Tuesday, December 29, 2015

Kisah Cuti & Roti Canai Arang

Assalamualaikum. 

Hai uolss. Macam mana cuti ujung tahun uolss? Arini aku baru naik keje lepas cuti panjang sket. Sket jer. Yalah kan cuti dari khamis sampai ahad. Semalam ada checkup, cuti sebab ada something to settle. Hubby pun cuti.

Khamis lepas kan Maulidur Rasul so hubby kena bertugas pagi tu. Lepas setel semua baru kitaorang gerak balik Melaka. Tak jem tapi kereta banyak jugak. Aritu adik beradik aku semua balik umah mak. Tapi kitaorang sampai dah nak Asar. Happy gedik Zaheen dapat jumpa atok nenek dgn acik2 dia. Siap ikut nenek & acik fira & acik fara kuar g duyung tinggalkan Mama Ayah. Happy sokmo die kalau dapat kuar.

So dah Zaheen takde, hubby ajak g pasar malam lepas Asar tu. Aku pun berkurun tak g pasar malam air molek. Maka berdua-duaan kami. Hehehe. Tak cari apa pun, saja jalan, cari mainan Zaheen, beli kopok lekor, jus durian belanda.

Jumaat takde buat apa sangat, lepak kat umah jer. Petang la baru kuar, g MiTc kebetulan ada jualan gudang Pakson. Cari lapik tilam, shopping baju Zaheen & adik Zaheen. Die sekarang kalau dapat jalan memang taknak di pimpin. Jalan laju plak tu.

Comel tak baju adik Zaheen itu. Hehehe. 
Mama die yang excited. Hehehehe. 





Sabtu pagi dah bangun sebab Mak Abah nak gerak g Perak. Ada kenduri kawen kat sebelah umah, so dalam tengahari memang g situ, wakil mak abah. Petang sket hubby ajak g tgk event dekat masjid al-azim. Pastu ada taman arnab. Bawak lah Zaheen kat situ.




Ahad pagi g cari bekpes. Hubby ajak try makan kat Bachang Roti Canai Arang. Prrghhh tu dia ramai giler orang. Kena sabar sket. Hubby order Roti Tampal Dangdut. Special sebab guna arang untuk masak roti canai. Menu lain ada jugak. Petang tu buat Biskut Roti. alaaa roti sapu marjerin bubuh gula pastu bakar. Hubby suka. Zaheen pun suka gak. Makan sket-sket kan. 





Hubby aku kalau balik Melaka mesti akan beli air tebu kat Duyung tu. Sedap & fresh. Tak batuk bila minum. Dia siap buat aiskrim Malaysia lagi. Buat bekal balik Kulai. 


Okeylah tu jer nak story dulu. Babaii.. 

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...