Wednesday, June 26, 2013

Atok Pergi Tanpa Pesan - Al-Fatihah

Assalamualaikum.

Dalam kesibukan menyiapkan persiapan, aku & keluarga dikejutkan dengan permergian atok aku. belah mak aku. ahad malam 23 June lebih kurang kol 9 malam, aku dapat panggilan dari Maksu. dengar Maksu menangis aku dah agak ada sesuatu yang berlaku tapi masih tak tahu apa dia. dan bila maksu cakap "atok", "atok dah takde". deras mengalir air mata nih. seyes blur jap. seyes aku terkejut. atok sihat jer. atok tak sakit pun. masa tu terus masuk bilik untuk packing apa yang patut. abah pun kol gtau. mak kat kg dah menangis2. 

Ya-Allah, ternyata kau lebih sayangkan atok lebih dari kami. perjalanan dari pantai dalam ke labu hilir amik masa dalam 30 minit @ 45- 50km jgak. dalam keadaan jerebu sambil menangis sambil drive. kena kuatkan semangat jugak. terus teringat macam manalah wan kat kg. 

atok pergi selepas berbuka puasa tapi tanpa sempat menjamah makanan pun. 
air tak sempat minum habis. nasi pun tak sempat diusik lagi. atok pergi semasa nak g amik wuduk untuk solat magrib. malam nifsu syaaban. 

masih lagi sayu. masih lagi sedih. hiba tapi sesungguhnya aku & family redha dengan pemergian atok. sebab atok pergi dalam keadaan mengejut. tapi sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.


pic bersama ngan atok, bila atok siap2 nak bergambar, 
rupanya nilah permintaan terakhir. tak penah atok nak bergambar. 

apapun aku harus lebih kuat untuk sabarkan wan, mak, maksu, serta makcik & pakcik aku. 
yalah siapa yang tak sedih bila kehilangan orang yang tersayang. tapi kena ingat mereka semua hanya pinjaman dari Allah buat kita. hargailah semasa mereka ada kelak bila tiada pasti akan rindu. 

tidak kesampaian hasrat aku nak mintak atok masakkan nasi minyak untuk majlis kenduri aku nanti. tak sempat lagi aku nak mahirkan buat lemang dengan atok. tak sempat atok nak tengok cucu sulung dia kawin tahun ni. tiada lagi pisang, kelapa. tiada lagi teh tarik. 

al-fatihah, semoga atok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

sekian. 





No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...