Friday, March 13, 2015

Today is Friday.... Datingggg

Assalamualaikum

Hari ni Hari Jumaat.
Banyak-banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ini hari yang dinantikan oleh aku & rakan-rakan PJJ yang lain.
Alhamdulillah. Bertemu lagi di hari Jumaat yang cukup indah ini.

Semalam masa nak naik umah, ada seorang makcik kat kedai runcit tegur aku. "apa khabar? anak mata?" ... zassssssss berlumba-lumba air mata aku turun. Sebak sket la bila orang tanya, so lepak la kejap, bercerita. Surprisingly, makcik tu dulu pun PJJ jugak. Allahuakbar. Dia pesan kena kuat & bersabar banyak-banyak. Kita ni kerja mencari rezeki. Niat kerana Allah. Niat juga kerna mencari rezeki untuk anak-anak jugak.

Lagi satu cakap dengan anak yang kita ni kerja untuk mereka jugak. Bukan suka-suka tinggal dia jauh. Kalau boleh memang nak bawak ke mana sahaja. Tapi yalah dengan persekitaran & aku sorang-sorang di sini, kesian jugak kat anak.

Makcik tu cakap jangan putus asa, Teruskan usaha, doa. Memang banyak yang kena korban sket sekarang ini. Masa. Duit. Tenaga.

Itulah yang memang aku lakukan & terima. In shaa Allah aku memang takkan putus asa. Memang berdoa agar aku, suami & anak bersatu. Duduk bersama-sama. In shaa Allah.

Thanks pada semua yang memberi kata-kata semangat. Tak kurang jugak, pada mereka-mereka yang hanya tahu berkata-kata & menyalahkan tanpa tahu kisah sebenar.

Thanks sebab anda semua menguatkan aku. Allah sentiasa ada kan.

Okeylah tak sabar tunggu petang hari.

Okey... Babaiiiiiiiiiiiii



***Tahniah kepada Blogger Puan Eka dapat baby gurl yang so comel. Alhamdulillah.



kenangan zaheen masa umur berapa hari ini. Rasanya seminggu. Baju yang sama tapi size berbeza. Aku kan beli baju die besar2. hehehehe. klaka la masa pakai dulu, semangat cantik-cantik die pakai. 

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...