Thursday, May 22, 2014

Ali Zahirulhaq - 1st Anak Buah & Cucu Sulung

Assalamualaikum...

Harap semuanya sihat & ceria jerk. 
Kite pun alhamdulillah sihat. Cuma kadang-kadang tu sakit kepala sket-sket. Bila batuk-batuk tu kan. 
Alhamdulillah semalam cukup 5 bulan babyku. Semalam akak senior cakap macam gurl jer. hehehe. Aku pun tak tahu lagi jantina baby lagi. Aku tak kisah la boy ker gurl yang penting baby sihat, cukup sifat, comel. kan kan. Tapi semalam Hubby cakap nanti scan la untuk tahu jantina, bukan apa nak buat preparation dari segi nama & nak cakap-cakap dengan dia masa dalam perut lagi ni. Sekarang panggil baby jer. hihihi. Lepas tu kan aku ikut suka biasa diri Mummy la, Ibu la. hehehehe. 

Haaaa Jumaat lepas 16 May, Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu-cikgu aku dari tadika sehinggalah Universiti & cikgu yang mengajar tidak formal. Mungkin aku takde contact no semua cikgu-cikgu akan tetapi aku hanya mampu doakan yang terbaik buat semua cikgu-cikgu. Terima kasih banyak2. 

Sempena Hari Guru tahun ni lahir seorang lagi umat Muhammad yang diberi nama Ali Zahirulhaq. Anak sulung adik boy aku no 2 tu, yang nikah dulu. 1st anak buah & 1st cucu sulung mak abah aku. Walau aku yang sulung dalam family & 1st cucu sulung dalam dalam family mak aku, aku lum dapat berikan berikan cucu sulung buat mak abah aku, 1st anak buah buat adik-adik & 1st cicit buat Wan aku. eeh tetiba. Perancangan Allah lebih baik lagi. Kita dah usaha yang terbaik. Aku pun alhamdulillah dah pregnant. Dah selamat operate remove cyst. Alhamdulillah aku & baby dalam kandungan selamat. Semuanya dengan izin & kuasa Allah. Alhamdulillah. 

Kisah Baby Ali, sampai saat ni aku & semua tak dapat lagi tengok & pegang dia. Hanya Mama & Ayah die jer sebab Baby Ali masih di ICU lagi. Adik cakap Baby Ali putih bersih & comel sangat, semalam adik cakap nampak lesung pipit dia. Ikutkan Mama & Ayah dia takde la putih sangat, tak kisah warna kulit yang penting Baby Ali sihat, kuat kan. Hari ni hari ke 7 Baby Ali kat ICU. Semalam alhamdulillah ada perkembangan positif. In Shaa Allah tak lama lagi Baby Ali leh kuar. Semangat Baby Ali 3.7kg tau. Mama die kecik jer. hehehe. 


Baby kat ICU dengan banyak gila wayar, tak dapat la nak snap pic. Ni adik aku share tapak kaki Baby Ali kat kitaorang, 1st tengok pic ni air mata aku yang bergenang. 

Aku lak setiap kali adik aku update pasal keadaan Baby Ali aku yang sebak, berkaca-kaca mata. Sayu. Yalah Baby kecik lagi kan, tapi kami semua redha dengan ujian yang Allah beri. Baby Ali kuatkan. Mama Ayah dia pun kuat. Semuanya kuasa Allah. Aku sebak bila adik boy aku nangis. Yalah lelaki menangis meruntun hati aku. Allahuakbar. Tapi selepas hari kedua adik aku makin tenang & redha. Aunty Zai tak sabar nak pegang baby Ali. Jumpa nanti yer. 

Okeylah... Babaiiii. 


No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed