Monday, July 7, 2014

Best Buka Puasa kat Kampung

Assalamualaikum

Kalau masa lum kawen bila nak balik kampung terus shoot jer. Tak kiralah. Tapi sekarang yalah sebab ada suami, kena la discuss or mintak izin dulu kan. Tak leh la nak sembarangan. hehehe. Betol tak? 

Last weekend mula-mula ngat nak lepak KL jer. Hubby pun tak datang. 
Pastu mak kol ajak buka puasa ramai-ramai kat Labu hari Sabtu. Pak Teh ajak kumpul teman Wan buka puasa reramai sure la meriah kan. Yalah Wan pun sorang-sorang. 

Maksu dah balik dari Khamis lagi. Ikutkan aku plan nak balik Labu pagi Sabtu sebab nak g Metrojaya kat Midvaley dulu baru gerak lik Labu. Tapi petang Jumaat tu Maksu dah start dok Whatsap pic makanan tak tahan aku dibuat. Memang sengaja umpan aku. Hahaha... Kaedahnyer lah. Lagi pun kitaorang memang rapat dari kecik lagi sampai la sekarang. Sejak dah kawen masing-masing jarang la sket jumpa. Kalau sebelum pantang ada masa. hahahaha. 

So lepas Hubby izinkan so petang Jumaat jugak aku balik Labu. Balik umah sambar jer baju terus gerak lik Labu. Aku sampai Labu dalam 6 lebih. Dah siap masak semua. Maksu aku buat sendiri pes tomyam, so buat tomyam campur, Kerabu Sotong, Sambal Hitam Belimbing Buluh. 



Haaaa sebenarnya terhangit Maksu aku buat, guna ikan tamban. Seyes sedap walaupun rupanya begitu. Maklum la 1st trial dia. 


Haaa ni lah rupa Tomyam Campur, pes tomyam Maksu aku buat sendiri. Memang terangkat beb. Seyes sedap, pekat. Memang rasa cam tomyam Thai tu. hehehe. Tengoklah udang yang melingkar-lingkar tu. hahahahaha


Kerabu Sotong yang ni pun menarik tertarik kau memang debooomm.. hihihi... 
Alhamdulillah meriah & sedap tambah lagi makan ramai-ramai. Wan, Maksu & Family, Cik Adir & Family. Cuma lagi best kalau Hubby ku ada. Dalam pada seronok tu teringat kat dia. Rinduu. Opsss. 

Haaa Khamis tu nampak kawan ofis beli manggis, mula la kan teringin. Balik kampung tengok manggis Wan dah masak. Alhamdulillah. Dapat jugak makan manggis. 


Bye bye... 





No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...