Tuesday, July 14, 2015

Pengalaman bawak Zaheen G Baby Spa

Assalamualaikum.

Sebenarnya lama dah aku nak bawak Zaheen g baby spa. Rasanya masa umur Zaheen 3 bulan, pastu masa Zaheen 5 bulan. Tapi ada kekangan. Kedai tu tutup la. 

So akhirnya masa Zaheen 8 bulan, 6 June aritu. Tak la plan tapi kebetulan balik Kulai. Husband pun ajak sambil tengok pameran hartanah kat Sutera Mall. Sebab baby spa ada kat situ. 

Masa kitaorang sampai sana dah kol 12 sebab g makan dulu. Bila pergi, orang tu cakap kena ada salin lengan panjang semua, stokin, bukan apa nanti kan berendam dalam air. Massage + Baby Spa RM76. Aku lupa harga kalau buat asing-asing. 

Kitaorang g beli baju untuk Zaheen. Sebab fikir-fikir bila lagi nak datang situ kan. Sementara ada masa free tu. Lagi pun aku bukan amik pakej 10 visit. Just one time visit. Impian & niat aku nak sangat walau sekali bawak Zaheen g baby spa. 

Kat situ banyak la dia terangkan kebaikan baby Spa ni. Tapi maklum la sekarang dah 14 July baru aku nak update kat sini. Aduhai.... Busy nau mengalahkan Menteri. Opssss. 

Sebelum dia masukkan Zaheen nak dalam kolam kecik tu, dah buka baju semua, diorang akan bagi diapers khas. Lepas die macam buat warm up la supaya tak terkejut. Oh ya, sebelum g buat baby spa, baby kena cukup rest & makan tau. Jangan kenyang sangat. 

Reaksi Zaheen masa 1st time pakai pelampung tu die pelik, masukkan dalam air mula-mula die nangis, aku pegang tangan die dua-dua, slow-slow aku lepaskan. Nampak la die enjoy. Dalam 20 minit jugak dalam kolam tu.

Lepas tu dia tukar pelampung yang besar sket. Setel mandi manda, masa untuk massage. Masa massage ni kejap jer dia okey. Lepas tu dia dah nangis. Rasanyer sebab die dah penat plus haus. 










So massage yang boleh, lekakan dengan mainan pun die taknak. Selaju mungkin siapkan die & bagi susu terus diam, masuk dalam stroller terus lena. 

Lepas 3 jam tido bangun dengan happy & senyum-senyum. Alhamdulillah tertunai sudah hajat Mama & Ayah 








No comments:

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed