Tuesday, July 14, 2015

Kisah Baju Raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ni beraya berempat, eh dah raya bertiga. Raya tahun lepas Zaheen dalam perut lagi. Tahun ni alhamdulillah, raya nanti Zaheen dah 9bulan. Bulan 3 lagi aku dah carikan baju dia. Alaaa baju melayu rompers tu. Aku pilih kaler kuning/mustard/gold. Sebab aku & hubby dah ada kain kaler kuning. Hubby beli kain pasang kat Vietnam masa 2013 lagi. Hahhahaa....

Tahun ni baru tempah. Aku aritu ntah nape sibuk nak buat dress/jubah. Sebab fikir kalau nak beli siap biasanya akan labuh la. Sebab aku ni tak berapa nak tinggi & tak kurus sangat. So kalau amik size kecik tak muat. Amik size besar meleret2 plak kan. So decide tempah. Pastu kononnyer buat ala-ala friendly breastfeed. Hihihi. 

Hubby pun siap lah tempah baju Melayu. Okey deal kaler kuning tahun ni. Tup-tup bila baju melayu Hubby siap & test pakai, tu dia kain dia jarang la plak. Aduhai.... Tak sanggup lak tengok die nak pakai baju camtu kan..... 

So apa lagi bermula la pencarian baju raya sebab nak cari kain & tempah tak sempat dah. Dah puasa ni kan. Harus baju raya siap kan. So pergi la Tesco, Kamdar, Gene Martino, KiP Mart. Balik JB aritu pun g tengok jugak. Pergi Angsana, Kamdar, TJ Mart. Jumpa baju melayu hubby kaler purple + harga pun okey, kain pun cantik & sedap. RM69. So beli & tinggal nak cari baju aku plak. 

Cari punya cari jumpa kaler yang hampir sedondon tapi kan size tak kena. Aduhai. Pastu macam takde mood dah nak cari. Hahahahaha. 

Last week balik, adik aku, Zul, gtau kat Telok Mas pun ada bazaar jugak. So gigih la gtau Hubby & ajak die malam tu jugak. Hehehe. 
Jalan punya jalan, tengok punya tengok. Jumpa jugak size & harga yang okey, hampir sedondon dengan baju Zaheen. Alhamdulillah mission done. Hubby dapat baju size S dengan harga RM40. Aku plak dapat baju size M dengan harga RM80. 

Ni lah baju raya kami sekeluarga.



Okeylah itu aja nak citer. Hikhik. 



No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed