Tuesday, December 10, 2013

Kisah Kepercayaan, Persahabatan, Kejujuran, Kecewa

Assalamualaikum. 

Tajuk entry ni agak berat kan. seyes aku tak tahu nak cakap macam mana. biarlah sekadar luahan aku di sini. Pada Hubby juga Mak aku luahkan sebab aku rasa sedih, kecewa & malu. Hubby & Mak dah pesan jangan dilayan, jangan rapat sangat, biarkan jer. walau aku ingat ingin berdepan, ingin bersihkan nama aku juga suami. tapi aku dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. biarkan mereka. seyes sedih, kecewa tau. sebab orang yang berkata-kata, bergosip tu kawan aku sendiri. yang dikatakan agak rapat, satu opis.... arghhhhhh.... 

aku bukan nak balas balik sebab kalau aku balas aku sama jer ngan dia kan. so kat FB aku hanya cakap "aku terkilan sangat... bla bla... tu jer..." 

nape aku terkilan??? sebab kisah yang aku dapat tahu bukanlah untuk dijaja, dicanang pada semua orang. sebab kisah tu seolah-olah buka kisah rumahtangga aku... seolah-olah aku yang saja-saja cerita sana sini.. heyyy.... aku tak cerita pun if aku ada masalah. aku hanya bertanya perkara yang aku memang tak tahu pada awal-awal perkahwinan dulu. hanya satu soalan. ko yang aku anggap kakak tapi seyes aku tak leh pandang muka ko. Alhamdullillah Allah gerakkan hati kawan2 baik aku yang biarlah hanya aku & mereka jer yang tahu siapa, untuk dengar. Alhamdulillah Allah gerakkan hati mereka berdua untuk jumpa aku sendiri & cakap kat aku. aku tahu susah. masa diorang nak tanya pun lain sangat muka diorang sebab takut aku terluka, aku sentap, atau aku sedih. tapi terima kasih Ya-Allah keberanian korang berdua gtau aku. kalau diorang diamkan Ya Allah malunyer aku nak berdepan dengan mereka2 yang tahu kisah yang tak patut mereka tahu. 

aku nak tanya korang. aku tanya soalan pada si A. A boleh plak cerita pada si B. di mana B ni sangat suka cerita pasal kisah rumahtangga orang @ kisah panas, kira B ada bahan nak cerita2 nanti. si B ni plak boleh cerita pada C & D yang mana semuanya kenal aku tapi takde la rapat sangat. yang tu setakat yang tahu. yang tahu sampai ke sapa lagi... tak tahu lah... aku sangat tak paham apa motip si A nak cerita kat B. aku hanya tanya untuk kepastian jer kat A. takde sebab langsung untuk A cerita pada B. seyessssssssss. korang rasa macam mana? 

bukan itu sahaja, sekarang ni aku dah start balik aerobic. hey sebelum kawen lagi aku dah memang joint la. 2 tahun lepas lagik. cuma lepas kawen aku stop jap. so now aku teruskan lah balik rutin tu. salah ker? salah ker aku nak jaga kesihatan aku? ni ada cerita A cakap pada B yang Hubby aku paksa aku untuk kurus. kalau kurus lagi sayang. aku dengar pun tercengang. aku bawak bento pun cam salah. hey dari sebelum ni lagi kadang-kadang aku bawak bekal jugak la... Bento tu sejak tengok blog kak Mimy. hehehehe. salah ker? 

aku rasa tindakan aku sekarang joint aerobic during lunch & sesekali bawak bento jalan yang terbaik untuk aku tidak mengadap sangat muka die. or kalau takde aerobic better aku keluar lunch or buat apa2 yang patut. kurangkan melepak bersama2. hehehe. aku maluuuu. malu sangat. aku tak tahu la apa lagi yang diceritakan. 

Alhamdulillah sekurang-kurang Allah tunjukkan yang dia bukanlah sahabat yang baik. bukan sahabat. hanya kawan. sekarang pun mereka masih berusaha untuk korek cerita aku dari kawan2 yang aku baik, yang aku rapat. apa motipppppppppppppp diorang ek? suka ek gosip sana sini. gelak2. ada plak informer yang mana kalau jumpa si K ni akan inform pada si C ker. pastu C akan jumpa K tanya, apa cerita.

takpelah aku nak tengok setakat mana korang nak cerita. ceritalah. alhamdulillah. aku redha. aku terima. dan aku akan lebih hati-hati lagi. lebih jaga mulut supaya jangan tanya apa2 soalan ker cakap apa2 pun. tu nasib baik tak terlepas cerita if ada problem. memang takde la nak cerita2 pun. setel sendiri ngan hubby jer. tanya soalan pun dah dimanupulasi jadi cerita yang dasat2 apa lagi kalau tercerita problem. lagi haruuu kan... alhamdulillah. Allah ngatkan aku. 

terima kasih & alhamdulillah Allah tunjukkan perangai sebenar kamu yer. 

okeylah sekian. 


2 comments:

Mimy Hamid said...

sabar la jen eh...dugaan hidup..jadi kan pengajaran

diana aziz said...

Sabar ekk awk.. biarkan mereka terus bkata2. diam tak beerti mengalah..

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed