Tuesday, September 8, 2015

Day 1 @ Trip Sis Jah ke Langkawi

Assalamualaikum.... 

Hari ni baru naik balik keje lepas balik holiday. Hehehe. Holiday kat Malaysia jer. Tapi lama aku tak g holiday. Tapi aku tak g dengan family aku jer. G sekali dengan geng BFF. Diorang yang plan so ajak aku sekeluarga. Tanya Hubby die okey so proceed. So kebetulan bulan 3 Air Asia buat promo, so decide nak g Langkawi. Tambah-tambah ada 2 geng aku tak penah jejak lagi kat Langkawi. Hihihi. Abes la kalau diorang baca. Ampun.

Sebelum ni nak aku agak nervous, yelah pertama kali nak bawak Zaheen naik flight. Jalan jauh plak tu. Yalah selalu naik kete balik Kulai jer pun. Ni naik flight. Tanya kawan-kawan yang dah pernah bawak anak naik flight. Google jugak tips kat Internet. 

Prepare la sket untuk bawak Zaheen. Stroller memang aku bawak sebab kalau tengah jalan die nak tido kan, so dalam stroller selesa la sket. Kalau dukung sian plak die. Baby carrier tu die tak bape selesa dalam tu. 

Pastu masa nak take off & landing sebab perbezaan tekanan kan. Risau kalau Zaheen mengamuk ker meragam masa tu. So aku beli la puting untuk die isap. Yang bagusnyer masa naik flight biar die tido or bagi susu, so takde la rasa sangat tekanan tu. 

Oh ya trip ke Langkawi 4-6 Sept 2015. Awal-awal eh jauh lagi. Bila sampai masa, kalut jugak packing. Baju aku & hubby takde masalah sangat. Barang Zaheen la. Cukup ker tak? Baju, susu, pampers die semua. Risau la jugak kan. Lagi satu aku, hubby & Zaheen kan tak tinggal sekali. Fikir camner nak make it easy. 

Flight kol 8am. Boarding time 6:50am. Hubby balik Melaka & aku pun balik Melaka Khamis lepas keje. Setel barang semua, kitaorang gerak g Putrajaya kol 10malam, tido umah kawan aku kat Presint 9. Sebab nak kena bangun pagi-pagi gerak g Klia 2. Park kete kat Putrajaya Sentral naik ERL. Malam tu pulak Zaheen tido lewat kol 1 baru nak lelap. So kol 4am aku dah tersedar terus bangun mandi, kejut Hubby. Tunggu yang lain siap-siap. Kol 4:45am gerak ke Putrajaya Sentral. Zaheen pun bila angkat jer dah sedar. 

Awal la die bangun. Die pelik gak eh nak g mana pagi2 ni. Tapi 2 minggu sebelum pergi aku dah bisik-bisik kita nak g jalan-jalan kat Langkawi. Tepat kol 6pagi setel semua check in so tunggu time nak boarding. Klia 2 tu kan besar. So kalau kata terlewat jenuh nak berlari ke gate. Biarlah awal leh relax-relax. Solat subuh dulu. Pastu tukar pampers Zaheen. Tak mandikan die sebab pagi sangat, lagipun die wangi. Hehehe. Sementara tunggu bagi die main-main. 

Masa nak naik flight tu, tolak jer stroller sampai pintu masuk. Nanti crew akan amik stroller tu. Bila naik flight die sambung main belt, before take off lagi dia dah tido. Alhamdulillah. 






Lepas selamat landing, baru Zaheen bangun. Aku yang terkejut masa landing. Hehehehe. 
Sampai terus g amik stroller kat bagasi. Pastu kereta sewa dah menunggu. 

Homestay
Oh ya, penginapan pada awalnyer Jaja nak book rumah persekutuan tapi malangnyer fully book plak untuk date kitaorang nak g. Aku pun tengok jugak TM Resort pun full. So gigih la cari yang lain sampai jumpa Eylizar Homestay. Pakej homestay + kereta. 
Kitaorang amik rumah 3 bilik + kereta Avanza selama 3 hari 2 malam. So far rumah cantik & bersih. Mesin basuh ada. Dapur ada. 2 bilik ekon. 1 kipas. Iron & board iron ada. Tuala 3 helai. TV astro channel. Puas hati. Alhamdulillah. 


Lepas dapat kereta terus g homestay sebab nak amik kunci & letak barang. Mandikan Zaheen. Pastu nak g lunch. Best gak lunch kat kedai Mak Timah tu. Tak dan snap pic. Lauk macam2, harga murah gak. Rasa sedap. Puas hati la. Lepas tu terus ke Sky Cab. Naik cable car. Aku & Hubby naik cable car jer. Yang lain sambung naik 6D motion. Ada 3d Art Museum tapi kitaorang semua tak masuk. Hihihi. 








Banyak moment atas ni. Kelakar pun ada. Gelagat kawan2 aku yang takut naik cable car. Masa otw naik hujan so bila sampai atas tu kabus. Lagi satu bridge sky tu dah kena bayar. 
Zaheen behave. Suka jer die. 


Petang hari dalam kol 4pm rasanyer kitaorang g makan laksa ikan sekoq dekat belakang airport. Makan tepi pantai. Syok woo. Zaheen pun lena masa ni. Lepas minum susu. 



Geng BFF aka Rombongan Kak Jah. Jaja, Oya, Ain, Anim & Kak Ida. hihihi. 

Petang lepas makan laksa ikan sekoq, cucuq udang, awal lagi nak balik homestay. Jalan-jalan kat tepi Pantai Chenang, tengok kedai. Then lepak pantai sambil tengok orang main parasailing. Masing-masing nak naik tak berani, so tukang tengok, tukang lari. Bagi Zaheen main pasir. 




Sambung for next day... 

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed