Thursday, October 8, 2015

Besday Husband

Assalamualaikum.

Aduh sungguh tak konsisten lagi update entry. Ker skill penulisan makin berkurang, ceh macam skill penulisan bagus sangat. Mood kot plus dengan kebizian.
Last weekend cuti aku balik Kulai. Sebelum itu Husband ada mention nak ajak balik Kulai masa besday die in Oct. Pastu aku cakap lah eh minggu nil ah balik.
Yalah Raya Haji aritu dah 24hb kan.2 minggu berturut balik Kulai.

Aku balik keje terus balik Melaka macam biasa, so plan gerak jugak malam tu. So alang-alang travel sekali jalan penat. Masa aku sampai Zaheen tengah main-main. Tengok die dah lain sebab adik aku dah gunting rambut tepi telinga. Dah panjang, rimas jugak dia. Aku baru berkira-kira nak gunting masa balik nanti. Adik aku memahami hasrat hati aku. Ewahhh.. So sampai terus gtau mak abah nak balik Kulai malam tu jugak. Mak abah pesan hati-hati sebab jalan malam kan. Kemas barang semua terus gerak.

Zaheen masuk kereta memang tak diam, lagi bila malam kan cahaya lampu, die teruja tengok kiri kanan. Kitaorang pun doa & mohon yang baik-baik dalam perjalanan & selamat sampai ke Kulai. Tawakal Allah. Sesungguhnya segala pertolongan dari Allah. Kita usaha yang terbaik. Takde la kami jenis berani redah.


Masa ni stop sebab isi minyak tengok die bangun, cari ayah die. 


Masa sampai umah Nenek Kulai, main dulu. 

Sampai Kulai terkejut la Ibu Mertuaku sebab tak cakap apa-apa kan. Heheheh. Surprise. Masa otw tu Zaheen memang tido tapi bila sampai time aku nak angkat die, die sedar. Bila dah sedar tengok eh kat mana plak ni. Tengok sekeliling terus nak main. So layan la die main kejap. Alhamdulillah lagi beberapa hari nak setahun Zaheen dah mula nak jalan setapak dua.

Perkembangan Zaheen nak masuk setahun baru mula nak jalan, gigi pun baru tumbuh 2 batang, gigi taring belah atas. Bagi aku, perkembangan setiap anak adalah tidak sama, jadi rasanyer tak perlu lah nak bandingkan. Sebab itu semua rezeki & kuasa Allah juga. As long anak itu sihat. Aku tahu semua orang nak jadi Ibu Ayah yang terbaik, begitu juga aku. Ibu Ayah yang terbaik untuk anak sendiri. Macam aku yalah 1st time mother kan. Kadang jumpa kawan-kawan or sedara mara, anak dah pandai apa, bukan untuk apa, untuk knowledge aku. Sebab aku pun masih belajar lagi jadi seorang Ibu. Masih banyak lagi ilmu aku kena belajar & amik tahu.

Oh ya berbalik pada percutian aku ke Kulai last weekend. Sabtu tu biasa la pagi lepas Subuh sambung lagi tido plus golek-golek dengan Zaheen. Hahahaha. Zaheen biasa kalau bangun pagi golek-golek sebab mamai lagi kan. Lepas bila die dah mula turun katil makna die dah segar. Hahahaha. So aritu plan nak bawak Zaheen main lagi kat Kidzooona kat Aeon Kulaijaya sebab masih free lagi.








Tapi tak lama pun sebab masa kitaorang sampai ada majlis besday. Main dalam sejam pastu balik amik Cira then terus ke Mydin sebab cari barang. Malamnyer ajak semua family g makan. Husband belanja sempena Besday dia.




Esoknyer Husband keje dah, yalah Johor kan keje Ahad. So aku lepak berdua la dengan Zaheen. Spend time dengan die. Layan die main. Masih lagi explore apa yang die suka. Husband aku banyak gak belikan die mainan. Yang kami perasan die suka ball. Lego lum nampak lagi. Dok sepah & baling. Buku kejap jer tengok. Aku syak die macam cepat bosan @ lum jumpa apa minat die. Hahhaaha.


Zaheen pun close dengan Ayah die. Kenal Ayah Mama die. Sebelum pergi mesti kena dukung dulu, yalah lagi pun bukan selalu dapat camtu kan. 

Konon besday Husband aku nak masak la something tapi sebab bahan takde, tak sempat g beli so tak jadi nak masak apa2. Sorry yer yang. 

Besday Husband 5 Oct. Besday Zaheen 6 Oct. Selang sehari jer. 

Okeylah Babaiiii. 

1 comment:

Reen.Anuar said...

Takyah dok pusing2 pasal anak ni. Memang ade je orang yang suke nak banding2kan anak. Yang penting Zaheen sehat ok lah. Perkembangan setiap anak berbeza. Setiap kite pun ade kelemahan dan kekurangan tersendiri kan. So, Ok jelah!

Happy Belated birthday Zaheen!

Follow by Email

My Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hubby Birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Live Traffic Feed