Wednesday, July 2, 2014

Alhamdulillah dah 4 Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah arini dah 4 hari kite berpuasa. Alhamdulillah aku masih berpuasa. Tak ponteng lagi. 
Kawan ofis tegur "nampak awak sihat & cergas sket puasa ini". Alhamdulillah. 
Hikmah berpuasa. Baby pun gerak aktif dalam tummy ni. Mula-mula tu pedih perut sket la. 
Petang kalau banyak sangat gerak rasa la letih sket tapi masih mampu bertahan. Karang dah pukul 5 ke atas rasa la lemah. hehehe. 

Alhamdulillah jugak 2nd day aku leh masak tapi masak simple-simple jer. Lauk sambal kerang jer aku beli kat ofis. Yalah bila lak nak kopek kerang kang. Masak nasi, kukus sawi. Done. Tapi tak dan nak snap pic. hehehee. 
Semalam lak aku masak bihun sup sayur. Sahur aku makan roti sapu kaya, kurma, susu. Alhamdulillah boleh bertahan. 

1st day berbuka dengan incik suami tapi kami buka kat airport Subang. Yalah lepas tu Hubby nak fly balik JB kan. hehehe. So buka kedai yang ada pun limited. Buka kat MCD la 1st day tu. Tapi order bubur jer pun. Yang penting buka bersama. Ahaks... 
Bila la dapat buka puasa sesama lagi kan. sob sob. 

Semalam terasa nak makan Roti Bagdad. Tapi cari kedai tak jumpa. Tadi housemate msg gtau die dah belikan Roti Bagdad yang mentah nanti tinggal goreng yer. Kedai kawan ofis dia yang jual. Thanks Cik Ain. 

Arini goreng bihun lebih semalam yang celur tu jer la. Jangan membazir kan. Arini pasar malam nak beli lauk mentah sket ayam, udang & daging. Untuk bahan-bahan memasak, ala buat perencah jer kan. hehehehe

Okey lah.. sambung lagi esok. 
Selamat berpuasa. 


No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed