Monday, June 30, 2014

Bertemu Ramadhan 1435 & Still PJJ

Assalamualaikum

Selamat berpuasa buat semua yang muslimin & muslimat. 
Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan tahun ini. 
Alhamdulillah arini hari ke 2 Ramadhan. 
Aku in shaa Allah masih lagi berpuasa. 
Azam nak puasa penuh kali ini. 
Ramadhan kali ni berbeza dengan yang lepas-lepas. Kenapa? Ngeh ngeh. 
Tahun ni berpuasa sebagai seorang isteri, menantu & mummy to be. hehehe. 
Bagi aku berbeza la & aku baru merasainya kehidupan berumahtangga. 
Apa pun kami masih berPJJ. Belum rezeki lagi tinggal bersama. 
Yalah kisah kita semua tak sama kan. Setiap orang punya kisah & rezeki masing-masing. 
Apa pun hargailah tika bersama kelak rindu tika berjauhan. Ahakkkssss.... 

Haaaa time puasa ni ofis aku start keje 8am & tamat 4:30pm. In shaa Allah, nak masak yang simple-simple buat berbuka & kalau beli pun kat Param yang memang meniaga & tengok keadaan kedai bersih & cara diorang sediakan makanan. Bukan apa kena hati-hati gak kan. 

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 25weeks @ 6 Bulan 2 minggu. hehehee. 
Weekend baru ini aku & hubby dah shopping barang baby sket-sket. Beli yang basic & perlu dulu. Geram tengok baju baby. Oleh sebab aku tak tahu lagi baby ku boy or gurl so aku beli jer yang dua-dua leh pakai. Seyes aku tak reti sangat nak pilih yang terbaik or bagus tapi yalah 1st pengalaman nak jadi Mummy Daddy. Semua pun cam aku kan. hahahaha. Aku cuba yang terbaik, setelah search, tanya & baca review pengalaman mak, kawan-kawan, adik ipar, sepupu serta blogger yang dah jadi mummy. 

Haaaa kan aku dah 6 bulan kan, kalau jumpa kawan-kawan, tanya eh bila due? Sebab tengok perut besar. Yalah saya tahu perut saya besar sebab kulit perut tebal. Tapi tu kan rezeki masing-masing jugak kan. Aku pun tak tahu. Semuanya kuasa Allah. Tapi cara tegur tu macam pelik jer. eeehh... Tapi alhamdulillah ada kawan-kawan yang memahami. Maklum la kadang-kadang tu tersentuh kadang tu tak kisah. Yalah kita kan punya perasaan. Tapi takpe la Allah ada sentiasa. Senyum jer la..... 

Lagi satu aku kena monitor HB aku sebab masih tak normal or tahap yang stabil. Patut 12 ni baru 10.5. huhuhu. Kena jaga makan sebab berat aku naik lebih 1kg la. Hehehee. Aku macam suka minum air berperisa ni. Isk Isk. 

Si comel dalam tummy ni aktif. Alhamdulillah. Kang kejap rasa macam kaki die tolak perut ni. Tendang-tendang. Kadang tu rasa die bergerak kiri kanan. Berenang yer. Kita puasa yer baby dari 29 June sampai 27 July ni. In Shaa Allah. Kite kena sama-sama kuat tau baby. Daddy jauh. huhu. Sob sob.

Semalam 1st sahur & berbuka dengan hubby. Berdua jer. 
Rindu nak sahur & buka ramai-ramai kat kg dengan family. 


Okeylah.... babaiiii. 


No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed