Tuesday, January 27, 2015

Kisah Zaheen & Breastfeed

Assalamualaikum....

Hi uolss.... 3 minggu dah PJJ dengan anak. Rasa rindu, sayu, sedih tak dapat disangkal akan tetapi aku harus kena kuatkan jugak. Harungi hari-hari mendatang supaya tak rasa sunyi & kosong. Zaheen pun alhamdulillah behave bawak diri kat kampung dengan atok nenek & pakcik makcik semua. Anak mama tu.

Haa.. untuk susu Zaheen aku dah campur dengan FM. FM aku belikan Dutch Baby 0-12 bulan itu. Actually untuk FM aku memang tak tahu nak belikan susu apa. Tanya kawan-kawan diorang bagi Frisolac, S26, Dugro, Enflalac, NAN & Anmum. Tanya cousin die bagi Dutch Baby. Setelah aku survey & baca review so aku decide nak bagi FM DUTCH BABY. Maklum la kos susu baby makin meningkat. Harga dutch baby still mampu milik. Bukan apa kalau serasi apa salahnyer kan. Aku pun monitor jugak kalau tak okey kena tukar susu lain. Better belikan susu murah sket dulu, tak sesuai baru tukar. Harga bukan ukuran yang penting serasi or tak dengan anak kita kan. 




Sebab aku campur FM susu aku tak bape meriah sangat. Aku still pump cuma hasil yang dapat tak mencukupi keperluan Zaheen. Lagi-lagi bila PJJ ni still direct feed 3 malam 2 hari jer. So hari lain kena campur FM. Dari biarkan Zaheen nangis lapar, tak sanggup kot. Sebolehnyer dah lah atok nenek yang tolong jaga, taknak menambahkan beban mereka. Zaheen behave, susu cukup, tido lena maka dapatlah atok nenek dia nak menjalankan aktiviti seharian kan. Risau jugak. Tapi doa terus berdoa. Pastu kalau balik tu cakap & story kat Zaheen akan sebab kenapa kita kena PJJ dulu. Anak mama tu memahami. 

Selagi ada susu aku usaha untuk bagi kat Zaheen. Zaheen minum susu 24-28oz sehari. Aku pump bole dapat 16oz paling banyak. So memang tak cukup tampung keperluan, so aku memang spare & standby FM tu. Zaheen plak susu Mama die lagi tapi tak cukup minum jer FM tu. Cuma aku notis kalau FM die memang kena sendawa & mesti muntah jugak. Tapi kalau minum EBM tak muntah if tak sendawa. Sekarang alhamdulillah senang nak sendawa. Masa below 3 month, lama betol nak sendawakan die.  


Mama try the best for you Zaheen. Mama dah order sumthing untuk banyakkan susu. Mama usaha yer. In shaa Allah. 

Tak sabar nak peluk cium dia tu. Best moment bila Zaheen mengempeng. Alahaiii... 

Okey babaiii... 




2 comments:

.hasina. said...

comelnya zaheen :))

hehe... btw, meh ler beli nour ain kalau berkenan. best pakainya :)

.hasina. said...

Ohh kak yana tu kwn sekolah dulu.. ok boleh apa2 wasap je ye. tq :)

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...