Wednesday, May 4, 2011

Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Berdasarkan Bintang

LEO 9 (24 JULAI - 23 OGOS)
Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu).
Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembutnya.
Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO.
Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak.

VIRGO ( 24 OGOS - 23 SEPTEMBER )
Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

LIBRA ( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER )
Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself!
WARNING: So bila nak date.. pakai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

SCORPIO ( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER )
Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning).

SAGITARIUS ( 23 NOVEMBER - 21 DISEMBER )
Orangnya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung...
Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..)
bawa partner jalan2.. sort of adventurous.
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? canoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

CAPRICORN ( 22 DISEMBER - 20 JANUARI )
Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya.
Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda. Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal!
WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...

AQUARIUS ( 21 JANUARI - 19 FEBRUARI )
Orangnya: Pijak semut tak mati..
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u.
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..huhu..

PISCES ( 20 FEBRUARI - 20 MAC )
Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy..
Tips utk memikat: Kasi jer belacan...
WARNING: Diorang tak suka macam belacan!

ARIES ( 21 MAC - 20 APRIL )
Orangnya: Anak mak! smart mamat intelligent.
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya..
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgnlah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

TAURUS ( 21 APRIL - 21 MEI )
Orangnya: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

GEMINI ( 22 MEI - 21 JUN )
Orangnya: Gemuk?! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..
dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya.
Tips utk memikat: Sabar aje lah..
be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.

CANCER ( 22 JUN - 23 JULAI )
Orangnya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..sindri mau ingat ler..

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan

sekadar berkongsi...

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif.
Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.
Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner.
Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.
Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.
Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Rahsia Tarikh Lahir

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan

Rahsia Tarikh LahirKu

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi


Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

TIADA ALASAN GAGAL JIKA BERUSAHA


Dulu anak muda ini begitu pemalu. Sukar untuk mengajak dia bercakap lebih-lebih lagi di depan orang ramai. Apatah lagi memberikan motivasi kepada para pelajar sekolah. Malah kira-kira 10 tahun lalu, dia seperti kebanyakan rakan sebaya yang lain, nakal dalam lingkungan yang tersendiri.

Antara kegiatannya ialah terikut-ikut dengan remaja yang menjadi mat rempit di jalanan. Kesannya, dia mendapat pangkat 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun itu kisah silam.
Hari ini Najmil Faiz Mohamed Aris, 27, mampu tersenyum dengan pencapaiannya. Hakikatnya dia berjaya mencipta kejayaan membanggakan negara yang jarang dilakukan oleh anak-anak muda seusianya.

"Kejayaan saya berpunca daripada kegagalan," kata anak kelahiran Ipoh, Perak tetapi dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Najmil, bekas pelajar Leeds Metropolitan University dan kini mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan di Brunei London University telah berjaya memikat kerajaan Britain termasuk Menteru Perindustrian, Brian Edden untuk memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect tahun lalu.

Kejayaan mencipta teknologi nano terkini yang akan membantu meminimumkan geseran dan kehausan terhadap peralatan perkilangan dan sekaligus membolehkan sektor perkilangan dan pembuatan seluruh dunia menjimatkan kos berbilion ringgit, melayakkannya diiktiraf antara pelajar Asia yang paling cemerlang.

Menurut anak kedua daripada enam adik beradik ini, bukan mudah baginya berada pada kedudukan sekarang.
Pun begitu dengan berkat usaha dan kesungguhan, tiada apa yang tidak mampu dicapai oleh seseorang itu.

Biar terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari, malah pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, pun masih perlu bekerja, hari ini usahanya itu berbaloi.

"Tiada alasan untuk gagal jika kita berusaha," katanya.

Pada kebanyakan orang, pangkat tiga ini 'gagal', pada Najmil sendiri?

Gagal bagi saya sebagai satu motivasi untuk melakukan yang lebih baik lagi. Dari situ saya akan mengkaji sebab-sebab kegagalan saya. Memang saya kecewa tetapi kekecewaan saya sementara sahaja (tersenyum). Kerana yang penting bagi saya ialah memikirkan cara menebus semula kekecewaan yang dihadapi.

Sebab utama Najmil 'gagal' dalam SPM?

Fator kecuaian. Ini yang patut saya ngatkan kepada para pelajar. Kalau saya bagi ceramah pun saya akan tekankan perkara ini. Sebab yang saya gagal ialah saya terlalu yakin. Masa itu saya mengambil kertas lukisan teknikal (Technical Drawing). Kertas ini wajib bagi kursus kejuruteraan yang saya ambil. Saya baca soalan tak teliti. Soalan pertama suruh lukis semula dalam kertas putih yang disertakan. Saya memang yakin dapat buat. Bila keluar dari dewan peperiksaan, saya bawa sekali satu lagi kertas soalan warna biru. Kawan-kawan tanya, "Kau tak jawab ke soalan itu?" Rupa-rupanya ada juga soalan yang kena jawab pada kertas biru tersebut.

Apa tindakan Najmil?

Saya terus jumpa pengawas peperiksaan, tetapi dia kata, tak boleh buat apa-apa lagi, toong tulis nama awak.
Bila keputusan keluar, saya gagal dapat kredit. Ini kertas wajib. Itu menyebabkan saya dapat pangkat tiga.

Perasaan Najmil bila dapat pangkat tiga?

Kecewa sungguh sebeb masa percubaan, saya dapat pangkat satu. Saya jangka keputusan peperiksaan sebenar mesti lebih baik daripada percubaan. Tetapi saya dapat agregat 25, patutnya pangkat dua, disebabkan subjek lukisan teknikal saya tak kredit, kelayakan saya terus jatuh ke pangkat tiga.

Reaksi orang tua?

Walaupun saya dapat pangkat tiga, mereka sentiasa memberi semangat.
Benda yang lepas, biarkan lepas. Yang dah lepas tak sama dengan masa depan. Tumpukan saja pada masa depan, yang belakang itu tak payah nak fikirkan sangat, kata mereka.

Tentang kekecewaan ini - apa maknanya pada Najmil?

Kecuaian yang saya lakukan akhirnya saya dapat menimba pengalaman, bagaimana orang lain pandang rendah pada kita. Tetapi dalam masa yang sama, saya tahu, saya berkeupayaan untuk melakukan yang terbaik dalam hidup. Saya tahu walaupun gagal, tetapi saya mampu bangun balik untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Di sekolah dulu Najmil seorang pelajar yang cemerlang?

Saya pelajar sederhana. Subjek yang saya minat, saya boleh dapat keputusan baik. Nakkata pelajar yang pandai tak juga, cuma sederhana.

Nakal?

Budak lelaki biasanya kalau tak nakal, maknanya ada sesuatu yang tak kena (ketawa).

Apa Najmil buat selepas SPM?

Habis SPM, saya bekerja sekejap. Pada mualanya saya nak cari kerja di Kuala Lumpur tetapi orang tua tak bagi. Mereka takut saya terpengaruh dengan gejala-gejala sosial. Saya pun tak ada pilihan, bekerja di stesen minyak di kampung sebagai pembantu pam (pump attendant). Dari situ baru saya nampak reaksi orang.

Maksudnya?

Saya boleh tengok tanggapan orang. Ada juga kawan-kawan yang semasa di kampung, kami boleh minum sekali, bersembang bersama tetapi bila jumpa di stesen minyak, mereka buat macam tak kenal saja. Malah salah seorang rakan perempuan yang sama kelas dengan saya semasa di sekolah bila datang isi minyak, dia cakap, "itulah kau, dulu malas belajar, main-main banyak. Sekarang padan muka, kerja lah kat pam minyak."

Dari situ, baru saya tahu, betapa kalau kita 'bukan sesiapa', macam mana tanggapan mereka. Baru saya tahu langit tinggi ke rendah. Bila kita buat sesuatu yang boleh dibanggakan, baru semua orang nak mengaku saudara.

Pengajaran dari semua ini?

Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki diri sebenarnya.
Difahamkan Najmil sambung pelajaran peringkat diploma di kolej swasta?

Saya ambil diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah kolej di damansara. Tamat belajar, saya bekerja sekejap, lebih kurang dua tahun sebagai juruteknik di kilang Epson untuk kumpul duit ke luar negara.

Apa cabaran yan dihadapi pada peringkat awal di rantau orang?
Saya terpaksa buat macam-macam kerja. Yang mana boleh dapat duit, saya buat. Saya pernah buat sampai tiga kerja sehari. Masa kerja, saya akan sesuaikan dengan jadual belajar. Badan memang letih tetapi sebab takut gagal itu lebih kuat mempengaruhi diri, saya cuba lupakan sahaja. Saya bayar sendiri kos belajar saya.

Mula-mula sampai, saya hanya ada 200 Pound dalam tangan.
Ekonomi saya terhad sangat. Apa yang saya buat dulu, banyak makan roti. Boleh dikatakan satu hari itu, saya makan roti sahaja. Biasanya sebelah malam, saya dah siap buat bekal untuk pagi.

Saya sapu roti dengan jem dn bungkus dalam plastik sebelum letak dalam beg siap-siap. Sebab saya takut kalau-kalau saya terlambat bangun. Berat badan saya turun. Saya kurus. Bila saya hantar gambar pada emak, emak kata, dah tak ada punggung dah (ketawa). Bila dah dapat kerja dan keadaan ekpnpmi agak stabil, baru saya dapat merasa makan nasi.
Beras di sana lagi sedap (senyum).

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?

Masa baru mula kerja, saya kerja pagi, kena keluar awal sebab masuk kerja dalam pukul 7 pagi. Jadi pukul 5.30 pagi atau pukul 6 pagi, saya dah mula berjalan. Semasa itu musim salji, sejuk, keadaan berkabus, saya jalan seorang diri pun nampak tak nampak sahaja. Waktu itu saya rasa macam dalam mimpi. Mulalah terfikir, betapa susahnya hidup di negara orang. Kalau duduk di Malaysia, taklah macam ini. Tetapi saya kuatkan semangat. Saya kata, dah buat, biar buat betul-betul. Tak kisah, saya harungi juga salji yang memutih.

Pernah rasa putus asa?

Setakat ini belum lagi. Kalau kecewa sekejap itu adalah. Tetapi putus asa tak ada. Putus asa maknanya kita gagal. Bila saya dah ambil keputusan untuk meneruskan pelajaran saya di luar negara, saya cuma takut satu sahaja - tak lepas. Jadi saya akan buat apa sahaja untuk memastikan kejayaan berpihak kepada saya. Walaupun letih kerana terpaksa bekerja mencari duit untuk menampung hidup, saya tak pernah abaikan pelajaran.

Bila tak cukup duit, apa yang Najmil lakukan?

Bila berhadapan dengan keadaan itu, saya terpaksa mengutamakan benda-benda yang lebih penting. Masa tak ada duit saya biasa jalan kaki untuk ke satu-satu tempat walaupun jauh. Tentang makan, kalau boleh bertahan saya tahan. Tetapi sepanjang pengalaman saya, tak pernahlah sampai putus duit.

Dulu Najmil juga tidak fasih berbahasa Inggeris?

Bahasa Inggeris saya memang tak bagus, bolehlah cakap tetapi berterabur. Bila kita sampai sana, kita nak tak nak kena cakap juga kan? Kita tak ada pilihan. Dari situ, saya perbaiki lagi bahasa saya. Tak perlu takut, cuma kita perlu banyak membaca buku Bahasa Inggeris dan banyak berakap.

Macam mana menyiapkan tugasan (assignment)?

Yang penting kita belajar berkomunikasi dengan pensyarah, jumpa mereka, bagi mereka kenal kita, bagi tahu dan jelaskan keadaan kita yang sebenarnya. Ini penting supaya mereka nampak kita ada usaha, kesungguhan.

Berapa lama masa yang diambil untuk menyesuaikan keadaan ini?

Enam bulan hingga setahun.


Bila fikir-fikir semula, apa yang boleh Najmil katakan sekarang?

Pengalaman saya itu, susah senang, buruk baik yang saya lalui menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran yang akan lebih mematangkan diri saya.


Kunci kejayaan Najmil?

Kena berani. No risks, no gains. Sama ada gagal atau berjaya, yang penting kita cuba dahulu. Sebenarnya apa yang saya buat, kalau boleh saya tak nak simpan untuk diri sendiri.

Yang mana boleh disumbang, saya bersedia menyumbang. Buat masa ini yang mampu saya buat ialah menulis buku. Dalam buku ini menceritakan bagaimana perjalanan hidup saya di rantau orang, cabaran yang saya hadapi dan tip-tip untuk belajar.


Cita-cita sebenar Najmil?

Cita-cita saya jurutera. Dalam masa sama, saya bercita-cita nak menjadi seorang usahawam, orang korporat.

Apa yang penting sebagai persediaan untuk belajar di luar negara?

Kalau kita tahu Bahasa Inggeris, itu satu kelebihan. Tapi kalau tak fasih, itu bukan satu alasan. Satu lagi ialah kita perlu lakukan persediaan secukupnya. Kita kena tahu di mana letaknya tempat yang kita nak pergi. Kalau peruntukan yang ada pada kita adalah kecil, jangan pilih universiti di bandar-bandar besar.

Macam saya bernasib baik, kebetulan tercampak ke luar bandar. Yang paling baik ialah cuba dapatkan maklumat daripada para pelajar atau bekas pelajar yang pernah belajar di luar negara. Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu mereka lakukan. Bila berada di luar negara, kita tidak boleh malu, kita kena buat muka tebal sebab kalau tidak, kita juga yang akan susah akhirnya.

Nasihat Najmil kepada mereka yang masih 'lalai'?

Kita semua bukan bodoh. Yang kita kurang ialah kesedaran. Bila kita tak nampak benda ini menguntungkan ayau tidak, kita tidak akan buat. Saya dulu pun main-main, nakal juga. Tetapi bila dah nampak masa depan, lima atau 10 tahun akan datang, apa yang kita nak capai, kita tak cukup masa untuk main-main. Tak ada motor-motor ni dah. Jadi kesedaran ini yang mereka tiada, sebab itu buat perkara-perkara begitu. Kalau kita dapat memecahkan cengkerang yang membelenggu mereka untuk berfikir, saya pasti mereka akan sedar. Kita nak berjaya ni ada banyak cara.

Kalau ada inspirasi, itu akan mendorong kita mencapainya. Ataupun kita dalam keadaan tertekan, "Aku kalau tak lepas ini naya" Jadi, kita akan buat bersungguh-sungguh.

Kalau mereka nampak jalan di depan, mereka tak akan ada masa untuk lepak-lepak atau buat kerja bodoh, nak jadi superman atas motor atau sebagainya. Kadang-kadang saya pun terfikir juga, saya dah umur 30 tahun masih berperangai budak-budak. Mungkin mereka tak terfikir lagi. Tetapi kalau mereka tahu apa yang perlu dibuat, bagaimana dengan mereka, mereka sendiri akan tahu menentukan batas-batas pergaulan yang sepatutnya.


Siapa yang lebih patut memainkan peranan ini?

Kita kena beri bantuan juga pada mereka. Itu sebab kita kena 'bebaskan' mereka dari belenggu pemikiran. Saya dulu pun kalau orang tegur, marah. Yang terbaik ialah gunakan psikologi. Bagi mereka nampak jalan.


Najmil bangga dengan pencapaian sekarang?

Saya rasa berbaloi. Sekurang-kurangnya boleh buat saya tersenyum sedikit. Tetapi usaha ini belum berakhir lagi. Banyak lagi masa untuk saya tempuhi, 20 tahun lagi apa saya nak jadi? Takkan nak jadi begini sahaja kan?


Apa perancangan Najmil dalam tempoh 20 tahun lagi?

Cita-cita saya nak terlibat dalam bidang korporat. Saya nak jadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (ketawa). Saya nak mewujudkan satu peluang pekerjaan yang baru, untuk menarik orang-orang kita bekerjasama. Ini semua ada dalam rancangan saya. Insya-Allah kalau tiada apa-apa, saya akan cuba melaksanakannya.


Nasihat Najmil Kepada remaja-remaja di luar sana?

Kalau kita nak sesuatu, memang kita boleh dapat. Bezanya sama ada cepat atau lambat sahaja. Macam kes saya, mungkin mereka yang berbahasa Inggeris, perjalanannya mudah sedikit. Sama macam kita bawa Kancil dan Mercedeslah. Nak pergi ke satu tempat yang sama. Kancil boleh sampai juga tapi lambat sikit. Tetapi kalau kita ubahsuai sikit Kancil itu, mungkin letak enjin turbo atau sebagainya, kita boleh cepat juga sampai. Hakikatnya tiada apa yang kita tak boleh capai, yang penting kita sanggup usaha atau tidak.

Tuesday, May 3, 2011

Redha Jer

Perkara tak diduga! Yalah kite tak tahu ini akan bakal terjadi… Dan betol sesuatu yang terjadi adalah ada punca musababnyer kan… apapun aku redha… aku terima… Allah masih sayangkan aku…. Sesuatu yang berlaku membuatkan kita berfikir & merenung sejenak… kenapa ek jadi macam ni... Betol kata orang.. kuharapkan panas hingga ke petang… tiba2 ujan ditengahari… bila kita diuji dengan sesuatu perkara bermakna Allah nak tahu sejauh mana kita boleh mengawal & menyelesaikan serta melalui/menghadapi perkara tersebut…  Adakah kita redha & sabar bila dugaan tu melanda…. Allah takkan menguji jika kita tak mampu… Allah akan uji semampu kita untuk hadapi…. Jangan pernah putus asa & berhenti berharap… kadangkala apa yang berlaku memerlukan kita melakukan pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu yang kita inginkan… kadangkala memerlukan kita melakukan perubahan kepada yang lebih baik…. Kembali kepada Islam yang sebenar, landasan yang benar…..

Ingat takde perkara yang senang & bergolek yang kita dapat… jika begitu lagi la kita ni lalai & lupa pada Allah…. Usaha tangga kejayaan… selagi kita berusaha, mengingati-NYA… insya-allah DIA akan ingat pada kita juga….. jangan lupa panjatkan kesyukuran jika kita mendapat sesuatu yang kita inginkan…. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha mengetahui…. Jika sesuatu berlaku pada kita jangan lupa pada orang lain…. Setiap orang ada dugaan… mungkin sama mungkin… mungkin lebih teruk dari kita… apa pun kita harus sangat2 bersyukur kerna kita masih dikurniakan kesihatan yang sangat2 tidak ternilai harganya….. Muhasabah diri…. Renung dalam2 siapa diri kita….

Sunday, May 1, 2011

Hajat tercapai...Alhamdulillah

Cuti hujung minggu bersambung ngan cuti hari buruh... so lama sket aku berada kat kampung kan...Aku da sampai kg jumaat malam after work..jalan tak jem lagi.. sebelum kol 7pm da sampai... lega semuanya da selesai.... iaitu exam final year 2nd year... so tunggu result jer la... da balik kg jumpa mak abah... dapat tolong apa yang termampu... alhamdulillah dapat bonus.... dapatlah belikan family sedikit keperluan harian... so pagi2 aku sabtu aku da berada di mydin.. 7:30am okey.. giler awal aku shopping... apa yang aku beli?? jom kite tengok... sket2 jer.... barang2 keperluan untuk mak abah & adik2...

shopping kat mydin

pada malam lak g shopping kat jusco ayer keroh.. niat hati nak g jusco yang baru & besar tapi memandangkan masa agak terhad so g yang terdekat.. lama kot aku tak masuk jusco ayer keroh.... da renovate.. da plan nak beli sandal & handbeg yang da memang nazak....so dapat la beli 2 pasang lagi sandal sementara ngah sale ada la disc% kan.. lalalala... dapat jugak belikan mak sepasang sandal & beg... alhamdulillah...  

sandal baru... ahaks...

alhamdulillah ada sale leh la beli sandal.... merasa la jugak....



psst simple2 jer sandal aku ni yang penting selesa bila memakainyer.. tahan lama sket... maklum la aku ni g keje merempit...



BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...