Tuesday, May 12, 2015

Nak berat ideal

Assalamualaikum....

Yuhuuuu... Apa khabar arini? 
Aku masih lagi selsema. Sejuk-sejuk kat opis ni kan... Alhamdulillah 2 hero ku dah sihat & baik dari selsema. 

Haaaa apa kes kan tajuk entry gitu. Hahhahaha. 
Kisahnyer lepas habis pantang & cuti 3 bulan berat aku turun banyak gak. Muat la balik pakai baju-baju sebelum preggy dulu. 

1st & 2nd month naik keje okey lagi. Masuk bulan ke 3, rasa macam ermm pipi kembung. Hahahhah. Yer aku tahu aku bukan pipi slim, even masa dalam pantang pipi tu still bambam cuma tak la kembang sangat kan.. Hahahhaa... 

Tu baru pipi lum nengok perut, peha, hahahhaha. 

Tudung merah & krim  dalam cuti maternity.
Tudung biru dah naik keje. 



Maybe hormon jugak, sebab selera makin aku aduhaiiiiii selera & lapar ajer. Kikikiki. 
Orang cakap breastfeed baby nanti slim sendiri, tapi aku naik after 3 bulan naik keje. Salah sendiri okey. hahahhahaha...

Bukan apa aku ni dah la tak tinggi sangat, itu pertama.
Yang kedua, baju-baju aku tu nanti tak muat macam mana? Sapa nak pakai? Nak beli lain, budget lagi. 
Ketiga, maklum la tahun ni umur dah nak masuk 32 kan. Kesihatan kena lah jaga. Nak jadi isteri, ibu, pekerja & hamba yang cergas. 
Keempat, bila berat aku ni kang jadi malas. Ooohhh tidak. Jangan tak mau malas-malas. 
Kelima, kecerdasan & keyakinan diri sendiri. 

Macam banyak lak reason kunun. Bole tak lupa sebelum aku macam mana eh? 
Tapi kenangan masa pregnant Allah tarik nikmat makan minum aku. Banyak aku tak boleh makan, muntah ajer sampai hari nak bersalin. Allahuakabar. Alhamdulillah Zaheen sihat & perkembangan dia bagus. Terima kasih Ya-Allah. 

Zaheen dah 7 bulan sekarang. Dah laju meniarap, dah mula next step merangkak. Lagi satu galak nak memanjat. Panjat badan mama, panjat badan ayah, panjat walker sendiri. Kakkakaka... Anak ooohh anak. 




Aku masih lagi belajar & tengok sedara mara & kawan-kawan yang terlebih dahulu jadi ibu macam mana diorang handle & didik anak masing-masing. 

In shaa Allah, usaha sama-sama untuk didik anak yang terbaik.... 



Thanks for reading, 
JenJen




2 comments:

Kira Sakura said...

memang kalau bf baby jadi cepat lapar. macam saya jugak hihii. kalau nak cepat selim kan try cari makanan yang boleh naikkan metabolisme badan. bila metabolisme tinggi kadar pembakaran lemak lagi cepat :)

ieza ashaari said...

Takpe masih cantik seperti selalu.

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed