yang perlu di buat, nak di buat.. tahun 2011 ni merupakan memulakan perubahan penghijrahan dalam diri sendiri.. alhamdulillah Allah masih sayangkan aku, bagi aku hidayah & cahaya agar aku berubah kepada yang lebih baik..

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed