Tuesday, March 4, 2014

Ermmmmm.... Aku Mesti Kuat

Assalamualaikum...

Dah masuk Bulan Mac dah. berazam nak update hari-hari dengan 1 entry, tapi atas sebab tak dapat dielakkan maka terbiar seketika. alhamdulillah rasa bertenaga sket dari hari-hari sebelumnyer. 
Ya-Allah aku mohon kuatkan diri serta semangatku untuk diri, suami, family juga bakal babyku. Amin. 

Alhamdulillah, last week 26hb aku g check up, Doc scan so nampak si kenit tu, seyes terus hilang rasa pening & mual. Hebatnyer kuasaMU Ya-Allah. sebak rasa. bila Doc kata tu jantung dia. ooohh.... Subnaallah. tapi selepas tu dugaan buatku, bila mana Doc scan satu ketumbuhan di sebelah rahim. 
Doc cakap tu cyst yang mengandungi bendalir @ cecair, agak besar jugak tapi sekarang tak leh buat apa-apa sebab kandunganku masih kecil. kalau buat sekarang kemungkinan akan gugur, nauzubillah. mintak dijauhkan. Doc bagi aku mc 2 hari, mintak refer ke pakar. lepas tu balik ofis aku menangis sambil kol hubby. Hubby bagi kata-kata semangat "kalau u sedih nanti baby lagi sedih" so atas kata-kata tu aku fight. yer aku tak leh lemah, aku tak mengalah. 

So aku pergi ke Pantai Hospital yang tak jauh dari ofis ditemani dua kawan baikku. Doc tu cakap jangan risau, memamg ada kes macam ni, bila kandungan makin besar, cyst tu akan mengecil @ kecut. selagi u tak sakit, ia tak bahaya. but once you sakit terus g emergency tau. jangan sesekali angkat barang @ benda berat, kena cukup rest, jangan bagi tekanan pada baby & perut, jangan stress, jangan travel jauh dulu. 

Nanti bila 4 bulan kite tengok macam mana nak selamatkan baby. tapi kita sama-sama doa agar cyst tu kecut, mengecil, tidak membahayakan kandungan. Amin amin Amin... In Shaa Allah.. so Doc bagi ubat kuatkan rahim. 

so aku balik rumah + rest. tempat mengadu hanya pada Allah. sesungguhnya segalanya dengan izinNYA kan. kalau orang lain mampu, takkan aku tak boleh. in shaa Allah. aku kuat. 
apa-apa memang mengadu la kat hubby. yalah hubby jauh, tu kadang sayu jer rasa tapi aku kena kuat untuk baby, betol tak? 

haaaa dalam kalut balik dari klinik aku dapat panggilan dari HR, ada satu post executive Secretary di TM Cyberjaya, jaga big bos TM R&D. HR TM R&D kol inform mohon datang untuk sessi chit chat dengan AGM die pada 28hb. so dengan lajunyer inform kat hubby sebab die datang KL minggu ni. so alhamdulillah dia ada untuk temankan aku. 

okeylah sampai sini dulu.. nanti aku taip lagi.. hehehe

Thanks for reading 



No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...