Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Bawak Baby Naik Flight

Assalamualaikum.

Sebelum g Langkawi aritu, aku & Hubby dapatkan info dari kawan-kawan yang pernah bawak anak g bercuti naik flight & google jugak internet. Maklum la 1st time bawak Zaheen naik flight. 

So aku sharekan mengikut pengalaman aku baru-baru ini.

Take-off
  • Masa pergi, masuk jer kapal, Zaheen main-main dengan seat belt. Bagi susu taknak so bagi die puting jer. 
  • By the time, announcement dari pilot nak take-off, Zaheen gosok mata, baringkan die, lena. Alhamdulillah. Puting still bagi die isap. 
  • Masa balik ke KL, die isap susu, main-main buku then tido. Tapi masa balik ni aku pangku peluk die tido. 
Landing 
  • Landing kat Langkawi, Zaheen masih tido lagi. Bila nak angkat die bangun, segar terus. Dapat la lena sejam kan. 
  • Masa landing balik ke KL, die tido lena sangat kat pangku. So aku memang peluk jer. Alhamdulillah. Zaheen behave masa pergi & balik dalam flight. Good boy. Mama Ayah sayang Zaheen.


Stroller @ baby carrier 
  • Zaheen pun baru 11 bulan masa trip ni. So pada aku wajib bawak sebab kalau die nak tido time kita berjalan tu kan, selesa la sket die tido. Kalau berdukung tu cian jugak sebab terdedah dengan cuaca panas or hujan. Plus dengan extra tenaga kita jugak. Nak berjalan jauh lagi. So better bawak stroller.
  • Lagipun Zaheen taknak duduk kat baby carrier or baby wrap tu. Rasanyer die tak selesa. Okey lah duduk dalam stroller, nak minum susu pun selesa. So kita tolak jer. Kalau die tak tido pun, die tengok pemandangan sambil relax2 dalam stroller. Hehehehe. 
  • Stroller tu nanti tolak jer sampai pintu masuk kapal, letak jer tepi tu. Nanti ada crew yang akan ambil.
  • Oh ya, sebelum fly tu kan aku bagi Zaheen main-main. So bila nak take off tu nanti die dah penat, die tido.

Sweater 
  • Kena ada jugak sweater or baju tebal untuk baby pakai sebab aircond kat airport & flight kuat jugak. Lagi-lagi flight aku pagi so memang sejuk. Pakaikan sweater die pun rasa selesa.


Stokin 

  • Ni pun wajib pakaikan untuk baby.


Puting kosong 
  • Aku & hubby belikan puting untuk Zaheen isap. Ikutkan die takde lah jenis isap puting. Seminggu sebelum pergi train die isap puting. Tujuannyer nak elakkan perubahan tekanan udara masa take-off @ landing.


Tukar lampin
  • Aritu ke Langkawi, kitaorang naik dari KLIA 2. So kemudahan toilet & changing room for baby semua ada. So sebelum fly, tukar lampin baby siap-siap.Selesa untuk die juga penumpang lain.

Mainan 
  • Aku bawak jugak mainan untuk Zaheen. Bagi die leka tujuannyer. Alaaa bawak 2 @ 3 jer. Tapi Zaheen belt tu jadi mainan. Tak kisah lah janji die leka. 


Hand carry
  • Satu beg hand carry barang Zaheen like susu, air panas, air, snek biskut, pampers, wet tissue, mainan & tuala kecik. So if apa-apa senang semua dalam 1 beg.

Bisik-bisik & Doa
  • Hahahaha. 2 minggu sebelum travel aku & hubby ada bisik kat Zaheen. Nanti nak travel naik flight, Zaheen behave yer.
  • Doa jugak minta pada Allah, agar segalanyer dipermudahkan Allah. 

Bantal kecik
  • Bawak jer satu bantal kecik bukan apa, if die nak tido tu selesa la sket. 

Tu jer sedikit pengalaman aku bawak Zaheen travel naik flight. 

Thanks for reading 

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed