Wednesday, July 29, 2015

Dah kumpulkan semua

Assalamualaikum... 

Tahun ni beraya dengan anak. Alhamdulillah. Rezeki Zaheen jugak dapat duit raya. 
Aku baru lepas kumpul semua dalam 2 sampul. 1 sampul semua duit RM1. Sampul lagi satu semua duit RM5, RM10 & RM50. Bila total semua banyak jugak. Alhamdulillah Zaheen la tu. Nanti Mama simpankan dalam Tabung Haji yer. 

Sampul-sampul orang bagi tu aku dah kumpulkan, yang mana elok simpan & husband simpan. Yang mana Zaheen dah makan, aku buang la. Orang bagi kat tangan dia, dia memang la amik. Pastu masuk mulut. Suka nau la tu. Hehehhe. 

So boleh la recycle sampul yang dah guna tu. Macam aku & husband bagi jugak duit raya. Bagi mak abah aku, Mak ayah husband, adik-adik & anak-anak buah. Juga anak-anak buah sedara, tak la banyak sangat tapi niat sedekah jer kan. Kat anak-anak kawan mana yang sempat, In shaa Allah bagi jugak. Nak bagi kat semua tak mampu, so ikut kemampuan kan. 



Aku amik bau duit baru. Hehehehe. Suka plak bau. Hahhahaha. 

Okeylah sekian...

No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed