Tuesday, May 27, 2014

Kisah Hidup KL & Jem

Assalamualaikum

Lama aku tak celoteh, merepek, story kat sini. hehehe. 
2014 ni alhamdulillah tahun ke 6 aku berada di Ibukota sibuk, KL. 
Hampir 6 tahun jugak aku keje kat Menara TM ni. 
Aku mula keje kat KL 2008, now dah 2014. 
Dari single ada pakwe, clash. Ada pakwe balik. Pastu kena tinggal. 
Sambung belajar di USM. Macam-macam kisah suka duka.
Sampai la aku jumpa bakal suami. Bertunang. Berkahwin.
In Shaa Allah, October nanti bakal menimang cahaya mata. 



Itu lah bangunan ofis aku. Aku kat tingkat 7 jer. Semuanya ada 55 tingkat. hehehe. 
Mula-mula aku datang KL, keje, balik kampung & jalan-jalan naik public transpot jer.
Yalah mula rasa macam penat sket la. Sebab nak tunggu kan. Maklum la kat kg g mana-mana start motor vrommm. hehehe. 

Lepas tu 6 bulan keje aku sambung belajar kat USM, tapi kelas cawangan KL ada kat Cheras. Macam susah jer nak g kelas naik public transpot. Aku memang fobia nak naik teksi sorang-sorang. No no no.

So request la abah hantar motor aku dari kampung. Hehehehe. Dengan alasan nak g kelas & g keje pun senang nak gerak. Tapi kan 1st time bawak motor kat KL ni gigil kaki aku, maklum la bawak motor kat Melaka & KL. Seyes beza suasana. Tapi lama-lama alhamdulillah tere dah. hihihi. Dari g keje & kelas, aku start explore KL sket2. 
Mula-mula g dekat jer, Taman Jaya, Amcorp Mall, Taman Tasik Titiwangsa, Midvaley, Ampang umah pakcik makcik aku, OU la yang jauh sket. hehehhee. 
Tambah plak ada geng, Cik Yana. 



Model ni lah motor aku. Banyak jasa kat aku. Thanks Abang Hon. 

Tahun 201, alhamdulillah rezeki nak pakai kete. Survey-survey kete second jer mula-mula tu. Aku minat Kelisa.  Memang dah dapat Kelisa Kelabu. Merasa pakai dalam 3 bulan jer kot. Lepas tu atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa lepaskan kete itu. huhuhu.


Gambar aku google jer. hehehe. 


Sebab taknak gaduh panjang so aku usaha la cari kete lain. Sudahnyer beli kete baru. 
Model apa? Viva elite. Ikut kemampuan kan. hehehe. BMW kecik aku. Alhamdulillah. 
Nak masuk tahun ke 4 jugak pakai Cik Bibah tu. 


Macam ni la rupa kete aku. Tapi ni aku google jugak. heheheh. Mana ntah pic kete aku. Malas nak selongkar. Tapi mula-mula bawak kete kat KL ni, seyes stress. Stress sebab perjalanan yang hanya 3km amik masa 1 jam. Korang rasa? 

Penat, letih, stress tapi dah namanyer dok KL, lagi tempat kawasan tumpuan. Apa lagi layan jer la. Slow-slow belajar nak avoid jammed tu. Ikutkan jarak umah aku ke ofis hanya 3km jer. Masa naik motor dulu heaven. bape minit dah sampai. Tapi sebab motor dah pos ke kampung bagi adik. So cara nak avoid jam kena la korban masa. Macam aku kuar awal, dapat parking free. Lagi satu kalau lambat dengan jem satu hal, nak bayar parking satu hal. Sekarang parking RM9, RM15 okeh pagi-pagi tu. hukhukhuk. 

Time balik aku balik awal sket, 10minit awal pun jadilah. KL ni kalau time hujan lagi nanges. hehehe. Apa pun taknak terperangkap dalam jem naik lah transport awam, macam bus, LRT, Komuter, ERL & Star. Umah aku ke ofis ada bus jer. Bagi mereka yang dekat ngan LRT ker baik naik LRT. Tak payah fikir parking semua kan. Aku lagi-lagi sekarang tak larat nak berhimpit dalam bus. Kang pening nak muntah aku jugak yang susah. hehehee. 



Haaa Federal Highway tu rasanya hari-hari jem kot. Terutama pagi, tengahari, petang. Bila tak jem rasanya pagi-pagi buat & tengah malam kot. huhuhu. Maklum la laluan utama kan. 

Haaa tak payah jauh-jauh, kadang nak kuar parking ofis balik keje pun jem okeh kat area Menara TM ni. hehehe. Kete banyak nau kan. 

Okeylah sekian bebelan saya. heheheh

Babaiiiii. 

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed