Thursday, August 20, 2015

Kisah Skincare Aku Guna

Assalamualaikum... 

Haaa lama tak update apa-apa. Kadang tu kan memang ada benda aku nak story, tapi dah taip separuh tak jadi. Konon nak jadikan as diary. Nanti akan datang boleh baca balik kisah lama... Ohhh aku penah buat benda ni. Kadang tu memang tak sempat pun nak update story. Tak dapat disiplin lagi jadi blogger. Bila baca kisah-kisah blogger lain, best.  Pastu nak update kat blog sendiri. Nan adooo... Hihihihi. 

Sekarang korang pakai skin care apa? Sebagai wanita ni apa pun kena lah memakai barangan penjagaan kulit, maklum la kulit tak sedia flawless. Ni pun sebenar entry peram. Hihihi... 

Masa zaman sekolah aku takde pakai apa-apa pun. Dah form 5 tu pun terpengaruh dengan kawan-kawan sebab pakai fair & lovely. So sibuk la pakai. Tapi tak serasi pun, so stop. Lepas tu aku pakai jenama apa ntah tapi sekejap jer. Lepas abes sekolah pakai la Safi. Beli ikut kemampuan. Pakai safi ni sampai la sambung belajar dengan Politeknik. Lama jugak pakai Safi. In between krim siang tu ada jugak pakai temulawak bila krim Safi habis. Ikut suka kan... hehehehe. 


Lama jugak aku pakai Safi ni. Lepas tu bila aku masuk keje TM aku tukar pakai Nano White pulak. Gara-gara terpengaruh dengan Maksu aku. Tapi tak lama sebab kurang serasi + budget tinggi gak. Habiskan set yang ada then stop. 


Lepas Nano White, aku try set baru launch. Set Safi Rania Gold. Heheheh. Aku beli 1 set sebab nak tahu la keberkesanan pada wajah aku. Ewahhh.. hahhahaa. Alhamdulillah serasi dengan aku. Hihihhi. 


Tapi kan lepas aku kawen, nape ntah aku tukar set lain, sebab aku notice kulit aku macam ada jeragat. Adik aku rekemenkan set jeragat. Tapi pakai set ni tak leh pakai bedak, make up segala. So sebab nak merawat kulit aku gagahkan jua. 2 minggu pertama aku mengalami pengelupasan. Memang taknak tengok muka sendiri la. Tapi dah try kan kena la bersabar. 
Sampai aku pregnant aku pakai set Shines Beauty. Tambah-tambah masa pregnant kan Zaheen aku memang takde mood langsung nak bersiap. Muka polos + pucat. hihihi. 


Last-last bila stok abes aku tak continue sampai aku bersalin. Lepas dalam pantang aku ada beli set keluaran Dherbs. Bila naik keje plak, set Dherbs habis aku tak continue. Aku pakai Lisa Skin Care. Tapi tak serasi, aku jual kat member aku sebab die memang pakai set tu kulit elok. Start bulan 2 until now aku pakai set syma beauty. Aku pilih sebab kos + alhamdulillah serasi. Lagi satu nak pakai benda yang simple, mudah tapi nampak cantik. Gitu. Bukan apa, bila dah jadi Mama & ada anak, 360 kot hidup ko berubah. Semua nak cepat. Tapi nak jugak kelihatan berseri kan. Gitu....



Itulah story pasal skincare aku pakai. Bese jer. Bagi aku tak kisah jenama apa, harga berapa, mahal or murah, yang paling penting, serasi & sesuai dengan kulit kita kan. Tapi kalau mahal beno pun idaklah mampu nak membelinyer... Yer dakkkk. 

Okeylah... Babaii







No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed