Thursday, July 17, 2014

Pantas Masa Berlalu & Checkup Baby

Assalamualaikum

Allahuakbar... Arini 17hb July bersamaan 19 Ramadhan dah. Fasa 2 Ramadhan dah sampai penghujungnyer. Sekejap sangat masa berlalu kan. Semalam aku 7 bulan. Diam tak diam. Mabuk-mabuk nak masuk 3rd trimester dah. Alhamdulillah. 
Alhamdulillah aku rasa sihat puasa ni. Badan ringan sket. Boleh la nak masak-masak. Alaa tapi simple-simple jer la. Tak leh nak kerja berat sangat pun. Boleh berpuasa. 2 hari tinggal sebab aritu ceri beri dah lembik melayang baru lah buka puasa. Semalam sebab buat MGTT, minum air gula 2nd time. In Shaa Allah harap result cantik macam 1st time minum air gula. 

Esok pagi lak aku ada Appointment kat HKL. Tapi esok tak g sorang sebab Hubby ada kat sini. Yeay. Esok ada teman. Haaa last week 10 July ada check up, berat turun 3kg, HB drop lagi 9.8. Huhuhu. Dah kena cop anemia. Huwaaa. Seyes aku takde la diet pun. Aku pun terkejut berat turun banyak sangat. Yalah time lum kawen, tak pregnant nak turun 1kg pun susah. hehehee. 

Muntah-muntah dah takde sangat tapi akan muntah jugak jika food yang diambil tak kena, tak sesuai. Lagi aku syak baby tak suka Epal Merah. Kalau makan macam mana sedap aku rasa, lepas tu mesti akan muntah balik semua. Okey baby. Mummy tak makan dah. hehehe. 
Orange, mangga, tembikai, jambu batu okey. 

Haaa semalam dah scan si kecik dalam tummy ni. Alhamdulillah tengok baby gerak aktif, patut la rasa ditendang dicuit sana sini. hehehe. Doktor cakap sekarang kepala die kat bawah. Tapi still leh berpusing-pusing sebab baby still kecik lagi. Berat baby 1.2kg. Pastu saja tanya doktor leh ker nak tahu jantina dia. hehehe. Kiranya tak kisah pun boy or girl. Cuma kalau ada rezeki nampak, maka tahu gerangannya. Geng Daddy or Geng Mummy. hahaha. Jeng jeng. Rahsia dulu la.

Ramai kawan-kawan teka baby girl sebab tengok perut aku bulat & penuh. Ada 2,3 orang teka boy sebab aku suka makan masam-masam. Apa pun tunggu. 

Sekarang aku & hubby tengah pilih nama yang sesuai untuk si baby ni. Lum finale lagi. Just prepare 2 nama. 1 untuk baby boy. 1 untuk baby girl. So jika salah satu, nama dah ready.

Semalam hubby tag pic ni kat FB. Comel jer kan tapak kaki tu. Subhanallah. 
Kalau sendiri sempat ker aku snap pic camtu. hehehehe. 


Okeylah nak start keje dah. Byee.... 



No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed